Adam Adli buat Khaled Nordin kelihatan bodoh...
Walau pun apa yang dikatakan tentang Adam Adli sebelum ini tapi yang boleh aku katakan dia ini bukanlah saperti yang digambarkan.Peluang bertemu dan berbual secara peribadi tempohari menyerlahkan ciri ciri seorang pemuda yang cerdik dalam berbicara dan tahu apa matlamat perjuangan yang sedang dia lakukan.Aku tahu mesti ramai orang Umno yang anti dengan Adam ini akan melenting bila aku kata macam itu,tapi itu hakikatnya dan aku berhak atas pendapat aku.Bukan beerti aku menyokong Adam Adli dan gerakan yang sedang dilakukan nya,tapi aku menyokong hak dia memperjuangkan apa yang dia fikirkan sebagai matlamat pejuangan nya.
Saksikan video dibawah dengan hati terbuka pasti anda akan lihat ciri ciri kepimpinan anak muda ini dan pastinya kita merasa malu ada menteri KPT yang kelihatan lebih bodoh dalam mengeluarkan kenyataan nya bila berhadapan dengan tekanan dari seorang anak muda bernama Adam Adli.
Popout
Tamrin Ghaffar, bila lagi nak tinggalkan Umno?
Menjelang perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 Aprilini, seorang tokoh di luar Pakatan Rakyat menyatakan sokongan terhadap usahauntuk melakukan transformasi pilihan raya.
Meskipunmengakui masih menjadi ahli Umno, namun Tamrin anak bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun GafarBaba,dikatakan amat meluat dan jijik dengan gelagat Pimpinan UMNO hari ini.Mereka sanggup menggadai maruah Negara dengan memberi kad pengenalan kepadapendatang asing melalui cara berselindung, untuk menjadikan mereka pengundiharam tetapi disisi Umno. Tujuan Umno tiada lain,.. sudah tentu untuk membantu merekamenang dalam PRU akan datang.
Tamrin juga meluahkan rasa hati yang beliau sudah tidaksanggup lagi melihat sistem pilihan rayadiperkotak-katik oleh Umno BN semata-mata untuk mengekalkan kuasa. Tahniahsaudara Tamrin! . Anda adalah satu diantara seribu ahli Umno yang mahu mengakukebenaran.Yang salah tetap salah di mata rakyat, yang benar tetap benar. Keadaanpemimpin Umno semakin hari semakinteruk!. Mereka mengaku beragama Islam tetapi sudah menjadi macam orang tidakberagama !, tidak beriman !
Inilah akibatnya kalau fahaman atau semangat Asabiyahterlalu diagong-agongkan. Bila agama diketepikan, maka hawa nafsu dan tamakhalobalah yang menguasai diri. Walhal dalam perlembagaan Umno sendiri pun TIDAKmenyatakan bahawa,.. hanya UMNO saja yang berhak memerintah,… dalam Quran jauhsekali. Sepatutnya pemimpin Umno terimahakikat bahawa tidak ada yang kekal dibumi Allah ini. Rakyat boleh berubah! Rakyat mahuberubah! Pemerintah juga bolehberubbah!!
Akhirsekali kita sedang menunggu bila agaknya Tamrin nak tinggalkan Umno. BilaTamrin nak lari dari terus hidup dalam parti tong najis yang baunya teramat busuk itu..
Oleh: rahimothman
Yang pandai masuk PAS, samseng masuk Umno
Khairil Abdul Rahim, | 18 Apr 2012 |
TEMERLOH, 18 April: Trend terbaru golongan muda pada masa ini ialah yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR, yang pintar masuk DAP dan yang samseng masuk Umno.
Bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Fauzi Abdul Rahman (gambar) berkata, beliau bukan mereka-reka cerita tetapi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri yang mengatakan Umno sudah berpuluh tahun tidak dimasuki orang pandai sebaliknya mereka memilih PAS.
“Dr Mahathir sendiri mengatakan Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS sehingga akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya.
“Dr Mahathir akui sejak zamannya Umno tidak memberi peluang kepada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.
