ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Thursday, 1 September 2011

Pulau Pinang dulu dan sekarang


Pulau Pinang dulu dan sekarang… – oleh Ranjit
1 September 2011
http://roketkini.com

SEPTEMBER – Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Pulau Mutiara sememangnya menepati namanya. Kali pertama saya ke Pulau Pinang pada tahun 1980, masih ingat lagi kali pertama naik feri untuk menyaksikan keindahan pulau.

Sayangnya, masa itu, ianya indah khabar dari rupa. 


Kekotoran dan kesesakan lalulintas. Selepas itu saya sudah banyak kali pergi ke pulau ini dan tidak banyak yang berubah.

Semenjak tahun 2010, saya lebih kerap ke Pulau Pinang atas urusan kerja dan juga cuti. Boleh dikatakan sebulan dua kali. Sewaktu sambutan Tahun Baru 2011 pun saya ada di Padang Kota.


Ada sesuatu yang telah berubah di pulau yang saya sukai ini.
Kenapa saya memilih pulau ini sebagai destinasi cuti saya?
Hari ini, kebersihan yang amat ketara dan sistem pengangkutan yang terurus. Tapi kalau saya nak kata itu yang terbaik, tidaklah sampai begitu.


Tetapi memang nampak perbezaan yang ketara. Ini yang membuat saya terfikir bagaimana perubahan ini boleh berlaku.


Pada kunjungan saya yang lepas pada bulan April, saya mengambil kesempatan untuk bertanya warga Pulau Pinang tentang perubahan ini. Dari pemandu teksi, penjual cendol, peniaga warung nasi kandar, peniaga kecil, semuanya saya tanya mereka.


Rata-rata yang saya berbual, semua memberi saya jawapan yang lebih kurang sama saja – pentadbiran yang bermutu tinggi di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.


Tetapi saya masih tidak puas hati, kerana bagaimana dalam masa yang singkat boleh ada perubahan yang begitu drastik.
Jadi saya berbual-bual politik pula dengan orang ramai. Satu perbualan yang saya nak highlight di sini ialah dengan seorang ahli parti pembangkang (di Pulau Pinang, siapa yang menjadi pembangkang, fikir sendirilah).


Menurut beliau, walau pun dia penyokong kuat parti yang beliau wakili, dia sangat hormat dengan cara pentadbiran sekarang.


Jadi saya pun cuba provoke beliau dengan isu-isu tetapi tidak berjaya kerana dia sangat teguh dengan pendiriannya, iaitu tetap bersama partinya tetapi memuji kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.


Menurutnya lagi, walau apa orang lain cakap tentang DAP atau Lim Guan Eng, beliau sendiri telah nampak dan alami perbezaan pentadbiran masa sekarang berbanding masa lalu.
Bagi saya, apa yang saya baca dan lihat sendiri di Pulau Pinang, memang layak untuk dipuji pimpinan dan pentadbiran kerajaan negeri.


Harapan saya kepada Lim Guan Eng dan kerajaan negeri, teruskan usaha untuk membina sebuah negeri yang maju dan berdaya saing.


Dan kepada yang masih tak faham dan menuduh DAP adalah parti untuk kaum Cina, saya nasihatkan mereka ini supaya banyakkan membaca kerana Pengerusi DAP bukan orang Cina tetapi orang Punjabi. Itulah Karpal Singh.


Karpal juga orang Pulau Pinang dan dia sekarang adalah Ahli Parlimen Bukit Gelugor.


Dan DAP ialah parti politik untuk RAKYAT MALAYSIA tanpa mengira bangsa atau agama.


Untuk pengetahuan semua, saya bukan ahli mana-mana parti politik di Malaysia. Saya hanya ingin melihat negara kita maju, aman damai tanpa permusuhan antara kaum atau agama. Dan semua orang sama-sama mendapat faedah.
     

Sentimen Agama: 

"Laporan TV3 cuba menggambarkan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan agama Kristian melalui kelas-kelas tuisyen, sehingga menyebabkan ahli-ahli surau membantah. Surau itu dikenali dengan nama "Surau Musyrikin" atau dalam bahasa Melayunya "Surau Kufur". Yang lebih memeranjatkan lagi ialah siasatan sebuah NGO mendapati surau berkenaan tidak wujud di kawasan itu dan mendapati pusat tuisyen itu terletak di kawasan sekitar setinggan di kawasan Jalan Klang Lama, dan hasil perbualan dengan penduduk tempatan di sana, mereka mendapati bahawa tidak ada satu surau pun wujud di kawasan itu." Ini bermakna berita itu ialah berita Palsu!!!
Sentimen Perkauman: 

"DAP Anti-Melayu"

Jika benar DAP Anti-Melayu mengapa perkara ini boleh terjadi:

"Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim".

Ternyata DAP bukan Anti-Melayu seperti yang diwar-warkan UMNO!!!
Sentimen Institusi Raja-raja melayu: 

UMNO kata PR mengkhinati Institusi Raja Di Malaysia. Anda lihat sendiri siapa sebenarnya yang mengkhianati institusi Raja:

 

 



JANGAN PERNAH TERTIPU DENGAN DAKYAH UMNO LAGI!!! 

No comments:

Post a Comment