Luahan dari blog JAMBAN lembUMNO...yang asyik..siarkan vedio LUCAH...siang malam pagi petang....tapi BEBAS dari tindakan KERA KERA KERA KERAjaan ...BN BABI NASIONAL...
Mahafiraun, Najib Altantuya, Rosmah Big Mama, Shahrizat Lembu
Fitnah dan rekayasa sering dimainkan dalam menyerang peribadi mahupun parti politik pihak lawan. Bukan satu pekara yang baru pekara sebegini berlaku malah ianya telah lama berlangsung sehingga menyebabkan ada pemimpin politik yang tumbang dan tidak kurang yang terus mara kehadapan.
Mahafiraun, Najib Altantuya, Rosmah Big Mama dan Shahrizat Lembu itu yang akan Gomo ulas hari ini bagaimana jatuh dan bangunnya seseorang itu mengikut penilaian Gomo yang tidak lah pandai mahupun cerdik dalam dunia politik ini namun inilah luahan rasa hati dari seorang Blogger jalanan.
MAHAFIRAUN = Tun Dr Mahathir
Itulah gelaran yang telah diberikan oleh pakatan Pembangkang sewaktu Tun Dr Mahathir mantan Perdana Menteri Malaysia yang telah memimpin negara kita selama hampir 22 tahun yang mana juga merupakan Perdana Menteri paling lama setakat ini.
Ayahnda Tun M diasak cukup hebat sepanjang beliau mentadbir negara malah diperingkat kemuncaknya zaman reformasi sekitar tahun 1998 -1999 pelbagai gelaran yang beliau perolehi yang mana bukan setakatMahafiraun, Mahazalim malah banyak lagi kata kata yang dilemparkan kepada beliau kerana Timbalan Perdana Menterinya Anwar Ibrahim dipecat waktu itu kerana salah guna kuasa dan masaalah moral Homoseksual.
Tun M berjaya mengharungi rintangan tersebut dengan bantuan dari pemimpin Kerajaan waktu itu terutamanya dari UMNO sendiri walaupun yang menentang beliau tidak kurang juga datangnya dari UMNO sendiri. Malah keluarga beliau sendiri menyokong penuh Tun M dan sentiasa mendmpinginya dari saat ke saat sewaktu tomahan dan fitnah besar melanda beliau waktu itu.
Tun M Suksess dan berjaya dalam saat mencabar tersebut walaupun Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi pada PRU 10 pada tahun 1999. Syukur buat Tun Mahathir Negarawan Ulung negara.
NAJIB ALTANTUYA = Dato Seri Najib Razak
Sewaktu D.S.Najib Razak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi gelaran ini diberikan kepada beliau oleh pihak pembangkang. Gelaran yang pada pandangan Gomo telah menarik perhatian rakyat Malaysia yang mana Altantuya mangsa pembunuhan yang diBOM menggunakan Bom C4 pada tahun 2006.
Pendek kata waktu itu orang UMNO juga bercakap cakap mengenai pekara ini malah boleh Gomo katakan ramai yang termakan hasutan pembangkang bahawa Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya Model dari Mongolia ini.
Pelbagai tomahan dan fitnah keatas Najib Razak yang waktu itu Timbalan Perdana Menteri mampu diharungi oleh beliau yang dalam masa yang sama sentimen kebencian oleh ahli UMNO sendiri keatas Pak Lah tidak dapat dibendung yang memaksa undi Protes berlaku diseluruh negara sehingga menyebabkan kehilangan 5 Negeri kepada Pakatan Pembangkang pada PRU 12 lalu tahun 2008.
Najib Razak terus mendapat sokongan dan mandat dari pemimpin dan ahli Barisan Nasional yang akhirnya dengan tomahan dan cemuhan pembangkang yang melabelkan beliau Najib Altantuya akhirnya membawa beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah Pak lah Perdana Menteri sewaktu itu mengundurkan diri ekoran kekalahan teruk PRU 12.
Zaman media baru juga semakin canggih waktu itu dan turut bertambah adalah Blogger Blogger jalanan yang timbul entah dari mana mempertahankan Najib Razak walaupun Blogger jalanan tersebut tidak kenal mahupun pernah berjumpa dengan Najib Razak.
