Sobab Mad Hasan punyo bingai, Najib yang dapek tempias...
1. Penduduk Ampangan ratanya gembira apabila Perdana Menteri Malaysia aka Bro Najib, turun berkunjung ke Seremban pada 29 September 2012, hari ini, iaitu sehari selepas Belanjawan 2013 dibentangkan. Banyak kain rentang dan bendera BN di pasang semata untuk menyambut kedatangan pemimpin Perdana ini ke Ampangan. Selamat datang diucapkan kepada DS Najib ke Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.
2. Beberapa bulan sebelum ini, Muhyiddin Yassin telah berkunjung ke Ampangan. Sambutan yang diberikan atas kedatangan Muhyiddin ke Ampangan sebelumnya tak kurang hebat. Ketika lawatan ke Ampangan dulu, Muhyiddin ada mengumumkan peruntukan jutaan ringgit daripada Kerajaan BN akan dianugerahkan kepada kawasan Ampangan.
3. Antara lain janji Muhyiddin adalah membina serta menggantikan Pusat Penjaja Ampangan dengan sebuah Kompleks Bazaar Ampangan serba moden yang bakal memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung ke bazaar tersebut.
4. Maka sesuai dengan slogan popular BN iaitu "Janji Ditepati", kedatangan Najib ke Ampangan kali ini antara lain adalah untuk merasmikan program pecah tanah bagi projek Kompleks Bazaar Ampangan; atau dalam bahasa mudahnya ialah menunaikan janji yang dibuat Muhyiddin beberapa bulan dulu.
5. Justeru sebuah syarikat kontraktor, Wangsa Bina Dinamik Sdn Bhd yang beralamat di Bandar Baru Ampangan telah dilantik oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban untuk membina Kompleks tersebut melalui kontrak yang bernombor rujukan MPS/104/T/(6) 2012/ Bgn (4).
6. Namun yang terlepas pandang oleh MPS dan Kerajaan N9 yang diterajui Mohamad Hasan ialah, syarikat kontraktor Wangsa Bina Dinamik Sdn Bhd yang dianugerahkan projek pembinaan Kompleks Bazaar Ampangan adalah milik penyokong tegar Pkr! Boleh dikatakan semua anak jati Ampangan tahu siapa pemilik Wangsa Bina Dinamik Sdn Bhd yang salah seorang pengarahnya adalah Amir Faruk yang begitu tegar mengibarkan bendera Pkr di Ampangan di PRU-12 lalu.
7. Peruntukan jutaan ringgit diberikan oleh Kerajaan BN, pecah tanahnya dirasmikan oleh Pengerusi BN selaku Perdana Menteri, tapi yang sakau kontrak dan untung juta-juta adalah orang Pkr?! Anak jati Ampangan yang selama ini menyokong kuat UMNO/BN ada yang dah mula naik berang!
8. Seorang ahli UMNO di Ampangan jelas menunjukkan rasa sakit hatinya berhubung hal ini. Menurutnya, "Dah takde lagi ke kontraktor BN sampai nak bagi projek pada orang Pkr. Peruntukan dari BN, tapi yang dapat laba...pembangkang! Apa jadah bagi 'pisau' kat pembangkang yang akhirnya UMNO/BN jugak yang kono tusuk? Aku rasa macam dikhianat pemimpin sendiri!"
9. Kemarahan makin meluap apabila mengetahui bahawa syarikat penyokong tegar Pkr ini berjaya mendapat kontrak ini melalui "recommendation" seorang individu bernama Cikgu Salleh, yang berjumpa Menteri Besar N9 untuk melobi agar syarikat Wangsa Bina Dinamik dianugerahkan projek tersebut. Cikgu Salleh ni mengajar di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) yang berkawan baik dengan Mohamad Hasan sejak belajar lagi.
10. Ramai maklum bahawa di Seremban, YDP MPS Dato Halim tidak akan berani beri kontrak sembarangan, apatah lagi jika peruntukan sesuatu projek itu datangnya dari Kerajaan BN; KECUALI dengan restu Mohamad Hasan.
11. Persoalannya, adakah Mad Hasan ini betul-betul tak tahu, atau pura-pura tak tahu, atau sememangnya bingai untuk menyiasat 'alignment' pemilik syarikat Wangsa Bina Dinamik Sdn Bhd?!
12. Pasti pencacai Pkr kini sedang bertepuk riang dengan kelicikan ahlinya memperbodohkan pemimpin BN yang menerajui kerajaan N9.
