Setiap yang bermula pasti berakhir.Buku yang berada di tangan anda ini juga sudah berada di ambang penutup seperti tamatnya serangan penceroboh Amerika dan sekutunya terhadap Iraq dan bermulanya serangan pemerintah Indonesia terhadap pemberontakan di Acheh.
Berakhirnya pencerobohan Amerika terhadap Iraq ini bermakna berakhirnya kemuncak keagungan Amerika selama ini sebagai ‘superpower’ kerana kehebatan Bush tidak sampai ke mana, tidak hebat, manusia yang tidak dapat mengawal nafsunya sendiri.
Disebabkan ingin sangat menunjukkan diri berkuasa,Amerika kini hilang ‘character’, hilang kehormatan dan kepercayaan dunia terhadap kepimpinan kuasa besar yang diharapkan untuk membela nasib manusia yang tertindas dan teraniaya.
Imej Amerika kini berada di tahap yang paling rendah, di tahap ‘Nafs Al-Amarah’, lebih hina dari binatang. Dari segi kemanusiaan, Amerika sudah tidak layak lagi bercakap tentang ‘Human Right’
When money is lost
Nothing is lost
Something is lost
When character is lost
Everything is lost
William Shakespeare |
Jean Paul Sastre |
Memang tidak salahlah apa yang dikatakan oleh Jean Paul Sastre,bahawa penulis Eropah jauh lebih intelektual dari penulis Amerika. Ada pendapat yang mengatakan Shakespeare asalnya dari Sheikh Saffer. Sekiranya dia masih hidup, saya tidak fikir dia akan menyokong Tony Blair, dia benci pada Yahudi. Sheikh Saffer seorang Islam. Dia pernah menulis tentang kekejaman dan sifat tamak Yahudi dalam The Merchant of Venice. (AHLONG)
Amerika telah membelanjakan AS$80 billion(RM304 billion), serta 350,000tentera dengan penggunaan peralatan teknologi tinggi yang tercanggih.Namun Amerika gagal membohongi dunia kerana gagal mengesan, lebih-lebih lagi menemui senjata pemusnah yang menjadi alasan kenapa Iraq perlu dibinasakan.
“Malulah! Menyerang Iraq atas sebab-sebab rekaan! Malulah engkau!”
Itulah kata-kata lantang Michael Moore,seorang pemenang hadiah Oscar di Hollywood pada Mac lalu.Kelantangan beliau sangat menarik perhatian dunia, lebih-lebih lagi apabila dikenangkan upacara penyampaian Oscar itu diikuti oleh satu billion (seribu juta) penonton di seluruh dunia.
Cuba bayangkan bagaimana reaksi Presiden George W. Bush dan juak-juaknya seperti Donald Rumsfeld,Dick Cheney, Condolessa Rice dan Colin Powell ketika itu.Tapi jenis muka tidak malu, mereka bukan peduli.
Donald Rumsfeld |
Dick Cheney |
Condolessa Rice |
Institut Kajian Antarabangsa Monterey, mendakwa Iraq memiliki uranium atau plutonium daripada pasaran gelap yang mencukupi untuk membangunkan senjata nuklear. Institut yang berpejabat di AS itu juga mendakwa Iraq mempunyai dua pilihan penggunaan senjata nuklear, iaitu sama ada menggunakan peluru berpandu balistik Al-Hussein yang tidak diubahsuai dengan jarak 300km, atauderivatif Al-Hussein dengan jarak 650km. Akhirnya yang ditemui hanya satu peluru berpandu dari Amerika – balistik Bush-Blair-Bull shit! Inilah sebesar-besar fitnah. Dosa seorang pemfitnah sama dengan dosa seorang pembunuh.
Buku ini ditulis untuk merakamkan duawatak manusia Adam yang mewakili manusia jenis Habil dan Kabil.The Good vs.Evil. Kebanyakan manusia hidup semata-mata menyembah ‘nafsu’. Padahal zahirnya, religious dari segi ritual mempunyai luaran yang terbaik tapi masih di tingkat‘Nafs Al-Amarah’seperti Saddam Hussein dan Yazid pembunuh Imam Hussein a.s. Mereka melakukan pembunuhan, perompakan tanpa merasa berdosa sedangkan manusia biasa yang ada akal tidak dapat hidup tenteram bila sudah membunuh dan melakukan dosa-dosa besar.