“Habis sekarang ni siapa yang ada dalam Umno? Ikut kata-kata Dr Mahathir orang cerdik pandai tak masuk Umno. Yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan pintar masuk DAP. Tapi yang samseng masuk Umno,” katanya.
Fauzi yang juga Ketua Perhubungan Keadilan Pahang berkata demikian ketika berceramah dalam majlis ‘Aku Bekas Umno’ (ABU) di Taman Bukit Chermin di sini anjuran PKR Cabang Temerloh.
Turut berucap bekas Ketua Penerangan Umno Pekan yang juga bekas Adun Pulau Manis Datuk Ariff Sabri, bloger dan pemimpin Umno Negeri Sembilan Aspan Alias serta bekas AJK Umno Temerloh Rosli Ismail.
Fauzi berkata, memang terdapat perbezaan yang ketara antara pimpinan Umno dulu dengan sekarang kerana pemimpin dulu sanggup berkorban tetapi pemimpin parti itu sekarang ini mengintai peluang sahaja untuk mengayakan diri masing-masing.
"Pemimpin Umno dulu tengok orang Melayu susah, dibuka tanah untuk beratus ribu rakyat dan lantik Felda uruskan. Tapi sekarang Umno bagi tanah untuk satu orang. Contohnya di Bukit tinggi (Bentong) seorang tauke dapat 36,000 ekar. Begitu juga di Gambang (Kuantan) beribu ekar diberi hanya kepada seorang tauke.
“Saya masih ingat pada tahun 1974 Menteri Besar ketika itu Abdul Aziz Ahmad, (Tanah dalam bandar Kuantan) Transit Kuarters dulu rizab Melayu tapi tapak itu sudah dijual kepada tauke Cina dari Singapura,” tegasnya.
Fauzi berkata, ada betulnya kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan cerdik pandai tidak lagi masuk Umno sebab itulah jika diperhatikan pemimpin Umno dulu korban diri untuk kepentingan rakyat, tetapi pemimpin Umno sekarang korbankan rakyat untuk kepentingan diri.
“MB Pahang dulu tak masuk universiti tapi akal panjang dan amanah. Di buatnya kilang Aspa dan Mentiga kerana Pahang kaya dengan hutan balak. SEDC ditubuh bangunkan tanah Melayu ketika itu Aspa diberi 1.1 juta ekar tanah hutan balak tapi semua itu dah hilang.
“Kita boleh tengok tahun 1969 negeri Pahang ada simpanan tunai RM250 juta tetapi Pahang sekarang hutang pula RM2.3 bilion dan kena saman lagi RM63 juta oleh syarikat balak,” ujarnya.
Dalam pada itu Fauzi turut membangkitkan pada masa ini 2.5 juta pengundi dalam keadaan meragukan sehingga terdapat nama dalam Daftar Pemilih tetapi apabila disemak dalam JPN, tiada pemilik mykad.
“Jadi lepas ini anak cucu kita tak boleh tentukan masa depan tetapi pendatang asing.”
Sementara itu Ariff Sabri (gambar) yang berceramah sebelumnya mengatakan Umno pada masa ini mengamalkan kronisme sehingga menyusahkan rakyat. Sebagai bukti, harga beras dan gula menjadi tinggi apabila dimonopoli kroni.
Beliau yang mendakwa rapat dengan Najib sebelum menyertai DAP, turut menyentuh kononnya Umno menganggap juara orang Melayu.
“Pemimpin Umno anggap parti itu bela Melayu? Melayu Umno saja. Tengok apa terjadi dengan Kelantan dan royalti negeri Terengganu sebelum ini yang tiba-tiba ditukar menjadi wang ehsan.
“Kita mahu orang Melayu sedar tentang perkara ini jangan selamanya ditipu oleh lidah rasmi Umno baik akhbar mahupun televisyen,” tegasnya.
Ariff berkata, orang-orang Melayu di tempat lain sedang mentertawakan Melayu negara ini kerana sudah 13 tahun rakyat dihidangkan dengan cerita-cerita lucah, khasnya menuduh Anwar walhal mahkamah telah membersihkan Anwar.
Aspan Alias yang mendakwa selama 42 tahun dalam Umno, menganggap masa sepanjang itu hanya membazirkan usia sahaja.