Kebangkitan pejuang media baru pro Kerajaan menentang dakyah Fitnah pejuang media baru pembangkang menaikkan sokongan moral buat Najib Razak dan pemimpin BN yang lain. Turut mambantu Najib ahli UMNO yang berhempas pulas melaksanakan Tranformasi yang dibawa oleh Najib Razak buat negara.
Pendek kata sokongan buat Najib Razak tidak pernah putus malah sehingga kehari ini pemimpin UMNO menyokong beliau baik dari peringkat atasan sehinggalah kepada ahli UMNO yang hanya menjadi Tukang Kebun sekolah. Najib Razak mesti diangkat terus kehadapan memimpin negara Malaysia ini.
Fitnah Najib Altantuya sudah semakin lapuk dan dengan peperangan cyber yang ada telah sedikit sebanyak membersihkan nama Najib Razak dari dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya. Tahniah dan Syabas rakan Blogger.
Najib Razak terus menerajui negara dengan sokongan yang tidak putus putus terutamanya dari kalangan UMNO sendiri walaupun kadang kala keputusan beliau membuatkan ahli UMNO merasa Geram. Najib Razak mesti dipertahankan kerana beliau Presiden Parti UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia.
ROSMAH BIG MAMA = Datin Seri Rosmah Mansor
Beliau bukanlah pemimpin politik tetapi beliau adalah isteri kepada Perdana Menteri D.S. Najib Razak. Gelaran Big Mama diberikan oleh jentera cyber pakatan pembangkang sejak suami beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.
Sampai ke hari ini gelaran Big Mama masih melekat dibibir rakyat yang telah dihasut bertahun tahun dengan memburukkan keperibadian Isteri Najib Razak. Fitnah keatas Najib Razak yang sebelum ini diasak cukup hebat telah melemahkan semangat pembangkang kerana Najib Razak disokong oleh pelbagai lapisan maka serangan keatas Rosmah Masur perlu dilakukan demi menjatuhkan reputasi Najib Razak.
Isu Pembunuhan Altantuya dikaitkan oleh pembangkang apabila cubaan mengaitkan Najib Razak gagal. IsuCincin RM24 juta dicanang cukup hebat oleh pembangkang sehingga pada Hari Raya tahun 2011 sana saudara yang pulang beraya tidak putus putus mengulas isu cincin yang dibeli RM24 juta. Fitnah dan propaganda pembangkang berjaya pada asanya walaupun berita itu adalah rekayasa jahat.
Sokongan dari pelbagai lapisan keatas Datin Seri Rosmah tidak pernah putus, malah sekali lagi para Blogger ditambah jentera sukarelawan cyber melalui Facebook, Twiiter dan lain lain menentang fitnah tersebut. Belum sempat isu Cincin diserang oleh jentera Cyber pro BN maka keluar pula isu pembelian Handbag dan bermacam macam lagi. Semua itu dilihat tidak pernah sama sekali mematikan langkah Rosmah Mansur.
Waktu ini isu Rosmah Mansur yang digelar Big Mama boleh Gomo katakan isu yang menduduki carta yang ke 6 buat Kerajaan untuk mengatasinya. Isu yang dulunya ditempat teratas telah turun kebawah barangkali penerangan dan penjelasan yang diberikan oleh pelbagai pihak terutama dari kalangan jentera Median baru. Sekali lagi Syabas Gomo ucapkan buat rakan jentera Media Baru pro Kerajaan.
Namun demikian Gomo yakin serangan keatas Rosmah Mansur belum selesai dilakukan oleh pihak pembangkang. Semakin dekat PRU 13 kelak maka yakinlah serangan yang berganda akan dilakukan oleh pihak pembangkang dalam menjatuhkan kreabiliti seorang Perdana Menteri yang mana merupakan suami kepada Rosmah Mansur.
Hakikatnya Rosmah Mansor masih terus mendampingi suaminya dan dilihat tidak memperdulikan akan serangan dari pihak pembangkang. Malah pemimpin UMNO dan juga ahli UMNO terus berada dibelakang Rosmah Mansur Isteri Perdana Menteri.