Sejak dulu hingga ke hari ini, peranankebenaranmelawan kebatilan tidak akan berhenti selagi tidak ada keadilan. Itulah perang terakhir di dunia ini, sama ada di Timur, di Barat, Utara atau Selatan. Sama ada mereka pemimpin dunia, negeri, pemimpin keluarga atau pun pemimpin yang memimpin dirinya sendiri, semuanya mempunyai sifat ‘Good and Evil’.Bila agaknya mereka mahu mencuba mengangkat darjat kemanusiaan yang ada di dalam dirinya ke peringkat ‘makam’ yang terpuji?Supaya senang dan dapat menyatukan diri dengan Tuhannya.
Anda tidak perlu menjadi tukang tilikatau ahli firasat untuk meramalkan nasib seseorang atau nasib sesuatu bangsa atau masa depan dunia ini, sekiranya anda mempunyai pengetahuan mengenai ilmu mengenal diri(Hakikat Insan). Apa yang anda perlukan ialah berfikirdan menganalisa dengan fikiran yang rasional tanda-tanda kebangkitan atau kejatuhan satu-satu kaum dan sesebuah negara. Kenapa dan siapa penyebabnya.Apa bezanya mantan Presiden Suharto dan Presiden Saddam Hussein? Atau Hasan Tiro? Di mana hidup mereka tanpa ‘hati nurani’?
Hasan Tiro |
Suharto |
Kenapa tiba-tiba nama Hassan Tiro? Sebagai penulis buku ‘politik semasa’, saya tidak boleh tidak, mesti selitkan apa yang berlaku di negara jiran. Lebih-lebih lagi ada jutaan rakyat di negara ini berasal dari Indonesia.
Beberapa tahun dahulu saya pernah ke Acheh membuat penyelidikan mengenai riwayat hidup Almarhum Teungku Moehammad Daud Beureuh, Presiden Republik Islam Acheh Pertama 1961 untuk menyambung buku saya ‘Revolusi Istana Dan Rakyat’, kerja itu terhenti kerana sibuk dengan buku politik semasa.
Bila timbul pertempuran di Acheh, saya mencari buku dalam perpustakaan saya yang ditulis oleh Abu Jihad. ‘Hasan Tiro & Pergolakan Acheh’.
Megawati |
Dengan perantaraan buku Abu Jihad dan pengalaman saya yang berulang alik ke Indonesia saya ternampak perbezaan di antara Hasan Tiro dengan Teungku Daud Beureueh, sebab utamaPresiden Megawati terpaksa memberanikan hatinya membuat keputusan untuk memberhentikan pemberontakan di Acheh. Berat mata memandang, berat lagi perasaan mereka yang saudaranya menjadi korban keganasan tentera sama ada TNI atau GAM, yang menjadi mangsa pembunuhan rakyat jelata yang tidak berdosa.
Perang AS ke atas Iraq kali ini, menunjukkan bahawa manusia begitu mudah lupa bila kuasa berada di tangan.Apa lagi bila merasakan diri mereka berkuasa. Mereka jadi “gila kuasa”, “gila harta”, “gila wanita” dalam bahasa yang mudah hilang akallah tu! Power corrupt absolute power corrupts absolutely. Bila hilang akal pemimpin tidak nampak kesengsaraan yang menimpa rakyat. Mereka tidak peduli negara hancur, rakyat mati bergelimpangan.
Sejarah telah membuktikan bagaimana Nabi Musa a.s menghancurkan empayar Firaundan bagaimana Nabi Allah, Ibrahim a.s dan Nabi Muhammad s.a.w menghancurkan berhala di keliling Kaabah yang disembah oleh kafir musyrikin dengan mendidik manusia supaya dapat membezakan antara yang benar dan yang salah. Mendewa-dewakan manusia yang tidak ada sifat siddik, amanah, tabligh, fatanah merugikan diri sendiri.Pemimpin yang baik sentiasa rapat dengan Tuhan, dia berada di hati rakyat.Rakyat sentiasa bersama dengannya.
Berapa ramai pemimpin Islam yang Al-Quran menjadi rujukan, akhlak Nabi Muhammad s.a.w menjadi ikutan?Bolehkah kita namakan setiap pemimpin Kristian, Yahudi atau Islam sebagai ahli kitab? Apakah pemimpin yang kita pilih itu benar-benar hidup sebgai ahli kitab?
Dalam mendefinisikan siapa itu “ahli kitab”,jumhur (majoriti) ahli feqah bersependapat, “ahli kitab” ialah mereka yang menganut agama langit iaitu agama Islam, Kristian dan Yahudi.