“Sehinggalah saya tak terdaya lagi dah nak mengikut ragam orang Umno baru. Umno khianat bangsa Melayu sendiri antaranya macam burung balang, hanya tahunya mengangguk saja.
“Tak boleh langsung berfikir di luar kotak dan tidak boleh terima kritikan. Saya dituduh pengkhianat, tapi Dr Mahathir yang matikan Umno pada tahun 1987 tubuhkan Umno baru tak dilabelkan apa-apa,” tambahnya.
Beliau yang turut menyertai DAP, mempersoalkan Umno yang cuba menjadi juara membela Islam demi untuk meraih undi Melayu.
“Guna duit RM250 juta dana lembu yang guna untuk tempat lain, adakah itu Islam? Guna duit kerajaan untuk bertunang anak adakah itu Islam?,” soalnya.
SIAPALAH PILIH BELIAU NI, SELEPAS KIBAR BENDERA BN DEKAT KERETA API BUAT PULA OPS' KIBAR DAN SANTAI ORANG MUDA, KAH KAH KAH !
Rasanya siapa yang memilih Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menjadi Koordinator BN Selangor mempunyai otak dan pemikiran yang sama dengan beliau... ini kerana idea yang dikeluarkan langsung tiada menjurus kepada memberi manafaat kepada rakyat Negeri Selangor tapi lebih kepada menggarap idea lama orang kampong dulu-dulu yang melepak waktu malam disimpang jalan... kah kah kah !!!.
Sebelum ini beliau dikhabarkan mengarahkan bendera Barisan Nasional (BN) dikibarkan disemua komuter (KTM) namun beliau menafikan... tetapi tidak pula melarang ianya dipasang juga mengatakan pihak lain juga boleh memasang bendera kalau mahu... itu kata mulut beliau didepan wartawan... kalau percaya lu orang pasang lah... paling lama 12jam ianya berkibar lepas tu bayang bendera pun lu orang tak nampak beb.
Mungkin dalam usaha mendekati golongan muda membuat beliau mencari idea bagaimana nak menyaingi Pakatan Rakyat (PR) yang lebih kedepan dalam menagani masalah Orang Muda kususnya golongan Mahasiswa... membuatkan Pengerusi Koordinator BN Selangor ni macam cacing kepanasan dan terus melancarkan "Ops Kibar dan Santai Orang Muda" yang merupakan program berbentuk hiburan secara santai pada setiap hujung minggu.
Menurut beliau "buat permulaan program itu akan diadakan Jumaat depan di perkarangan Bangunan Umno Selangor di Seksyen 14 di sini... menerusi program itu belia yang berbakat akan diberi peluang untuk membuat persembahan setiap minggu sama ada dalam bentuk persembahan muzik, kebudayaan dan mendeklamasi sajak... program ini bertujuan menyedarkan golongan muda bahawa BN tidak pernah menyisihkan mereka, malahan sokongan mereka diperlukan bagi menjayakan matlamat menawan semula Selangor pada pilihan raya akan datang" katanya kepada pemberita ketika melancarkan program itu di Shah Alam, malam tadi.
Mungkin Umno Selangor sudah tiada Pemimpin yang boleh mengeluarkan idea dan pandangan yang boleh dibangakan... dan yang kasihannya ialah Datuk Seri Hj Najib yang melantik Datuk Seri Mohd Zin Mohamed ni sebagai Pengerusi Koordinator BN Selangor dengan mengenepikan Datuk Serui Noh Omar... mungkin dengan harapan ada suntikan idea baru dari Datuk Seri Mohd Zin Mohamed setelah melihat diri Beliau dan Timbalan beliau Datuk Serui Noh Omar bukan setakat gagal menambat hati orang muda... tapi turut tidak disukai golongan tak muda, kah kah kah !!!.
hemmmmm..... kalau setakat buat hiburan untuk mengambil hati orang muda... lu orang cakap dengan datuk seri mohd zain yang dia silap banyak beb... orang orang muda sekarang bukan macam zaman pra-sejarah dulu-dulu yang mana letak calon katak atau taik lembu pun umno/bn boleh menang.. kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.
No comments:
Post a Comment