1. Dasar pendidikan penjajah Inggeris dikenali sebagai Penyata Thuraisingham bersempena nama Menteri Pelajaran pra pilihanraya 1955 iaitu EEC Thuraisingham, tersangatlah tidak prihatin dengan pendidikan aliran Melayu.
2. Penyata Thuraisingham hakikatnya telah menyekat ramai anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran. Pelajar yang melebihi usia 12 tahun tidak dibenarkan mengambil peperiksaan penilaian. Tambahan pula ketika itu ramai pelajar darjah 6 berusia melebihi usia 12 tahun akibat 'tertahan' disebabkan sistem Thuraisingham.
3. Berdasarkan sistem ini, mereka yang tidak lulus peperiksaan hujung tahun akan 'ditahan' untuk naik darjah. Sekiranya murid tersebut dalam darjah 3, maka mereka akan kekal dalam darjah 3 untuk tahun berikutnya. Rentetan itulah ramai pelajar telahpun berusia 15 tahun ketika berada dalam darjah 6. Disebabkan usia mereka melebihi had kelayakan yang dibenarkan untuk memasuki sekolah menengah, maka peluang untuk meneruskan persekolahan terus tertutup.
4. Pendidikan Melayu sebelum itu hanya setakat darjah 5 sebelum perang yang kemudiannya dilanjutkan ke darjah 6 selepas perang tamat. Anak Melayu ketika itu yang mendapat pendidikan hingga darjah 7, hanya diberi peluang menjadi guru pelatih disamping mengikuti latihan 'normal class' di Seremban.
5. Bagi anak Melayu yang bernasib baik lulus darjah 7, akan dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke MPSI Tanjung Malim sebagai guru terlatih. Manakala para pelajar menengah aliran Inggeris mendapat peluang yang lebih baik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Universiti Malaya di Singapura.
6. Sememangnya apabila tidak wujud sekolah menengah aliran Melayu, maka peluang anak-anak Melayu untuk memasuki pengajian tinggi agak terbatas. Hanya ibu bapa yang mempunyai kesedaran pada zaman itu sahaja yang mengambil inisiatif untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris melalui kelas peralihan (remove class).
7. Tambahan pula hanya wujud 4 sekolah menengah aliran Inggeris di Seremban, Negeri Sembilan iaitu Sekolah King George V (KGV), Sekolah St Paul Institution, Sekolah Convent dan Anglo Chinese School di Jalan Labu. Di daerah lain hanya wujud sekolah-sekolah rendah yang dikenali sebagai Government English School (GES).
8. Anak-anak Melayu yang lulus cemerlang peperiksaan bagi remove class kebiasaannya akan dihantar ke sekolah berasrama iaitu Sekolah KGV bagi lelaki dan Sekolah Convent bagi perempuan. Mereka yang tidak lulus pula hanya dibenarkan terus belajar di sekolah rendah Inggeris (GES) di daerah masing-masing.
9. Pembelajaran di sekolah menengah Inggeris hanya sehingga peperiksaan Malaya Certificate Education (MCE) dan bagi melanjutkan pelajaran hingga Higher School Certificate (HSC), mereka terpaksa pula menyambung pengajian selama 2 tahun di tingkatan 6 sama ada di Sekolah KGV, Sekolah Convent, ataupun Sekolah St Paul Institution. Disebabkan ramai anak Melayu ketika itu tinggal di kawasan luar bandar, maka peluang melanjutkan pelajaran di kawasan bandar amat terhad.
10. Namun, selaras dengan Penyata Razak yang menyarankan sistem pendidikan aliran Melayu perlu diteruskan ke peringkat tertinggi, maka Negeri Sembilan mula menggerakkan sekolah menengah Melayu pertama di negeri ini pada tahun 1959.