Mazhab Syafie hanya mendefinisikan ‘ahli kitab’ sebagai keturunan Yahudi dan Ortodoks Kristian dari sekitar Tanah Arab termasuk Palestin, Iraq, Syria, Lebanon, Iran, Kristian Koptik di Mesir dan Kristian di Habsyah (zaman Najasyi). Mereka ini adalah ‘ahli kitab’ yang asal.
Kebetulan semasa menyiapkan penutup, anak saya Habib Omar Alattas menghulurkan satu buku kecil yang bertajuk “Follow Jesus or Follow Paul?” oleh Dr.Roshan Enam diterbitkan oleh SABA Islamic Media. Saya tertarik ayat Al-Quran dipermukaan buku itu.
“…and nearest among them in love
To the believers you will find those who say,
‘We are Christians’:
Because amongst these are men who are
Devoted to learning and men
Who have renounced the world,
And they are not arrogant.”
(Quran, 5:82)
Nabi Isa a.s mengajar umatnya supaya menyayangi jiran tetangga seperti mereka sayangkan diri sendiri.Orang Islam dan Kristian tidak sepatutnya bermusuh.
Jika kita melihat ijtihad Syafie, maka kita tidak boleh memakan sembelihan penganut Yahudi dan Kristian di UK dan di AS. Sebab itu di Malaysia, kita umat Islam yang mengikut mazhab Syafie, tidak memakan sembelihan orang Cina atau India Kristian. Apakah kita tidak makan kerana kita‘geli’ atau kita takut dosa?
Ada orang Melayu hari iniyang minum arak, menerima rasuah, kasi anak isteri makan dengan wang yang dia tahu tidak halaltapi tidak berani makan babi.Saya rasa kerana babi dipandang geli dan jijik.Ramai lelaki Islam yang tidur dan berseronok denagn perempuan yang makan babi, berkucup mulut dan bermacam-macam lagi tidak pula berasa geli.
Qaradawi dalam Fatawa Mu’asirat, Vol.2menjelaskan gelaran ‘ahli kitab’ merujuk kepada kaum yang pernah diberi kitab samawi iaitu Tauratdan Injil.Gelaran ‘ahli kitab’ ini tidak pernah dimansuhkan oleh Al-Quran hinggalah wafat baginda s.a.w. Apakah kita semua ini ‘ahli kitab’? Kitab apa yang kita ikut? Ilmu ambil ikut tingkapataupintu?Siapa gedung ilmu dan siapa pintu ilmu?
Sebahagian besar masyarakat di Barat kini bukan lagi ahli kitab.Bahkan kalau ditanya, mereka mengakui mereka adalah atheist, tidak lagi menjalankan kehidupan sebagaimana ajaran Kristian atau Yahudi.Bolehkah Bush dan Blair dianggap ahli kitab?Yang jelas dalam dollar Amerika ada tertulis ‘In God We Trust’.‘Yakin’dan ‘percaya’, dua benda yang tidak sama, dan England masih bertopeng pada mazhab Katholik.
Istilah “ahli kitab” merujuk kepada seseorang yang pakar (ahli) dalam menghuraikan kandungan kitab yang menjadi pegangan agama mereka (Taurat, Zabur, dan Injil).Adakah orang Islam yang mengamalkan Al-Quran sepenuhnya di Malaysia?
Masalahnya kini, mereka bukan ‘pakar’ bahkan membaca kitab pun tidak pernah (sebahagiannya).Maka tidak hairanlah kita dunia berada pada tahap yang paling rendah dari segi kemanusiaanapabila manusia menolak dan menentang fitrah dan undang-undang yang sudah ditetapkan dan menghadapi kerosakan dan kehancuran seperti hari ini.
Penghayatan terhadap agama terlalu lemah, berzina, meminum arak, mencuri, rasuah, memfitnah, berjudi, zalim, tidak adil, dilakukan secara berleluasa oleh kebanyakan mereka yang mengaku ‘ahli agama’.Air yang keruh di hulu mustahil jernih di hilirnya.Ketuanya kena betul dulu.