13. Disebabkan kegelojohan seorang cikgu aka sahabat baik Mohamad Hasan selaku broker yang kemaruk nak sakau komisen, ditambah dengan kebingaian Mohamad Hasan yang buat keputusan tanpa menyiasat latar belakang syarikat Wangsa Bina Dinamik; tak pasal-pasal Najib selaku pemimpin wahid UMNO/BN tampak dungu di mata para penyokong BN di Ampangan dan N9 umumnya.
14. Mad Hasan...Mad Hasan...sampai bila nak bunuh UMNO dari dalam?!
Ajib Gor cakap biar serupa bikin... @NajibRazak
Saya mulakan lafaz ucapan Bajet 2013 dengan kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim dan memetik sepotong ayat dari Surah Al-Baqarah yang diturunkan di Madinah, bahawa :
"Berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua pada hari kiamat untuk menerima balasan. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu."
kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua pada hari kiamat untuk menerima balasan...ini ayat gua rasa lu ada confused sikit.Kalau lu faham ayat ini dengan rohnya lu takkan biar Pak Lah ketuk kepala lu walaupun dia bukan lagi Perdana Menteri hari ini dan selesaikan apa yang patut dan memulangkan apa apa jua kepada yang BERHAK terutama anak anak yatim.Lu tahu ke tidak HUKUM MEMAKAN HARTA ANAK ANAK YATIM?Gua rasa lu confused....
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu...lu pandai cakap Allah swt Maha Berkuasa kita manusia (lu...gua dan siapa juga) tak ada kuasa tapi lu acknowledged takKEKUASAAN ALLAH SWT tu atau lu cakap je..?
Ajib Gor cakap biar serupa bikin... @NajibRazak
Saya mulakan lafaz ucapan Bajet 2013 dengan kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim dan memetik sepotong ayat dari Surah Al-Baqarah yang diturunkan di Madinah, bahawa :
"Berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua pada hari kiamat untuk menerima balasan. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Aku tak ada apa nak komen pasal Bajet 2013 yang diumumkan Perdana Menteri petang tadi.Rasanya semua ada bahagian masing masing apatahlagi dah nak dekat Hari Raya Memilih ini,so faham faham je lah kalau bajet nampak 'terlebih mesra' rakyat....
Cuma aku nak komen bab ayat mukadimah PM semasa membuka bicara...
Untuk kali ini aku tak mahu berprotokol jadi aku akan panggil PM Bro saja...lagipun bro kita ini pun pernah sarankan agar kita mesra dengan dia...jadi tak salah kalau aku panggil dia bro je...Lagipun aku tengah nak'sekolahkan' dia kalau dia tak faham ayat dari Surah Al-Baqarah yang dia gunakan sebagai MUKADIMAH semasa pembentangan Bajet 2013 petang tadi...
Bro bab mana dalam ayat tu yang lu tak faham?
Berlumba lumbalah kamu mengerjakan kebaikan lu faham tak ?
Bukan ikan lumba lumba dan bukan berlumba lumba mengumpul kekayaan dunia...termasuk terembat hak orang dan hak anak anak yatim...lu faham tak?Gua rasa lu tak faham ayat ini...
Jadi parti lu menang atau kalah bukan terletak pada tangan lu atau siapa juga.Tidak juga atas undi yang cuba lu menangi dari rakyat dengan memberi macam macam buah tangan pilihanraya..tapi atas Kuasa Allah swt....itu pasti dan itu guarantee.Pak Lah dah merasa akibatnya 'memperkecilkan' kekuasaan Allah swt...jangan lu pulak bro merasa lebih teruk dan lebih hina dari itu.
Gua cuma beri pandangan saja...lu nak pakai ke tidak gua apa peduli,yang nak jadi Perdana Menteri dan perintah kerajaan itu lu bukan gua...gua cuma nak HAK gua dan hak orang lain termasuk HAK anak anak yatim yang hari ini terpikul diatas bahu gua...
Gua kasi ingat sama lu bro...cuma perlu doa seorang saja yang TERANIAYA diangkat maalaikat ke Arash untuk dimakbulkan Allah swt...dan lu jawap!
Besuk nak mengundi,malam ni rakyat tidor lena....KUN FAYAKUN Allah swt yang bakal menentukan apa yang mereka bakal pangkah esuknya.
Tak percaya ?????
Cuba,try,test acu tenguk....ada berani.
Kah Kah Kah
No comments:
Post a Comment