11. Perubahan yang dilakukan Tun Razak dalam sistem pendidikan Melayu berhadapan dengan pelbagai rintangan terutamanya berkaitan tenaga pengajar serta buku teks dalam bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang asalnya berpusat di Johor Bahru telah dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1956, namun ianya masih belum mampu menyediakan buku teks serta buku terjemahan untuk sekolah menengah Melayu. Guru-guru terpaksa mengajar menggunakan buku teks bahasa Inggeris yang diterjemahkan sendiri ke bahasa Melayu.
12. Sekolah Menengah Melayu di Negeri Sembilan bermula dengan 80 orang murid sebagai pelopor bidang pendidikan menengah Melayu. Pasa masa itu hanya terdapat 3 orang guru sahaja sebagai tenaga pengajarnya iaitu Cikgu Shaharuddin bin Ishak dari Pantai, Cikgu Zaharah Haji Awang serta Cikgu Muhd Yusuff dari Kuala Pilah. Cikgu Shaharuddin dan Cikgu Muhd Yusuff adalah lepasan maktab, manakala Cikgu Zaharah berkelulusan Maktab Perguruan Kirkby, United Kingdom.
13. Ketika itu, bilik darjah sekolah menengah Melayu ini menumpang di bangunan Sekolah Channer Road (sekarang Sekolah Kebangsaan Sri Kelana Seremban) yang terletak bersebelahan maktab guru bagi Pusat Latihan Harian (Day Training Centre atau DTC).
14. Pada tahun 1960, seramai 80 pelajar lagi mendaftar di tingkatan 1 setelah 80 pelajar sebelumnya naik ke tingkatan 2. Rentetan itu, 3 orang guru lagi ditambah sebagai tenaga pengajar iaitu Cikgu Khatijah Awang, Cikgu Tifla Haji Zakaria dan Cikgu Ainon Tan Sri Dr. Mohd Said.
15. Berikutan pertambahan bilangan pelajar menengah Melayu, Sekolah Channer Road tidak lagi mampu menampung jumlah pelajar yang ramai, lagipun murid-murid Sekolah Channer Road sendiri kekurangan bilik darjah.
16. Akhirnya pada tahun 1961, sekolah menengah Melayu ini telah dipindahkan ke bangunan sekolah KGV di Jalan Hose. Guru juga bertambah lagi seramai 3 orang setelah sekolah menengah Melayu ini mempunyai 6 kelas iaitu 2 kelas bagi setiap tingkatan dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 240 orang.
17. Pada 1961 bermulalah peperiksaan pertama Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang status kelayakannya sama dengan LCE dalam aliran Inggeris. Cikgu Shaharuddin Ishak telah dilantik sebagai Pengetua pertama untuk sekolah menengah Melayu peringkat percubaan ini. Namun selepas peringkat pertama murid-murid menduduki peperiksaan SRP, Cikgu Shaharuddin telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, sehinggalah pada 1974 beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
18. Selepas mengharungi pelbagai pahit getir menubuhkan sekolah menengah aliran Melayu pertama di Seremban, akhirnya Sekolah Menengah Melayu diiktiraf dan dikurniakan bangunan sendiri di Jalan Sikamat yang hari ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah; yang serentak dengan penubuhan sekolah menengah Melayu di Kuala Pilah iaitu Sekolah Menengah Tuanku Muhammad.
19. Proses penyediaan pelajar menengah aliran Melayu ini adalah untuk memenuhi dasar pendidikan kebangsaan berdasarkan Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Tujuannya adalah untuk mendaulatkan Bahasa Melayu dalam pendidikan kebangsaan; seterusnya memungkinkan kepada penubuhan institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmunya iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Mei 1970.
20. Cuma para pelajar Sekolah Menengah Melayu di Seremban yang mengambil SPM antara tahun 1963 hingga 1969 agak malang sedikit kerana ramai yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti disebabkan UKM hanya wujud selepas tahun 1970.
21. Begitulah sedikit coretan bagaimana peritnya generasi terdahulu, terutamanya anak-anak Melayu yang terpaksa bersusah payah semata-mata untuk menimba ilmu serta mencapai taraf pendidikan tinggi.
