ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Wednesday, 15 February 2012

Kebenaran bergantung kepada nombor


Kebenaran bergantung kepada nombor

Ole: MSK
Tahun lepas…aku tulis tentang apa yang akan berlaku pada tahun 2012. Macam-macam la…dari perubahan frekuensi bumi, perubahan pemikiran..perubahan sikap dan perubahan dimensi. Hari ni dah 16 Februari 2012. Apa pun tak jadi!!

Betui…aku pun tak rasa apa-apa. Dan aku pun tak sedar apa-apa perubahan yang berlaku..sampai la dua hari sudah. Ada satu perkara yang membuatkan aku jadi tergamam dan termenung sekejap.

Aku kenal Pyanhabib secara peribadi sejak 2009. Kali pertama aku jumpa dia masa PRK Bukit Gantang. Lepas tu kami berkawan dan aku pun dah tak ingat dah berapa kali aku jumpa dia. Dengan lain perkataan..aku dah lama “berkawan” dengan dia.

Tup-tup..dua hari sudah, Pyan hantar friend request kat aku. “Rupa-rupanya kita belum ‘berkawan’ lagi. Tolong approve gua.”

Cilaka..dalam kita dok kutuk Yahudi..Dalam kita dok kutuk Anwar sokong Yahudi..Dalam kita dok kutuk syarikat yang berdagang dengan yahudi…sekarang ini  nak berkawan kena approve oleh Yahudi dulu!!

Kalau dulu..bila nak berkawan kena dapat kelulusan mak bapak dulu, tapi sekarang nak berkawan kena dapat kelulusan Facebook! Apa cerita?

Mak bapak sudah tidak diperlukan lagi kalau nak cari kawan…tapi perlu mendapat pengesahan dari Facebook.

Ini juga membawa balik ingatan aku kepada satu kes dimana seorang suami menceraikan isterinya melalui sms. Macam mana nanti kalau ada kes dimana isteri minta cerai melalui Facebook? atau suami yang menceraikan isteri melalui Facebook? Yang ni kena tanya Ustaz Azhar Idrus. 

Toksah tanya kat Majlis fatwa Kebangsaan atau mahkamah syariah…buang masa saja.

Aku bukan melawak!! Trend ini sudah jelas sekarang…nak bela ikan pun kena tanya Ustaz Azhar Idrus dulu. Nak pakai T-shirt dan jenas pun nanti kena tanya UAI. Dan bila ada yang mempertikaikan sesuatu isu macam aku menulis tentang Hari Valentine..ramai yang menyanggah tulisan aku dan meminta aku merujuk kepada video Ustaz Azhar Idrus dalam youtube.

Video ustaz Azhar Idrus sudah jadi bahan rujukan. Kalau dulu, bila ada komen yang tak setuju depa akan copypaste ayat-ayat Quran dalam ruangan komen, sekarang hanya perlu masukkan link Youtube. Video UAI seolah-olah sudah jadi rujukan universal. Tak perlu buka macam-macam kitab. Tak perlu tanya Nik Aziz…tak perlu tanya Harusani.

Bila ada percanggahan pendapat..sekarang ini tak perlu rujuk Quran atau Hadis…cuma perlu rujuk Google atau Wikipedia.

Tahun lepas, aku tulis:


Siapakah ulama tersohor di Malaysia sekarang ini?

Jangan cakap kat aku Nik Aziz. Kuliah Nik Aziz di Pulau Melaka mungkin hanya mampu diikuti oleh tidak lebih seribu orang.

Jangan cakap kat aku Harussani. Kuliah Harussani di Perak diikuti tak sampai 500 orang.

Tapi kuliah Ustaz Azhar Idrus diikuti oleh berpuluh dan mungkin beratus ribu orang. Populariti UAI dibantu oleh Yahudi yang mencipta Youtube. Kredibiliti UAI bukan disahkan oleh para ulama terdahulu ataupun Majlis Fatwa ataupun Majlis Syura…tetapi oleh mereka yang tidak perlu belajar ugama pun.

Kalau dulu, kredibiliti dan kemampuan seseorang itu perlu mendapat pengiktirafan dan pengesahan dari Al-Azhar atau pun mana-mana universiti..dimana pengetahuan seseorang itu dinilai oleh barisan penilai yang arif tentang ugama..sekarang tak perlu dah.

UAI tak perlu dapat tauliah dari Hasan Ali untuk mengajar ugama. UAI tak perlukan kelulusan dari Majlis Fatwa Kebangsaan untuk bercakap apa yang dia fikirkan betul. 

UAI hanya perlukan kelulusan Youtube untuk meluluskan akaunnya. Dan yang boleh mengharamkan kuliah UAI bukan lagi JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri-negeri…tetapi Youtube.

Apakah semua yang dikatakan oleh UAI itu benar sebenar-benarnya? Siapa yang diperlukan untuk mengesahkan bahawa apa yang diajar oleh UAI semuanya benar mengikut Hadis dan AlQuran? Itu juga tak perlu.

Kebenaran adalah persepsi. Sesuatu itu menjadi benar kalau kita percaya dan salah kalau kita tak percaya. Kalau 50 ribu orang yang menonton kuliah UAI percaya kepada apa yang diperkatakan..maka benarlah ia. Kalau aku sorang yang tak percaya..dah tentu aku salah.

Tak kan 50,000 orang salah dan aku sorang yang benar? Kebenaran dan kesalahan bukan lagi bergantung kepada hujah, kajian atau kelulusan…tetapi bergantung kepada berapa ramai yang percaya dan berapa ramai pulak yang tak percaya.

Kalau jumlah yang percaya lebih ramai dari yang tak percaya…maka betul lah sesuatu hujah itu.

Aku bukan nak bercakap tentang ugama atau kebenaran disini. Aku memang tak minat untuk berbincang tentang ugama..sebab sampai bila pun tak habis.

Apa yang aku tulis diatas hanyalah intro. Matlamat aku ialah nak menumbangkan BN. Dan oleh kerana semua orang nak tumbangkan BN melalui pilihanraya, maka aku gunakan intro diatas untuk digunakan dalam pilihanraya.

Sekarang ada sekitar 12 juta pengundi. Katakanlah 80% akan keluar mengundi nanti. Ini bermakna jumlah yang akan keluar mengundi ialah 9.6 juta.

Ikut congak mudah, kalau nak mengalahkan BN, PR memerlukan 4.9 juta untuk menang mudah…tapi oleh kerana sistem persempadanan yang tak seimbang, maka PR memerlukan 60% undi untuk menawan Putrajaya…ataupun  5.8 juta undi.

Tak perlu slogan “menegakkan kebenaran” atau “menegakkan keadilan.” Sebab kebenaran dan keadilan itu hanya akan diperolehi kalau kita mendapat 5.8 juta undi.

Kebenaran dan keadilan bukan ditentukan oleh Quran atau hadis…tetapi berapa ramai yang percaya atau tidak. Kalau julah yang percaya kepada kita lebih ramai..maka benar lah kita.

Dan kalau kita hanya mendapat 40% dari jumlah undi..maka kita akan dikatakan salah…walaupun hangpa bawa keluar ayat Quran atau hadis.

Truth is about numbers.

No comments:

Post a Comment