Menurut Qardhawi, rasional kenapa kita boleh makan makanan ‘ahli kitab’ dan mengahwini wanitanya menunjukkan betapa rapatnya hubungan kita yang disatukan dalam rumpun sama wiyat (perantaraan wahyu dan nabi-nabi yang serumpun daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s)
Pandangan Imam Syafie dalam mendefinisikan ahli kitab sudah jelas dan diterima pakai oleh umat Melayu di Malaysia. Umat Melayu sudah diasuh untuk 'berasa loya' menelan makanan yang tidak disediakan oleh orang bukan Islam terutama babi, tapi bila nampak ada tanda ‘halal’ telan, sepah, tidak tengok kiri kanan, ‘bismillah’ pun tidak sempat, rezeki mana boleh tolak.
Kalau diberitahu halal memakan sembelihan Yahudi dan Kristian, kita masih ragu dan rasa berat menelan makanan tersebut. Tetapi makan harta anak yatim, makan hasil hutang orang tidak bayar, makan dari rezeki yang sepatutnya bekerja lapan jam cuma bekerja empat atau lima jam tidak terasa haram, tidak terasa berdosa, makan mewah-mewah, taukeh tidak bayar gaji pekerja, tidak rasa berdosa dan bersalah tetapi kita bila ada orang yang makan di Kentucky, di McDonald, minum ‘coke’, dikutuk memihak pada Yahudi yang mahu membunuh orang Islam. Hisap rokok milik Yahudi tidak apa. Apa punya Islam, mentang-mentanglah ada kopiah atas kepala.
Berbeza dengan orang Arab yang dibesarkan dengan mazhab yang longgar terhadap makanan ahli kitab, maka apabila mereka berada di Eropah atau di AS, mereka tidak menghadapi masalah untuk makan.Bagi orang Wahabi, ziarah kubur, mengadakan maulud, memuliakan mereka yang ada karamah,mempercayai hal-hal yang berkaitan kerohanian, semuanya syirik dan khurafat.
Umat Islam yang disatukan oleh Muhammad s.a.w dipecah-pecahkan oleh puak Wahabi.Hingga ke hari ini, umat Islam masih belum dapat disatukan kerana sikap ego dan sombong pemimpin dan ulama mereka, tetapi suruh orang ramai bersatu.Nak bersatu macam mana, jika air di hulu keruh, di hilir macam mana nak jernih?Pemimpinlah yang sepatutnya menjadi ‘role model’. Ini pemimpin sama sendiri pun asyik berperang, berebut kerusi, berebut projek, akhirnya air di Sabah kering kontang, smeuanya masuk dalam kocek pemimpin. Ini contoh di Sabah pula.
Yang kuat menekan yang lemah, akhirnya hidup mereka jadi lebih hina dari haiwan.Manusia sudah lupa asal usul ‘fitrah’nya kerana mereka lupa sifat-sifat kebiasaan dan fitrah kelahirannya sebagai anak suci yang tidak berdosa. Akhirnya dosa telah memakan dirinya sendiri, bila mati namajadi lebih busuk dari bungaRafllesia, sudah hilangnya jawatan dan hilang kuasa, muka ‘one cent no use’.
Manusia sebagai makhluk ciptaan Allah yang berakal dan berbudi tinggi, telah menjadi buas dan serakah dari serigala, harimau, ular, babi hutan atau binatang-binatang buas lainnya.Mereka terlupa pada agama yang menjadi pegangan mereka. Kesian..akhirnyagajah-gajah di Sabah menjadi kecil dan kurus sebab tidak adanya makanan. Hutan-hutan habis ditebang. Terlalu ramai penyangakdan penyamun kayu balak…! Tapi bila Datuk Jeffrey Kitingan hendak masuk UMNO ditolak, tolak pasal apa? Takut dengan bayang-bayang sendiri.
Manusia menuduh harimau sebagai binatang buas tetapi terlupa dengan pemburu harimau yang hari-hari mau..mau punya hari..hari mau..! selain haiwan, manusia juga ikut dibahamnya. Ada ke Datuk Jeffrey hendak masuk UMNO diminta satu juta?Tetapi ada orang diberi RM 3.00 kalau boleh hendak tambah ahli akhirnya dilanyak oleh akhbar.Di mana letak keadilan?Nanti Jeffrey masuk parti Keadilan baru tahu. Pelik sungguh pucuk pimpinan UMNO Sabah.
Manusia juga sering menuding jari ke arah haiwan dan menyalahkannya terhadap sesuatu perbuatan yang tidak baik. Haruandituduh makan anak, ibu ayamdisindirnya sebagai barua, ular dituduh lidah bercabang, akhirnya burung kakak tua pun ketawa…“Ha..ha..cerminlah muka, cerminlah muka, siapa sebenarnya talam dua muka? Sedarlah sikit, siapa yang sebenarnya lidah bercabang, siapa yang merogol anak sendiri dan siapa yang meliwat? Binatang tidak buat kerja macam itu..!”