SHAHRIZAT LEMBU = Dato Seri Shahrizat Jalil
Isu yang panas waktu ini yang mana Shahrizat jalil ketua wanita UMNO dikaitkan dengan syarikat NFC yang mana dimiliki oleh suaminya dan juga anak anak beliau. Serangan yang bertali arus tidak pernah lekang malah waktu ini Gomo boleh nyatakan isu ini akan dimainkan sehingga ke PRU 13.
3 bulan serangan dilakukan keatas Shahrizat Jalil walhalkan fitnah tersebut meleset sama sekali. Namun apabila sampai ke tempoh ini yang mana bukan sahaja beliau tetapi Suami, Dua anak lelakinya dan seorang anak perempuanya diheret sekali menjadikan beliau satu satunya Mangsa kekejaman politik paling dasyatpernah berlaku didalam Malaysia ini. Anwar Ibrahim peliwat negara juga tidak mendapat serangan sebegitu hebat berbanding Shahrizat Jalil.
Kecoh dipersada media baru mengenai NFC malah ada juga dikalangan pro kerajaan BN sendiri turut menghentam dan Shahrizat Jalil dan mendesak beliau untuk meletakkan jawatan yang disandang. Begitu hebat rekayasa pihak pembangkang sehinggakan dalam kem Shahrizat sendiri beliau menerima serangan.
Tun Mahathir diserang pembangkang begitu hebat sepanjang pentadbirannya berjaya mengatasinya melalui sokongan dan semangat dari parti UMNO dan juga keluarga beliau. Najib Razak dan Rosmah Mansur juga begitu yang perolehi sokongan dari UMNO dan juga keluarga malah kehadiran jentera media baru juga sedikit sebanyak membantu.
Shahrizat Jalil? Sokongan dari parti UMNO berbelah bagi, sokongan dari keluarga? bagaimana hendak sokongan dari keluarga sedangkan beliau Shahrizat Jalil, suami dan anak anak beliau telah diheret berbulan bulan dalam keadaan aib yang amat luar biasa.
Pemimpin BN tahu bahawa beliau Shahrizat Jalil tidak terlibat dalam NFC, kerajaan juga tahu bahawa syarikat NFC yang dimiliki suami beliau dan diuruskan anak anak Shahrizat Jalil tidak melakukan penyelewengan wang pinjaman dari kerajaan. Pekara ini sama sepertimana Tun Mahathir alami fitnah dari pembangkang, pekara ini sama sepertimana Najib Razak alami dengan fitnah Altantuya, Pekara ini sama dialami Rosmah Mansurdengan Fitnah Cincin 24 juta.
Pembangkang sememangnya hebat dan cerdik dalam mengatur langkah memecahkan UMNO dan kerajaan. Rekayasa mereka keatas pemimpin Kerajaan sentiasa mendapat sambutan dari rakyat. Yang menjadi persoalannya adalah kita pemimpin, ahli UMNO dan juga Barisan Nasional sendiri dalam menjawap tomahan ini. Bantuan kepada pemimpin yang menerima serangan amat ditagih demi satu keluarga UMNO dan BN dalam menempuhi perjalanan politik ini.
Shahrizat Jalil akan terus dilabel sebagai Shahrizat Lembu, beliau akan dikatakan Liabiliti kepada UMNO dan juga kerajaan. Beliau tidak mampu berbuat apa apa kerana beliau bukan Perdana Menteri Malaysia mahupun Presiden Parti keramat UMNO.
Barangkali pemimpin UMNO mahu melihat dan menguji kekuatan Shahrizat Jalil dalam isu Lembu ini. Tidak mengapalah jika begitu maka kita lihat dan saksikan sahaja Shahrizat Jalil berkeseorangan dalam menempuh liku liku politik yang tidak kenal kawan atau lawan. Beliau hanya ada keluarga yang turut sama dilabelkan dan diaibkan oleh pembangkang sebagai Keluarga Lembu.
Psssttt.... Menunggu detik Shahrizat Jalil Menyaman Rafizi Ramli dan Zuraidah Mak lampir PKR atas fitnah yang dilemparkan keatas beliau sekeluarga
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
No comments:
Post a Comment