22. Generasi muda hari ini sangat beruntung kerana segala-galanya sudah tersedia, cuma rajin atau tidak saja untuk menimba ilmu pengetahuan.
23. Kepada adik-adik pelajar di luar sana, janganlah mensia-siakan harapan ibu bapa, guru, masyarakat dan kerajaan apabila telah diberi peluang yang seluas-luasnya untuk menguasai ilmu.
24. Dunia ini dahulunya dikuasai oleh umat Islam sehingga menggerunkan pihak Yahudi dan Nasrani, disebabkan kehebatan ilmuan Islam dalam menguasai segala aspek ilmu, sama ada dalam bidang sains, teknologi, perniagaan, ketenteraan, sastera etc.
25. Hari ini tiada lagi negara Islam yang benar-benar kuat sehingga mampu menggerunkan pihak musuh. Maka besarlah harapan kami agar suatu hari nanti kegemilangan dan ketamadunan Islam akan dapat dikembalikan menerusi generasi muda Islam Malaysia, yang mungkin bakal menjadi peneraju baru revolusi dunia dalam ilmu sains dan teknologi.
26. Janganlah mudah terpedaya dengan dakyah sesat komplot pembangkang yang cuba untuk memecah-belahkan sesama Melayu dengan cara mengeliru serta meracuni pemikiran generasi muda agar membenci segala dasar kerajaan yang baik selama ini.
27. Tanggungjawab kita selaku bangsa Melayu yang beragama Islam, sangat berat dan adalah tidak mustahil untuk bangsa Melayu yang sedikit ini, mampu untuk menguasai dunia pada suatu masa nanti.
28. Yahudi hanya ada 7.7 juta orang sahaja di muka bumi ini, tetapi mereka telah berjaya menguasai segala aspek kehidupan manusia di seluruh dunia. Umat Islam ada seramai 1.2 billion di seluruh dunia, tetapi mereka lemah kerana tidak bersatu.
29. Ingatlah bahawa saiz dan jumlah sesuatu bangsa itu bukanlah halangan untuk menguasai dunia ini.
30. We are born unarmed. Our mind is our only weapon. Please use it wisely.

Merdeka: Sudut pandang anak mudahttp://www.detikdaily.net |
Posted on Wednesday, August 10 @ 20:12:52 PDT by paktam Oleh Ahmad Shukri Kamarudin Nun di hadapan berdiri tegak tubuh-tubuh menongkah langit dengan keris yang menjulang. Hari itu menjadi saksi sejarah perjuangan, hadiah tidak ternilai kepada sebuah pengorbanan. Bergembiralah Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan Datuk Maharajalela. Bergembiralah Burhanuddin Al-Helmy, Abu Bakar Al-Bakir dan Onn Jaafar. Bergembiralah segenap baka yang mewarnai perjuangan itu, rebah segala resah tatkala bergema kalimah Merdeka! Namun hari ini segalanya termaktub di dalam lembaran, hikayat dan sejarah. Bait-bait yang membentuk ceritera-ceritera perjuangan kemerdekaan berseni sebagai tinggalan usang. Cakerawala sangat gundah semakin dingin dibawa arus kemajuan. Lantas pesta 31 Ogos seakan-akan jasad kosong yang tidak berjiwa dek kerana bayang-bayang hitam yang membenam dan membunuh roh 1957. Anak kecil terbiar di jalanan. Pemuda, pemudi bermain dengan maruah seakan-akan mainan. Fitnah mencaci, fitnah menganiaya menjadi rutin kehidupan. Inilah fantasi rekaan barat yang diterima sebagai anutan! Andai Tuhan menyingkap tirai kehidupan hari ini, lantas dipamerkan kepada mereka yang telah tiada, pasti sebak jiwa mereka dengan kekesalan, tersentak perasaan dengan seribu kekecewaan. Adakah ini generasi mereka? Apa salah mereka hingga ini menjadi natijah? Atau ini sememangnya hadiah yang tidak berperikemanusiaan, atau lumrah zaman