Allah SWT berfirman bahawa penyebab kerosakan di muka bumi ini adalah manusia sendiri.Hal ini berlaku disebabkan ‘hati nurani’(conscience) tidak berfungsi, tunduk pada nafsu keserakahan sentiasa berada di tahap ‘Nafs Al-Amarah’.Maka terjadilah perang, pembunuhan, penindasan, perompakan dan penaklukan. Tamak yang menggila, dapat saja kuasa bukan lagi 10 peratus, tapi 70 peratus untuk diri, yang lemah, kalau nasib baik dapat 30 peratus, kalau tidak gigit jari lah tu..! Sebab itulah di Malaysia paling banyak orang gila di Sabah…! Kasihan..kasihan..kasihan Jeffrey Kitingan jadi mangsa keangkuhan dan kesombongan.
Mencintai Nabi s.a.w tidak cukup hanya dengan mendabik dada mengaku sebagai ‘Ahlul Sunnah Waljamaah’.Tidak cukup sekadar mengaku Muhammad s.a.w pesuruh Allah ketika mengucap. Tetapi cinta kepada Nabi s.a.w harus dibuktikan dalam kehidupan yang berakhlak, tidak berdusta, tidak memfitnah, menindas yang lemah, makan harta anak yatim, kebas duit khairat, rasuah, berpuak-puak, main betina, main jantan, hidup dalam kebodohan, tidak mahu membaca melainkan cerita yang suka didengar dan menguntungkan saja. Si pemalas nak cepat kaya, sang pemimpin nak kekal berkuasa, sang ulama menjual agama..! kasihan…! Inilah neraka dunia!..Kasihan..
Orang Islam tidak perlu berasa kecewa dan malu. ‘Bodoh’merasakan kekalahan Saddam Hussein sebagai kekalahan umat Islam.Saddam telah menjadi khadam pada nafsunya.Saddam sebenarnya ‘orang gila’.Saddam dan Islam dua subjek yang berbeza. Islam dan manusia yang mengaku pemimpin Islam tidak sama. Kita dilarang menghina Islambegitu juga kita tidak boleh membiarkan mereka bertopengkan Islam merosakkan Islam.Samalah juga apabila Taliban dikalahkan oleh Perikatan Utara yang disokong oleh AS.Saddan dan Islam tidak sama.
Orang Islam tidak perlu rasa kecewa sebab Arab di kelilingi oleh Iraq yang menyebelahi Amerika.Saddam dulu pun jadi khadam Amerika.
Hanya orang yang kejam macam Bush saja yang boleh ajar manusia yang kejam macam Saddam.Ini semua hikmat yang tidak nampak oleh manusiayang buta hatinya.
Dunia Islam berpecah dan lemah. Malah Kesatuan Eropah (EU) kelihatan jauh lebih kuat jika dibandingkan dengan OIC. Bukan saja mereka maju tetapi mereka bersatu. Mereka memberi keutamaan kepada euro dollar. Dunia Barat juga dilihat kuat kerana bersatu di bawah pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berbeza dibandingkan dengan NATO dan EU. Alangkah baiknya jika OIC diperkasakan supaya menjadi seperti EU dan bergabung dalam satu pakatan tentera seperti NATO. Barulah dunia Islam dapat berdiri dan berdepan dengan Amerika! Sayangnya OPEC yang majoriti ahlinya negara-negara Islam yang memperkukuhkan Dollar Amerika, kalau tidak Amerika sudah jadi macam Mexico.
Kesilapan bangsa Arab selama ini disebabkan dipimpin oleh pemimpin-pemimpin mereka yang lebih takut kepada AS daripada Allah SWT.Duduk di sekeliling Kaabah di Tanah Haram, tapi tidak takut Allah.Mereka dijahanamkan oleh keluarga As-Saud, Wahabi yang bertopengkan Ahli Sunnah sebenarnya berkiblatkan Amerika.Siapa pelindung rakyat Iraq, Palestin, Kuwait, Qatar, Afghanistan dan Turki? Tidak lain dan tidak bukan pemimpin yang menjadi bonekakepada Yahudi dan Amerika. Macam mana kita nak menang berperang dengan musuh dalam selimut?
