ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Tuesday, 30 August 2011

2011.tahun meLUCAH n memFITNAH?


by ReJaM©


Nasihat kepada ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak kecil atau remaja di bawah umur, elakkan anak anda daripada menonton Buletin Utama TV3, kerana media arus perdana milik kerajaan itu kini menjadi penyebar video lucah yang akan merosakkan minda dan akhlak anak-anak anda.

Di bawah ini salah satu rakaman yang membuktikan bahawa Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak di bawah slogan Sapu Malaysia kini sudah mula membawa anjakan paradigma baru kepada masyarakat. Kerajaan kini secara perlahan-lahan mahu rakyat menerima bahawa penyebaran video lucah adalah perkara biasa yang harus dihalalkan di Malaysia.

Barangkali industri video lucah akan mula berkembang di Malaysia selepas satu persatu usaha menghalalkan penyebaran video lucah dilakukan oleh kerajaan UMNO PORNO.

Usaha ini dilihat serupa dengann usaha yahudi menyelitkan unsur-unsur seks di dalam kartun-kartun untuk merosakkan minda anak-anak orang Islam, Yahudi sengaja menimbulkan perasaan ingin tahu di dalam diri anak-anak orang Islam mendorong mereka kepada seks.

Malah usaha kerajaan Sapu Malaysia merosakkan minda masyarakat dilihat lebih exstreme lagi berbanding Yahudi. Dengan alasan mahu menegakkan kebenaran, Kerajaan Sapu Malaysia menggalakkan anak-anak kita untuk mencari video seks di internet sekaligus merosakkan minda mereka.



Popout

Kerajaan Sapu Malaysia yang menerima nasihat dari Yahudi APCO nampaknya jauh lebih jahat dari Yahudi itu sendiri. Apa pun alasannya, tujuan kerajaan adalah untuk menggalakkan anak-anak orang Islam menonton video lucah.


ReJaM© "Kerajaan ini mahu menghancurkan anak-anak anda. Inikah kerajaan yang harus anda sokong?"



by Zergdukes@gmail.com (Isa)
Popout

(Kredit Video pada MiloSuam


Berkaitan dengan berita dari TV3 Suku nih... gua berpandangan sebaliknya pula.

Pada pendapat gua bagus jugak TV3 Suku nih dedahkan nama2 blog yang glamour gilababi tu... supaya 1Malaysia tau... akta video lucah yang ada dalam perlembagaan Malaysia hanya wayang semata-mata. Akta itu hanya berkuatkuasa kepada orang awam dan pembangkang sahaja, tidak kepada talibarut dan pencacai barisan nasional/umPORno...

Sebabnya... Kementerian2 yang berkaitan dengan Akta penayangan bahan2 lucah takda teloq, bacul dan dayus untuk mengambil tindakan undeng-undeng terhadap blog2 terbabit.

Jadi pada pendapat gua..., kalau sesiapa yang nak tayang video seks pada umum adalah HALALAN TOYIBAH.... hahaha... dan sekalian rakyat 1Malaysia dapatlah menilaikan apakah bentuk demokrasi yang terpimpin di negara ini... sendiri mau ingatlah.

Ada undang2 dan Akta pun tak boleh di guna pakai... so apa ada hal kan....!!!! Undang2 dan Akta ciptaan manusia di gubal untuk di langgar... sekarang nih siapa yang gubal undang2 dan akta negara dan siapa pula yang melanggarnya..???

(aaahhhh... Isa.. lu banyak songeh aarrr... undang2 Allah yang dah termaktub dalam Quran pun puak2 umPORno tu langgar semacam jer... inikan pulak undang2 yang diorang cipta... dah anak didik Apco apa ada hal... sejak zaman nabi lagi puak2 yang berjenama Yahudi Laknatullah nih banyak dalihnya... apatah lagi akhir zaman nih... small matter maaa...) 

SKMM dan KDN serta PRDM... hehehe.. lu orang apa khabar... dah makan ke belum..???

hahaha... cergas.. cergas.. beb.... jangan membuta buat taik mata dan makan gaji buta beb...!!!! Kes dah ada depan mata tu.... jangan jadi ular sawa... hehehe...

Apaaaaa.... ???? Lu orang tak boleh sentuh blogger2 yang TV3 Suku umumkan tuuuu... ishhh... ishhhh... ishhh..takda teloq rupanya.... kah..kah...kah.....