yang sememangnya kejam. Apakah ini sebenarnya refleksi sebuah kemerdekaan? Namun harus diingat, segalanya bermula pada hari itu. Kemerdekaan yang disanjung, kemerdekaan yang ditatang dan kemerdekaan yang di perjuangkan, adakah ini semua mempunyai sebuah nilai yang tidak terhingga? Ayuh kita nilai kembali apresiasi sebuah kemerdekaan yang kini dilihat seakan-akan sudah tidak bermaruah buat anak bangsa Malaysia. Mari kita singgap sejenak nilai kemerdekaan yang telah diperjuangkan dengan kudrat dan darah oleh bangsa terdahulu dan kini ia semakin dipandang sepi oleh anak muda pasca kemodenan. Sejarah Kemerdekaan Menyembunyikan Tokoh-Tokoh Tertentu Tidak dinafikan di dalam lembaran-lembaran dan hikayat sejarah perjuangan dan kemerdekaan negara, ia pernah dibasahi dengan darah dan keringat pejuang-pejuang terdahulu. Namun begitu malang sekali apabila terdapat beberapa batang tubuh tokoh perjuangan kemerdekaan yang cuba untuk disembunyikan daripada tatapan dan pandangan masyarakat umum. Pasca tahun 1945 hingga tahun 1948, ketika pertembungan sengit antara bangsa Melayu dan pihak British, ada sosok tubuh tokoh-tokoh tertentu yang begitu hebat memerah kudrat bagi meraih kemerdekaan Tanah Melayu. Namun di mana letaknya nama-nama mereka di dalam lembaran-lembaran dan teks-teks sejarah negara di peringkat sekolah menengah mahupun di peringkat universiti. Di mana letaknya nama-nama tokoh kemerdekaan Dr Burhanuddin Al-Helmy, Abu Bakar Al-Bakir, Ahmad Boestaman, Ishak Muhammad, Ibrahim Yakob mahupun Shamsiah Fakeh di dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu? Mungkin ada nama-nama mereka yang diselitkan di dalam lembaran sejarah kemerdekaan negara namun apakah cerita yang disampaikan mengenai mereka? Adakah hak-hak mereka telah diadili dengan sebenarnya di dalam ceritera sejarah negara kita? Hinggakan adik-adik di peringkat sekolah menengah, bahkan anak muda-anak muda di peringkat universiti tidak mengenali siapakah tokoh kemerdekaan Burhanuddin, Abu Bakar mahupun Ahmad Boestaman. Apabila disebutkan nama tokoh-tokoh kemerdekaan ini, jiwa generasi muda kita tidak tersentuh, hati mereka tidak mengetahui nilai sebenar pengorbanan yang telah diperjuangkan oleh tokoh-tokoh tersebut. Mungkin juga nama-nama mereka cuba disembunyikan daripada tatapan umum kerana mereka bukanlah se-bahtera dengan mereka yang kononnya sebagai pemencak utama di dalam lapangan kemerdekaan. Ataupun nama mereka cuba disembunyikan kerana ada cerita sebenar mengenai kemerdekaan negara kita yang cuba dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu. Jika benar kemerdekaan negara kita ini suci, jika benar kemerdekan negara kita ini bermaruah, jika benar kemerdekaan negara kita ini bernilai, mengapa perlu ada tokoh-tokoh yang cuba disembunyikan daripada tatapan masyarakat umum ? Sejarah Kemerdekaan Mencemarkan Bangsa Melayu Persepsi ini mudah. Ayuh kita buka dan lihat lembaran-lembaran sejarah kemerdekaan, teks-teks sejarah di peringkat sekolah menengah, video-video kemerdekaan dan kita lihat berapa ramai bangsa Melayu yang memenuhi stadium-stadium, yang membanjiri padang-padang, yang mendengar di corong-corong radio sambil mendengar dan menyambut laungan Merdeka dan kita lihat siapa yang berada di atas pentas pengisytiharan