Dalam UMNO sendiri pun banyak musuh dalam selimut.Dr. Mahathir kata ada kumpulan serpihan yang mendesak dia supaya berhenti dengan segera. Sepatutnya Dr. Mahathir sembur gas pemedih mata, baru orang tu kelam kabut keluar dari dalam selimut…!
Dr.Said Muhammad Ramadan Al-Buti |
Dr. Said Muhammad Ramadan al-Buti dalam bukunya ‘As-Salafiah Marhalah Zamaniah Mubarakah La Mazhab Islami’.Mengkritik pergerakan Wahabi kerana beliau menganggap bahawa ia menjadi punca pecah-belah umat Islam di seluruh dunia. Ulama Syria terkenal itu menulis: “Perkara pertama yang menyebabkan pelbagai kerosakan yang teruk menimpa umat Islam ialah kemunculan kekacauan bidaahyang memukul kesatuan orang Islam, menghancurkan perpaduan mereka dan mengubahkan kerjasama mereka kepada perbalahan danpercakaran. Semua orang menyedari bahawa tiada sebuah kampung pun di setiap pelosok dunia Islam yang tidak terkena serpihan malapetaka itu, yang menyebabkan perpecahan dan huru-hara berlaku di kalangan umat Islam.Bahkan saya tidak melihat dan mendengar mengenai kebangkitan rasa optimis, kecuali melihat dan mendengar pula brita-berita kekacauan yang amat dahsyat hingga menyebabkan orang Islam tenggelam dalam lautan kecewa dan putus asa.”
Yang dimaksudkan oleh Dr. Ramadan Al-Buti mengenai berita-berita kekacauan yang amat dahsyat merujuk apa yang dilakukan oleh puak Wahabi dalam memecah-belah umat Islam seluruh dunia. Mudah-mudahan cara pecah perintah ini tidak berkembang di Malaysia. Semoga Malayia menjadi sebuah negara yang aman makmur dan mendapat keampunan dari Allah.
Walau apapun tanggapan penentang terhadap Dr. Mahathir Mohamad, beliau telah membuktikan keupayaannya sebagai pemimpin yang menjadi jurucakap bagi pihak negara-negara Dunia Ketiga. Perlantikannya sebagai Pengerusi NAM, sekaligus mengiktiraf peranan Dr. Mahathir yang selama ini begitu lantang menyuarakan hak kepentingan negara-negara Dunia Ketiga di peringkat antarabangsa dalam menghadapi cabaran orde dunia hari ini yang bersifat hegemonistik yang didominasi oleh kuasa kapitalis Amerika Syarikat yang dilihat tidak adil. Kalau ada lebih ramai lagi pemimpin yang berani macam Mahathir, kita tidak perlu tunduk kepada sesiapa pun.Tidak perlu takut, cuma takut pada Allah saja.
Firman Allah: Sesungguhnya umat ini adalah umat kamu yang satu dan Aku adalah Tuhan kamu maka hendaklah kamu mengabdikan diri kepada-Ku
(Surah Al-Anbiya, ayat 92)
Kehadiran Muhammad s.a.wtelah mengumpulkan bangsa-bangsa menjadi satu ikatan yang kuat dan kukuh tanpa adanya perbezaan suku dan warna kulit, tidak ada ahlul sunnah, tidak ada Syiah, yang ada Islam. Seluruhnyasama iaitu satu saudara seagama, tidak ada Timur dan tidak ada Barat. Allah memerintahkan orang yang beriman supaya bertaqwa kepada-Nya dan jangan mati melainkan dalam keadaan taqwa dansemulia-mulia manusia ialah mereka yang bertaqwa.
“Manusia diperintahkan pula supaya berpegang teguh dengan tali Allah dan dilarang keras bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah terhadap mereka di waktu mereka dalam keadaan bermusuhan lalu dimesrakan di antara hati mereka jadilah mereka dengan nikmat Allah itu (agama-Nya).”
Begitulah akan ayat 102 hingga 103, surah Ali Imran. Khalifah Ali pernah menghantar Ibnu Abbas sahabat rapat Rasulullah s.a.w yang terkenal itu untuk membetulkan kembali pandangan ekstrem di kalangan kaumKhawarij kepada kesederhanaan dan kewarasan ajaran Islam.Golongan Khawarij ini terkenal dengan sikapnya yang keras hati tidak mahu kembali bersatu dalam barisan jemaah majoriti umat Islam.Mereka terlalu taksub dengan fikiran dan perasaan masing-masing yang sudah jauh kesesatannya sehingga sanggup menuduh saudara yang seagama dengan mereka sebagai kafir.
