ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Wednesday, 23 November 2011

SPRM PDRM ‘double standard’


Pemimpin BN itu KERA.....pengikut BN itu LEMBU...tambah dengan ANJING GILA BN.....berpakaian UNIFORM....KUDAkayu BN pegawai AWAM PENJILAT bontot KERA BN...


Di bawah ini ...model ANJING GILAumno....pasukan berUNIFORM....dan KUDAkayu umno....SPRM...


Skandal NFC: SPRM, polis jangan ‘double standard’

(Oleh: Nazar Hashim)

PENANTI 23 Nov: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia diingat supaya tidak bersikap ‘double standard’ dalam isu penyelewengan RM250 juta oleh National Feedlot Corporation (NFC).
Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang, Norhayati Jaafar berkata, pihak berkuasa itu perlu segera menyiasat NFC yang dimiliki keluarga  Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi membuktikan ketelusan.

“Kami mendesak SPRM dan PDRM membuktikan ketelusan mereka menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat dalam skandal NFC, membabitkan wang rakyat yang telah diamanahkan oleh kerajaan,” kata beliau kepada media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Semang, hari ini.

Anggota Wanita KEADILAN Pulau Pinang turut berdemo di hadapan Balai Polis Kubang Semang,Penang
Laporan polis itu merupakan satu dari 13 laporan polis yang dibuat di seluruh negara berhubung beberapa penyelewengan dalam pengurusan NFC membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.
Selain Shahrizat, mereka menamakan empat individu lain  iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar, dan Pengerusi NFC merangkap suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh.
Menurut Norhayati, peruntukan dari hasil kutipan cukai rakyat tidak digunakan untuk rakyat, sebaliknya dimanipulasikan untuk kepentingan kroni dan suku-sakat.
“Objektif asal kementerian menyalurkan peruntukan tersebut ternyata tidak tercapai dan tersasar. Oleh kerana itu Wanita Keadilan Pulau Pinang dengan ini mendesak SPRM dan PDRM segera menyiasat dan membawa mereka yang berlaku curang sebagai pemegang amanah ke muka pengadilan,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, sekiranya Umno dan BN terus diberi mandat untuk menerajui kepimpinan negara, banyak lagi kerosakan dan pemborosan yang melibatkan wang  rakyat serta dana kerajaan akan disalahgunakan.

Sehubungan itu katanya, Umno dan BN mesti ditolak secara total dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Akta Perhimpunan Aman jadikan rakyat ‘lembu fidlot’- Fariz Musa


KUALA LUMPUR 23 Nov: Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan kerajaan tidak ubah seperti melayan rakyat seperti lembu fidlot, kata Pengerusi NGO Jingga 13, Fariz Musa.

“Jingga 13 melihat Rang Undang-undang Himpunan Aman digubal sebagai satu usaha untuk “menjahit mulut, menggari dan memenjarakan rakyat” dan terus menguburkan amalan demokrasi.

“Rakyat bukan “lembu fidlot” yang boleh dicucuk hidung, mengikut telunjuk dan arahan, dikandang dan diikat sesuka hati oleh penguasa,” kata Fariz atau  lebih dikenali sebagai Cikgu Fariz.

Kata beliau, ia bukan sahaja membuktikan kegagalan kerajaan menerima pakai standard antarabangsa dan melanggar hak asasi manusia, malah menafikan amalan demokrasi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membentangkan Rang Undang-undang Himpunan Aman di Parlimen kononnya untuk menjamin kebebasan berhimpun secara aman.

Namun pelbagai pihak mengecam undang-undang berkenaan yang meletakkan syarat yang lebih ketat dan menekan berbanding Akta Polis.

Antara isi kandungan rang undang-undang itu adalah penganjur himpunan perlu memberikan notis kepada polis 30 hari sebelum himpunan berlangsung.

Selain itu, ia juga tidak membenarkan sebarang bentuk himpunan jalanan yang tidak mendapat kelulusan polis.

Penganjur akan didenda RM10 ribu jika didapati tidak memberikan notis awal kepada polis, manakala peserta yang terlibat pula boleh didenda sehingga RM20 ribu.




Tarik balik Rang Undang2 Perhimpunan Aman- Pakatan Rakyat

(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 23 Nov: Pakatan Rakyat mendesak kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menarik balik Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dibentang bagi bacaan kali pertama di parlimen baru-baru ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rang undang-undang baru itu jelas menyekat kebebasan rakyat menyuarakan pendapat yang merupakan asas demokrasi.

“Rang undang-undang ini juga jelas bercanggah dengan kenyataan asal Datuk Najib yang kononnya mahu menjadikan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik di dunia.

“Ucapan beliau pada sambutan Hari Malaysia amat lunak, namun tindakannya cukup menekan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat dipejabatnya di Parlimen hari ini.