kemerdekaan. Mengapa masih ada seorang bangsa yang berkulit putih, yang bertopi putih duduk di atas pentas kemerdekaan sambil memerhatikan Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimah keramat Merdeka dari belakang dan melihat bangsa Melayu yang duduk di bawah. Cukup simbolik! Adakah benar negara kita sudah merdeka? Jika benar negara kita sudah merdeka, halau sahaja si kulit putih itu dari atas pentas kemerdekaan. Namun ia tidak berlaku. Si kulit putih itu tetap berada di atas pentas kemerdekaan, gambar-gambar dan hikayatnya telah tercatat di dalam lembaran sejarah negara kita dan 20 tahun akan datang, 30 tahun akan datang si kulit putih itu akan tetap akan berada di dalam sejarah kemerdekaan negara kita. Cukup ironis. Persoalannya, di mana nilai sebenar kemerdekaan negara kita? Kemerdekaan Menjatuhkan Maruah Pejuang Terdahulu Kita sering kali mendengar nama-nama tokoh pejuang terdahulu seperti Bendahara Paduka Raja, Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Maharajalela dan Datuk Bahaman yang sering menggunakan kalimah, "akan mempertahankan tanah ini hingga titisan darah yang terakhir". Biar dada tembus dengan tombak penjajah, biar badan dihujani peluru musuh, tanah ini akan tetap dipertahankan walau cuma seinci. Begitu suci dan mulia perjuangan dan pengorbanan mereka. Namun tahun telah beralih, zaman juga sudah semakin maju hinggalah ke pasca tahun 1957. Jiwa perjuangan telah banyak berubah. Toleransi demi toleransi, diplomasi demi diplomasi telah banyak mewarnai kancah perjuangan kemerdekaan pada ketika itu hingga generasi muda seakan-akan alpa apa sebenar erti sebuah perjuangan. Namun hakikatnya, toleransi yang di garap telah melampaui batas-batas perjuangan. Mereka bertoleransi dengan golongan yang dahulunya telah membunuh pejuang-pejuang yang lampau. Mereka bertoleransi dengan golongan yang dahulunya telah menghalau pejuang-pejuang terdahulu. Lalu kemerdekaan diterima dengan cara yang amat mudah daripada tangan-tangan kotor tersebut. Inilah potret perjuangan 1957. Juga persoalan ingin diungkapkan. Apa nilai sebenar kemerdekaan negara kita? Signifikan Kemerdekaan Yang Memalukan Negara Usah bicara soal kebebasan, usah bicara soal demokrasi, usah bicara soal hak-hak individu, usah bicara soal keadilan, usah bicara soal autonomi universiti, usah bicara soal kebebasan akademik jika kemerdekaan yang kita perjuang dan pertahankan selama ini tidak melambangkan erti sebenar sebuah kemerdekaan. Kemerdekaan sendiri telah menutup ruang kebebasan, kemerdekaan sendiri telah memalukan bangsa Melayu dan kemerdekaan sendiri telah mencemarkan nilainya. Jangan diharap bulan jatuh ke riba, selagi adanya satu 'bayang-bayang" yang telah mengotori sistem negara ini tidak kita musnahkan, selagi itu kemerdekaan hanya akan tinggal sebagai kemerdekaan! Buat para anak muda Malaysia, segala yang diungkapkan di dalam hikayat ini bukanlah antipati sebenar sebuah kemerdekaan negara kita namun ia hanyalah satu garapan idea dari sisi pandang yang sedikit berbeza yang seharusnya kita kupas bersama dan kita sebagai anak muda semestinya harus memikirkan apa yang seharusnya kita lakukan demi menjamin eksistensi perjuangan dan pengorbanan bagi meneruskan nafas sebuah kemerdekaan. |
No comments:
Post a Comment