Di kalangan mereka ada yang sengaja merangka mazhab yang ekstrem sebagai mazhab Khawarij danMuktazilah. Menurut pendapat mereka, siapa saja yang melakukan dosa besar, mereka akan menjadi kafir.
Imam Hasan al-Basri r.a menganggap dan menamakan mereka ini sebagai kumpulan serpihan dan terasing dari kumpulan jemaah majoriti umat Islam. Para ulama ‘Ahli Sunnah’ telah bersepakat memberi amaran dan melarang keras terhadap tindakan mengkafirkan saudara sesama Islam. Jangan mudah terpengaruh dengan kumpulan yang cuba membawa dalil Al-Quran dan hadis yang bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Perpaduan adalah satu-satunya benteng kekuatan yang masih ada untuk mempertahankan maruah dan nasib umat Islam di dunia ini kerana kekuatan-kekuatan yang lain seperti kekuatan ilmu pengetahuan, kekuatan ketenteraan, kekuatan ekonomi dan lain-lain sudah robohdan runtuh. Mari kita beristighfar.Kita muhasabah diri kita, kita perangi Nafs Al-Amarah dan naik ke peringkatNafs Al-Lawamah.
Datuk Ling Liong Sik dan Datuk Lim Ah Lek sudah letak jawatan, MCA sudah bersatu.Itu sebabnya Nabi suruh tuntut ilmu sampai ke negeri Cina. Kita silap,pergi tuntut ilmu dengan orang Wahabi di Arab Saudi, negara yang diperkudakan dan menjadi boneka Amerika dan Yahudi. Itulah susahnya orang kita, orang suruh ikut Nabi kita ikut Wahabi.Dr. Mahathir suruh kita pandang ke Timur, ada orang kata Mahathir kafir.Mereka suruh pandang Timur Tengah. Hendak belajar apa dari Kerabat diraja Arab Saudi..! Akhirnya kita ke tepi tidak, ke tengah pun tidak. Bengonglah.. tu..!
Perempuan Amerika dan sekutunya terhadap Iraq telah membuka tembelang siapa sebenarnya Saddam dan siapa Bush dan Blair. Bila orang Melayu nak buka mata dan melihat siapa Anwar Ibrahim sebenarnya? Ini tidak, asyik hendak cari salah Dr. Mahathir saja. Adil ke kita? Kalau merasa diri bersalah tinggalkan sajapartiKeadilan dan kita bersatu semula dalam UMNO.
Dajal akan dibinasakan bila Nabi Isa a.s turun bersatu dengan Imam Mahdi menghancurkan dajal-dajal tersebut. Yahudi berada di dalam ketakutan, sebab itu mereka ajak semua orang memerangi orang Islam. Yang peliknya ramai pemimpin Islam yang setuju..Bengong..nak kena bala dari Tuhanlah tu…!
Kita bukan tidak tahu siapa sebenarnya pengganas dan pengancam keselamatan dunia, tetapi jari tetap menunjuk ke arah orang Islam yang tidak berdosa, akibat kita bercerai berai, akhirnya kita tidak boleh berbuat apa-apa.Dunia juga macam kucing dengan tikus.Kucing yang rakus akan memakan setiap tikus, hingga tikus terpaksa bersidang memikirkan siapa di antara tikus yang berani menyarungkan loceng di leher sang kucing! Inilah nasib umat Islam di seluruh dunia di tangan Yahudi Amerika.Di Malaysia pula orang Melayu macam kucing dengan anjing, asyik hendak bergaduh saja, yang untung tikus.
Sebab itu Amerika hari ini boleh berlagak seperti seorang teenage bully kerana raja dan para pemimpin Arab akhlaknya sudah rosak hingga tidak nampak natijah serta ‘impak’daripada tindakan Amerika sebagai Big Bully.Sepatutnya raja-raja Arab tidak boleh membiarkan manusia yang rakus dan dahagakan darah seperti Bush dan Collin Powell terus bermaharajalela. Mereka pun dua kali lima, malah lebih teruk lagi. Namun siapa yang berani melabelkan As-Saud sebagai “The Ugly Arab”? Nak mampus! Sampai bila tidak dapat naik haji..!!
Apakah jika tidak dapat naik haji, tidak boleh masuk syurga..? Masuk syurga kerana rahmat Allah, bukan kerana ibadat kita..!