Politik kotor dan kolot UMNO-Barisan Nasional sejak pemerintahan Mahathir hingga Najib tidak berubah. Politik fitnah dan mengaibkan maruah serta cubaan rasuah tokoh pembangkang menjadi modus operandi utama di dalam mengekang kebangkitan rakyat menyokong perubahan.
Oleh MOHD SAIFULLAH

Pengalaman pilihanraya 1990 dalam pakatan pembangkang menerusi Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat, Tengku Razaleigh Hamzah dicanang sebagai agen Kristian hanya kerana memakai tengkolok Sabah yang ada corak seakan salib.

Gambar Ku Li memakai tengkolok Salib ini menjadi bahan kempen utama di dalam menjatuhkan kepercayaan rakyat kepada Angkatan Perpaduan Ummah dan Semangat 46.

Begitu juga seperti yang diketahui umum UMNO-Barisan Nasional pada tahun 1998 memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan Kabinet Menteri kerana fitnah pertama yang dilemparkan kepada beliau, sehingga dipenjarakan selama 6 tahun. Beliau bukan sahaja difitnah, malah, diracun, ditumbuk, dan dipenjarakan.

Dalam hal ini adalah pelik jika dibandingkan dengan kes rogol remaja bawah umur yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik. Beliau bukan sahaja tidak dipecat daripada UMNO, malah dibela oleh pimpinan Mahathir dan didapati tidak bersalah oleh Mahkamah. Dalam kes ini yang bersalah adalah pimpinan pembangkang, Lim Guan Eng yang dipenjarakan kerana usaha beliau membela anak remaja perempuan melayu yang dirogol. Hasil tekanan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhirnya Tan Sri Rahim Tamby Chik meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Melaka.

Pilihanraya 1999 membuka sejarah besar dalam politik Malaysia apabila pakatan pembangkang diperkukuhkan hasil daripada konspirasi politik pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tertubuhnya Barisan Alternatif (BA) yang menggabungkan semua parti pembangkang dan pertandingan satu lawan satu sewaktu PRU ke-10. Hasil daripada pakatan ini Barisan Alternatif memenangi 42 kerusi, mengekalkan kemenangan di Kelantan dan merampas Terengganu.

Barisan Alternatif tidak kekal antara sebab utamanya adalah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Selepas konspirasi politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertama, pembangkang mara lebih jauh apabila DSAI dilepaskan pada tahun 2006 dan pemuafakatan semua parti pembangkang membentuk Pakatan Rakyat. Pembangkang sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen dan memenangi 5 negeri menerusi Pakatan Rakyat.

Bagi menyekat kemaraan ini, UMNO-Barisan Nasional merangka strategi Fitnah ke-2 dengan kes Liwat Saiful Bukhari.

Setelah lebih 2 tahun perbicaraan Fitnah ke-2 ini, kelihatan UMNO-BN hilang modal dan bakal kalah dalam perbicaraan. Lebih merisaukan UMNO-BN Pakatan Rakyat telah melancarkan Buku Jingga yang menjadi testamen, manifesto tawaran Pakatan Rakyat kepada Rakyat Malaysia bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Tidak cukup dengan Fitnah 2, pihak UMNO-Barisan Nasional yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor melancarkan fitnah 3 yang melibatkan video seks oleh Datuk T, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Datuk Shazyl Eskey Abdullah.
Fitnah terbaru ini, dengan perancangan konspirasi yang penuh kelompongan membuktikan bahawa UMNO-Barisan Nasional terdesak melemahkan Pakatan Rakyat dengan mengaibkan imej pimpinannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kemerosotan peratus undi yang diperoleh sewaktu Pilihanraya negeri membuatkan UMNO-Barisan Nasional lebih terdesak. Undi popular Pakatan Rakyat yang mencecah hampir 45% amat menggusarkan mereka. Lebih merisaukan adalah apabila perkiraan sokongan rakyat dan gelombang kebangkitan rakyat Sarawak dalam pilihanraya negeri mampu memberikan lapan kerusi parlimen kepada Pakatan Rakyat di kawasan Bandar di Sarawak.

Rakyat Malaysia telah matang dengan segala politik fitnah yang dimainkan oleh UMNO-Barisan Nasional. Rakyat tidak akan berganjak dari menuntut perubahan dan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia. Rakyat Bangkit, Selamatkan Malaysia!

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Ketua Penerangan,
Angkatan Muda Keadilan Selangor

No comments:

Post a Comment