INILAH sebabnya kenapa rakyat bawahan cukup marah bila kerajaan naikkan harga minyak dan gula. Kerajaan nak naikkan harga keretapi, kapal terbang, basikal, lipan, mengkarung, tayar basikal, skirt rosmah, dam aji dan bakul sampah tak ada siapa peduli. Naikkanlah! kerana tiada atau kurang kesannya kepada perkara lain.
Tapi bila kerajaan yang kononnya "mendahulukan rakyat" ni dah mula menggila menaikkan harga gula dan minyak, kerajaan ni memang cari masaalah! Memang cari pasal dengan rakyat!
Bila minyak naik harga, maka semua barang yang ada kaitan atau menggunakan minyak, akan naik harga. Cuba korang fikir, betapa susahnya nak namakan barang yang tak ada kaitan dengan minyak? Semua barang mesti diangkut dengan kenderaan, maka bila kos pengangkutan meningkat, secara automatik harga barang meningkat!
Begitu juga dengan harga gula. Berapa banyak makanan yang berkaitan dengan gula? Kalau korang hebat, korang pergi cari bahan apa yang boleh menggantikan gula dalam Malaysia ni? Kalau tak ada dalam Malaysia, cari juga kat seluruh dunia, apa yang boleh gantikan gula? Gula melaka? Madu? Memang tak ada!
Maka bila harga gula naik, semua bahan makanan yang menggunakan gula juga akan naik harga!Contoh kat bawah ni, dipetik dari Akhbar Kosmo, harga susu akan naik harga mulai Jun 2011 [Kosmo]
Sekarang ni bukan saja harga minyak atau gula yang naik, tapi dua-dua sekali naik harga! Bayangkan kesan gabungan kenaikkan harga gula dan minyak ini. Gaji pulak dah berapa tahun tak naik-naik?
Kalau baca surat khabar, tengok televisyen, tak habis-habis mengampu kerajaan bagus, kerajaan pandai memerintah, pandai ekonomi, rakyat didahulukan dan bermacam-macam pujian termasuk Rosmah Mansor wanita hebat! Ini semua bullshit! Propaganda untuk membengapkan rakyat Malaysia!
Kalau betul kerajaan ini "mendahulukan rakyat", sebelum menaikkan harga barang-barang penting seperti minyak dan gula, kerajaan sepatutnya fikir bagaimana nak naikkan pendapatan rakyat. Naikkan gaji rakyat, naikkan pendapatan isi rumah, buat peluang kerja yang banyak, latih golongan muda agar pandai berniaga. Kemudian barulah naikkan harga. Tapi apa yang kerajaan buat sekarang? Ini namanya "rakyat didahulukan"? Hak Ptuihhh! Kahak hijau aku bagi!
ReJaM© "Selagi parti Barang Naik (BN) terus memerintah, rakyat akan terus sengsara. Lebih malang penyokong Barang Naik terus rela diperbodohkan malah bangga jadi bengap!"
No comments:
Post a Comment