Keganasan global yang semakin melebur sekarang ini berkait rapat dengan Amerika yang dianggap sebagai juara demokrasi dan hak asasi manusia oleh dirinya sendiri.Amerika kini dilihat sebagai penganjur utama kearah keganasan global kerana mereka adalah satu-satunya negara yang mempunyai peruntukan undang-undang berkaitan terrorisme,tapi mengamalkan sikap ‘double standard’.
Lahirnya pengebom berani mati ini adalah menepati hukum ‘action’ dan ‘reaction’.Amerika mencetuskan‘action’ dan mereka mencetuskan ‘reaction’. Ketika saya sedang menulis buku ini, pengebom berani mati mengebom LapanganTerbang Antarabangsa Riyadh dan semasa buku ini diedit sebelum dicetak, kotaMorocco pula digegarkan oleh pengebom berani mati ini. Kedua-dua insiden ini telah mengorbankan rakyat Amerika yang tidak berdosa. Inilah yang dikatakan oleh Isaac Newton, for every action, there is an equal and opposite direction.
Menurut ruangan Bisik-bisik di Mingguan Malaysia, 18 Mei, 2003, “Bahawa pengeboman itu berlaku di Arab Saudi yang bergantung kepada Amerika Syarikat untuk melindunginya, bukan sesuatu yang memeranjatkan.Mungkin juga tindak balas ke atas sebuah negara Islam yang bersekongkol dengan Amerika Syarikat.
Bila membaca berita serangan berani mati itu di mana 10 orang rakyat Amerika terbunuh, teringat terus Awang kepada satu pendapat yang mengatakan bahawa penaklukan Iraq akan menjadi permulaan kepada perubahan pemerintahan di Asia Barat, khususnya di Arab Saudi. Arab Saudi didakwa menjadi sarang golongan pelampau. Jangan lupa, Osama bin Laden berasal dari negara itu. Setiausaha negara Amerika, Colin Powell, yang kebetulan berada di Arab Saudi, dengan cepat menuduh Al-Qaeda manakala bosnya, Presiden Bush berikrar akan memburu mereka yang bertanggungjawab.”
Kos peperangan yang besar pasti akan meruntuhkan ekonomi Amerika yang semakin lemah. Nasib baik mendapat pertolongan dari Arab Saudi. Dana awam yang dikumpulkan hasil daripada cukai yang dikenakan ke atas rakyat Amerika telah hangus begitu saja di Iraq dan tidak semudah itu mereka boleh takluk Iraq dengan adanya 10 ribu orang tentera berani mati dan Saddam yang diberitakan sedang bersembunyi dalam buangan akan cuba berkuasa kembali. Ini semua ‘sandiwara’ Amerika seperti pelakon Osama bin Laden yang dijadikan penjahat ‘terrorist’.
Budaya terrorisme yang sememangnya telah berakar umbi di dalam kehidupan Amerika Syarikat berkesudahan dengan tragedi yang nyata memakan diri mereka sendiri bila mereka berhadapan dengan tentera berani mati.Umat Islam dari pelosok dunia yang pada mulanya menunjukkan perpaduan menyokong Saddam dalam menghadapi serangan pihak Amerika dan sekutu jadi bingung bila mendapati Saddam bertopengkan Islam itu hidup macam Firaun, melainkan mereka yang macam lembu cucuk hidung, macam burung kakak tua.
Memang di setiap negara dalam semua zaman, akan ada manusia yang macam Firaun, ada manusia macam Musa a.sdan ada manusia yang macam Ibrahim a.s, ada Habil danKabil sekalipun dalam negara yang mengaku negara Islam, pertubuhan yang mengaku Islam dan parti yang mengaku Islam.
Empat kelemahan demokrasi salah satunya ialah pemimpin biasanya dipilih dan diikuti kerana faktor-faktor yang tidak relevan, tidak diperlukan sama sekali. Biasanya pemimpin dipilih sebab pandai berpidato, punya kekayaan serta juga latar belakang keluarga.Jarang sangat orang memilih pemimpin di kalangan mereka yang bijak dan adil.SepertiPlatomemimpikan munculnya “the wisest people” sebagai pemimpin ideal di sesuatu negara. “The wisest people are the best people in the state, who would approach humanproblems with reasons and wisdom derived from knowledge of the world of unchanging and perfect ideas.” Plato (420-347 BC)
(bersambung)
dari Kabinet April Fool, 2003
No comments:
Post a Comment