Turut serta dalam sidang media itu pimpinan tertinggi Pas, KEADILAN dan DAP yang lain.

Najib pada 16 September lalu berjanji Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan sepenuhnya dan berikrar akan menjadikan Malaysia negara demokrasi lebih baik.

Namun baru-baru ini kerajaan menahan 13 individu  di bawah akta itu dan memperkenal kan Rang Undang-undang yang meletakkan syarat lebih ketat terhadap penganjuran perhimpunan aman.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan undang-undang baru itu tidak praktikal kerana penganjur perhimpunan perlu memohon 30 hari lebih awal untuk berhimpun.

“Bagaimana jika Israel misalnya menyerang Iran secara mengejut dan kita mahu adakan himpunan, tidakkah undang-undang ini sangat tidak praktikal,” soalnya.

Oleh itu, katanya, Pakatan Rakyat akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) esok jam 1.30 petang bagi membantah rang undang-undang baru itu.

Sementara itu, kumpulan peguam hak asasi, Pertubuhan Lawyers For Liberty (LFL) turut menuntut Kerajaan agar menarik balik Undang-Undang berkenaan yang memberi kuasa yang sangat besar kepada polis.

Dalam satu kenyataan semalam, LFL menanggap RUU tersebut tidak menghormati jaminan hak berhimpun yang termaktub dalam perlembagaan, malah lebih menekan berbanding akta polis sedia ada.

“LFL mengutuk pembentangan RUU yang dibuat di Dewan Rakyat dan ia jelas kelihatan sebagai suatu penghinaan kepada jaminan perlembagaan hak untuk berhimpun secara aman yang termaktub dalam Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan”

“Rang Undang-Undang itu pada asasnya mengurangkan hak untuk berhimpun secara aman kerana ia mengenakan sekatan yang tidak munasabah dan syarat-syarat yang boleh menyebabkan hak untuk berhimpun secara aman yang tidak mampu dicapai,” katanya.

Bila anjing kena belasah...pasal dok jilat bontot KERAumno...maka digunakan lah nama TUAN**.....mau kasi cuci...mau minta belas kesihan...masa menyalak ...masa mengggigit...SAWAN tak ingat dunia dah...konon kami paling GARANG...paling HEBAT...kat bangsa dab rakyat sendiri...pttuuuuiiiih.


Sultan Selangor dukacita


SHAH ALAM 23 Nov. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita kerana ada sesetengah pihak di negeri ini suka mengritik dan mencaci pasukan polis.

Baginda bertitah, perbuatan itu adalah sesuatu yang tidak baik serta perlu dielakkan kerana pegawai dan anggota polis juga merupakan manusia biasa yang mempunyai hati serta perasaan.

“Beta berasa dukacita kerana ada segolongan rakyat di negeri ini yang suka mengkritik dan mencaci pihak polis yang sedang menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka.

“Ada juga rakyat yang sengaja tidak mahu mendengar dan degil dengan arahan-arahan yang diberi oleh pihak polis bagi mengelakkan kekacauan dan huru-hara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Sultan Selangor menitahkan seluruh rakyat di negeri supaya terus mematuhi undang-undang serta menyokong tugas-tugas anggota polis bagi memastikan negeri ini terus aman dan damai.

“Beta menyeru kepada semua rakyat di negeri Selangor supaya menyokong tugas-tugas polis dan mematuhi undang-undang serta memberikan kerjasama kepada pihak polis supaya negeri Selangor akan sentiasa berada di dalam keadaan aman dan damai serta rakyatnya yang berbilang kaum dapat hidup dalam harmoni dan selesa,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda berharap pihak polis dapat menjalankan tugas dengan baik serta ikhlas dalam menangani sesuatu kes jenayah dengan adil tanpa mengira kaum, agama, jantina, usia dan status.

“Apa yang penting, setiap anggota polis hendaklah menjalankan tugas mengikut undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menyalahgunakan status sebagai anggota polis mencapai kepentingan peribadi,” titah baginda.

Selain itu, baginda turut mengingatkan pasukan polis supaya menjaga disiplin dan integriti mereka termasuk memastikan bahan bukti untuk sesuatu kes dapat terus dijaga dengan rapi agar ia tidak hilang atau dirosakkan.

“Ini kerana, ia (kehilangan barang kes) boleh menjejaskan perbicaraan sesuatu kes serta boleh menyebabkan orang yang bersalah terlepas daripada menerima hukuman yang sewajarnya.

“Kehilangan dan kerosakan bahan bukti juga boleh menyebabkan integriti pihak polis dipersoalkan oleh masyarakat,” titah baginda. - Utusan

* Rakyat persoal polis yang dilihat menjadi kuda tunggangan parti politik pemerintah. Polis disanjung jika bekerja dengan betul...

No comments:

Post a Comment