Blogger Umno Fitnah Lagi,Kali Ini Isu Barner Bahasa Kelantan
by ijoks2009
Tag: Isu Semasa
Petikan dari blog Pro UMNO
Gambar dari sel13.com |
Boleh tak sesiapa tolong terangkan apa yang ditunjukkan oleh anak panah itu, lambang salib atau ejaan dalam bahasa Kelantan.
Jika ada mana-mana pembaca yang pakar dalam soal eja-mengeja bahasa Kelantan minta tolong terangkan.
Setahu saya perkataan TEMU dalam bahasa Kelantan dieja sama seperti bahasa 'kolumpo'.
Jika hendak dihentikan antara TE dan MU, ianya sepatut dieja TE'MU.
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2012/01/adakah-ini-lambang-salib-atau-huruf-t.html
Untuk Pengetahuan orang yang tak tahu cara percakapan bahasa kelantan pertakaan "TEMU" dalam bahasa kelantan memberi maksud sejenis tumbuhan seperti kunyit.
kalau tak kenal ni,gambar dia
Saya fikir sebab tulah dalam barner yang sengaja dibuat dalam bahasa kelantan tu tidak ditulis TEMU atau TE'MU nanti jadi macam pelik pulak.
Untuk pengetahuan orang yang tak tahu,dalam bahasa kelantan ada jenis sebutan seakan sabdu dalam Al-Quran contohnya perkataan "jupo" dengan "juppo" memberi makna yang lain ,kalau disebut jupo tak ada makna tapi kalu juppo memberi maksud berjumpa.
Lagi contoh ayat;Ambo nok turun ttanah meta.(Saya nak turun bawah sebentar).
kalau "tanah" dibaca tanpa sabdu akan jadi pelik dan lari maksud
Lagi contoh ayat;Ambo nok turun ttanah meta.(Saya nak turun bawah sebentar).
kalau "tanah" dibaca tanpa sabdu akan jadi pelik dan lari maksud
Nak lebih jelas lagi tentang sabdu dalam bahasa kelantan,baca lagi kat sini:
-Kesimpulannya jangan nak buat fitnah membabi buta,ingat ore kelate dimana-mana,hehehe..-
21:58 (9 hours ago)
Apa Masaalah Blogger Umno Ni Dengan Wardina,Sampai Sanggup Buat Fitnah
by ijoks2009
Tag: Isu Semasa
PETALING JAYA Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyahmenjemput penulis blog Ruang Bicara Faisal (RBJ) menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang berlaku terhadapnya baru-baru ini adakah lakonan atau pun kisah benar.
Wardina berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh penulis blog tersebut seperti yang diminta.
"Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya.
"Biarlah orang ramai sendiri yang membuat penilaian terhadap semua perkara yang ditimbulkan kerana saya sudah penat untuk bercakap mengenai hal tersebut," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.
Wardina berkata, dia juga tidak risau dengan pandangan masyarakat yang membaca entri tersebut kerana percaya mentaliti masyarakat di negara ini sudah cukup bijak untuk menilai sama ada kejadian tersebut benar atau tidak.
"Mungkin ada segelintir pihak akan terpengaruh dengan entri tersebut dan memikirkan perkara negatif mengenai diri saya, tetapi saya percaya itu hanya mewakili segelintir pihak sahaja.
"Rakan-rakan dan keluarga tahu apa yang sebenarnya yang berlaku dan pada tahap ini itu sudah memadai," ujarnya.
http://greenboc.blogspot.com
Saya tak faham kenapa blogger ni boleh buat tuduhan macam tu kat ,pelakon dan pengacara yang berimej bersih macam Wardina ni,memang menteliti blogger umno.Asal orang imej bertudung dan berserban je ,mesti dia sakit hati..
No comments:
Post a Comment