Oh, Begini Kerja Kau Hamidah? Merobohkan Gerai Makan Orang Melayu?

Sepasukan penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh bertindak tanpa belas kesihan, merobohkan premis kedainya yang sudah bertapak di situ sejak 17 tahun yang lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancungan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman sebelum ini telah menabur janji manis kepada beberapa orang pemilik kedai yang menumpang diatas tanah rizab jalan di sepanjang Jalan Pengkalan Pegoh-Simpang Pulai.
Hamidah berjanji bahawa satu tapak berniaga – Medan Selera akan diwujudkan berdekatan kawasan berkenaan untuk para peniaga yang terlibat.

Orang ramai sekadar bersimpati meliahat sebuah gerai makanan yang sudah lama bertapak di situ sejak 17 tahun lalu di robohkan oleh sepasukan penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh pagi ini.
Menurut suami pemilik gerai tersebut, En Lot bin Amin, dia telah membeli kedai tersebut dari pemilik asal yang juga pemilik rumah dibelakang gerai tersebut.

"Tidak berapa lama kemudian, rumah di belakang itu telah dijualnya pula. Maka pembeli baru rumah itulah yang membuat komplen dan menimbulkan masalah kepada saya ,” terang Lot.

Menurutnya, MBI ada memberi notis amaran, tetapi susulan telah dibuat dan notis tersebut telah ditangguhkan.
Ditanya samada beliau telah menghubungi Adun di situ, Hamidah Osman. Beliau menjelaskan sudah dibuat dahulu dan Hamidah telah berjanji akan memberikan tempat alternatif kepada mereka, peniaga-peniaga macam dirinya.

Menurut laporan tersebut, Hamidah telah mendapat persetujuan dengan pihah yang mengeluarkan notis iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah untuk menangguhkan sebarang tindakan ke atas premis yang terlibat.
Laporan Sinar tersebut turut menyebut janji manis Hamidah kepada pemilik-pemilik kedai di situ bahawa satu tapak berniaga akan diwujudkan berdekatan kawasan berkenaan.
"Saya mencadangakan agar kawasan seluas 0.8 hektar yang kini berpaya di kawasan berhampiran ditambak dan dibangunkan menjadi kawasan ganti kepada peniaga.”
Demikian janji-janji manis Hamidah Osman , untuk membangunkan sebuah medan selera khusus untuk para peniaga yang mendirikan gerai makan diatas tanah rizab jalan sepanjang jalan Pengkalan Pegoh.

rakyat. Mana kamu Hamidah? Tak mandang pagi tadi.
"Janji tinggal janji. Pada 28 Mac lalu Hamidah telah datang ke kedai ini dan menyuruh kami runtuhkan kedai ini atau akan dia akan runtuhkan nanti” adu pemilik kedai yang dirobohkan pagi ini. Pada 29 Mac kami dpt surat ini.” Sambil mengunjukan sekeping surat yang maksudkan.(lihat gambar atas)
Beginilah kerja Hamidah, Masanya habis dibuang dengan menyibuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Masalah rakyat diperlekehkan.Kalau Hamidah tunaikan janjinya, perkara buruk sebegini tentu dapat dielakan dan rakyat tidak akan teraniaya.
No comments:
Post a Comment