Pemimpinnya KERA...pengikutnya LEMBU....itulah parti UMNO...tak habis habis nak BODOHkan rakyat...
Ekonomi kita lebih baik berbanding negara maju kata Najib
by ReJaM©
INI propaganda untuk memperbodohkan orang kampung. Kalau ekonomi kita sudah lebih baik berbanding negara maju, maka kita lebih maju dari negara maju itu sendiri.
Kalau ekonomi kita lebih baik dari negara maju, maka sasaran menjadi negara maju pada 2020 sudah tercapai lebih awal dari target.
Lebih lawak, Berita Harian laporkan ekonomi negara kita lebih baik berbanding beberapa negara maju termasuk Amerika Syarikat. Hebat! Ekonomi kita sudah mengalahkan Amerika! [Bharian]
Orang kampung terpegun dengan kehebatan PM Najib mentadbir negara. Berita Harian nak tipu siapa? Nak tipu orang kampung, ayam, itek, lembu dan kambeng? Kah kah kah.
Wartawan dah buang tebiat atau editor dah hilang akal?
ReJaM© "Antara propaganda paling bodoh tahun ini..."
05:47 (14 hours ago)
Hacker Indonesia godam laman web rasmi PAS?
by ReJaM©
BERIKUTAN ketegangan perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia menentang Indonesia dalam temasya Sukan SEA ke 26, beberapa blog mendakwa laman sesawang rasmi Parti Islam se-Malaysia, PAS digodam pihak tidak bertanggung jawab.
Ia menyaksikan sebuah laman sesawang di alamat pas.com.my menjadi mangsa digodam oleh penggodam yang dipercayai penyokong bola sepak Indonesia berdasarkan kepada paparan mesej yang ditulis.
Gambar seorang lelaki memegang sepanduk "Final kami datang" di dalam sebuah stadium menjadi paparan utama laman sesawang tersebut. Difahamkan ia merupakan satu tindakan perang saraf penyokong bola sepak Indonesia, rujuk sini [pas.com.my].
Bagaimanapun, tinjauan ReJaM© mendapati alamat laman sesawang pas.com.my bukanlah laman sesawang rasmi Parti Islam se-Malaysia, PAS. Laman sesawang PAS di alamat pas.org.my masih di dalam keadaan baik.
ReJaM© "Kerana bola perang berhenti, kerana bola juga perang bermula...."
12 Nov 2011 05:47
Kondo RM9.8 Juta, Khairy kantoikan Shahrizat
by ReJaM©
SEMALAM Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno Malaysia mengeluarkan kenyataan di dalam blognya bahawa syarikat keluarga Shahrizat telah membeli sebuah kondo mewah di Bangsar yang berharga RM9.8 Juta.
Khairy juga mendedahkan bahawa kondo mewah tersebut dibeli menggunakan dana rakyat dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk projek lembu negara (Projek Fidlot Nasional)[Malaysiakini].
Sewaktu Rafizi Ramli mendedahkan pembelian kondo mewah ini, berlumba-lumba penyokong Umno menafikan dakwaan itu. Mereka bersungguh-sungguh mengatakan bahawa ini semua hanyalah fitnah Rafizi dan KEADILAN.
Tiba-tiba Khairy pula dedahkan syarikat lembu keluarga Shahrizat, NFC memang benar ada membeli kondo mewah berharga RM9.8 juta dengan alasan sebagai pelaburan.
Ini syarikat keluarga Shahrizat, tapi kenapa Khairy yang bersungguh-sungguh tolong jawabkan? Khairy juga membuatkan semua penyokong Umno yang membela Ketua Wanita Umno itu terdiam dan menyesalkerana membela Shahrizat sebelum ini.
NFC kerjanya membela lembu, bukan membeli kondo mewah untuk pelaburan. Tanya lembu, lembu pun tahu. Alasan membeli kondo mewah RM9.8 juta untuk pelaburan langsung tak masuk akal.
Inilah namanya seni politik. Kerana ada perbezaan ketara antara Shahrizat dan Khairy. Buat pertama kali dalam sejarah, Ketua Pemuda Umno seperti Khairy yang menang bertanding pilihanraya 2008 tak dapat sebarang jawatan menteri.
Sebaliknya Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang kalah bertanding pilihanraya 2008, boleh dilantik memegang jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Siapa tak hangin bhai?
Lepas ni ada lagi skandal Shahrizat yang akan didedahkan untuk menamatkan karier politik Ketua Wanita Umno yang kalah pilihanraya tapi dapat jawatan menteri itu. Budaya cantas mencatas akan semakin hebatkah kah kah.
Macam mana maklumat rahsia tentang pembelian kondo boleh sampai ke tangan Rafizi? Macam mana masa, hari, tarikh, akaun bank, jumlah tepat transaksi duit, dan semua maklumat NFC boleh sampai ke tangan Rafizi? Rafizi ada pasang CCTV dalam pejabat NFC ke? Kah kah kah...
Lain kali bagilah alasan beli kondo mewah RM9.8 Juta untuk bela lembu baru orang percaya kah kah kah.
ReJaM© "Ini namanya menangguk di air keruh..."
No comments:
Post a Comment