by 26 Melayu Di-Raja
Di bawah artikel bertajuk "Pakatan faults BN for subsidy ‘opium’ addiction", terdapat komen yang menarik hati saya. Bagai biasa, saya tak edit sikit pun:
Before they get a job , the students are already indebt ... Moreover , they are indebt to pay lousy studies that even cannot give them the BASICS knowledge of their job ..
Jika dakwaan di atas benar, berapa banyak pelajar dan ibu bapa yang tahu?
Sebenarnya, saya dah lama dengar perkara macam tu. Pernah seorang ahli korporat mendakwa kepada saya bahawa institusi pengajian tinggi awam negara ini hanya melahirkan jaguh kampung. Tak menepati international accreditation, dia mendakwa. Aku mana tau. Masuk universiti pun tak pernah.
Kalau tak benar, tak pa. Kalau benar, lagu mana?
Saya juga pernah mendengar cerita seorang tokoh besar kewartawanan yang merungut bahawa graduan Mass Communication sekarang begitu teruk jika dibandingkan dengan graduan kursus berkenaan pada tahun 70an dan 80an dahulu. Bagai biasa, mana aku tau. Saya bukan pengarang akhbar atau majalah.
Adakah kisah IPTA di Malaysia macam kisah sukan di negara ini juga? Stadium hebat-hebat seperti di Bukit Jalil dan Shah Alam. Tapi, ahli sukan tak ada.
Sampai bilakah IPTA di negara ini akan dibebaskan dari kongkongan professor kangkung?
Teringat pula kisah MSC. Ramai orang salahkan Tun Abdullah Ahmad Badawi bila MSC tak berjaya. Memang la, bila pakar IT sebut fasal "leap to the moon", dia kata Malaysia pun akan ada angkasawan. Tapi, MSC pun macam kisah stadium hebat ahli sukan tak ada jugak.
Tu belum lagi cerita guru-guru kelas tambahan merungut budak-budak sekolah (Melayu la!) nak buat bahagi pun tak tau walaupun dah darjah empat. Semua nak salahkan guru? Hello, satu kelas kadang-kadang dekat empat puluh orang.
Saya tidaklah mendalami sepenuhnya masalah orang-orang Melayu. Yang sah, saya tetap merasai dua senjata utama kekuatan orang Melayu masih lagi tumpul. Dua senjata itu ialah pertama, keimanan yang tinggi kepada Allah s.w.t. dan kedua, ilmu serta kemahiran yang tinggi.
Tanpa dua senjata itu, setakat boleh kecek belawok, setakat boleh sembang deras macam Datuk Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia ja la.
Saya malas nak cakap fasal kerajaan, orang-orang politik (semua parti) dan oportunis-oportunis yang sentiasa mencari kesempatan untuk memperbodoh-bodohkan Melayu. Saya hanya berharap yang membaca posting ini dapat memberitahu anak-anak mereka bahawa musuh terbesar kita ialah kelaku jahat tidak beriman kepada Allah dan kejahilan. Anak-anak kita mesti tahu dua musuh terbesar mereka.
Saya tak la nak cadang kepada orang lain, tetapi kepada anak-anak saya, saya tambah satu lagi musuh terbesar, iaitu Umno (kalau pandai baca Orang Putih, baca di sini fasal Umno).
by ELBI RISALAH
Utusan Melayu yang asalnya berTULISAN JAWI..kalau Cina dan India boleh KEKALKAN tulisan mereka dalam akhbar mereka...ke mana perginyaTULISAN JAWI kebanggaan MELAYU itu...jawablah wahai PERKOSA...cuba tanya UMNO...
S Pathmawathy
Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA hari ini meminta semua orang Melayu supaya bersatu dan tamnpil mempertahankan akhbar harian nasional Utusan Malaysia daripada asakan pembangkang.
"(Jangan) fitnah dan menghina Utusan dan orang Melayu, PERKASA akan berada di situ. Ini amaran kepada semua... langkah mayat kami dulu,” jerit seorang penunjuk perasaan itu.
Beliau dan kira-kira 80 ahli PERKASA berkumpul di ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, dekat Kuala Lumpur bagi mempertahankan akhbar itu yang dibidas pelbagai pihak kerana mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.
Selepas berhimpun kira-kira 15 minit, kumpulan itu disertai oleh kira-kira 70 ahli Umno yang bergabung bagi meluahkan sokongan mereka kepada akhbar milik parti itu.
Mereka turut membawa poster dan kain rentang yang tertera bahawa PERKASA sedia berjihad mempertahankan maruah agama, bangsa, tanah air dan Utusansehingga titisan darah terakhir.
Dua memorandum menyokong Utusan kemudiannya diserahkan.
'Inilah Barisan Kita'
Penolong Ketua Pengarang II, Ahmad Abd. Hamid menerima memorandum itu daripada Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali dan disusuli oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid.
Kedua-dua kumpulan berkemudian berarak sejauh 200 meter dengan melaungkan amaran supaya tiada pihak yang berani menganggu-gugat Utusan Malaysia.
Kira-kira 30 anggota polis juga dikerahkan mengawal keadaan kerana bimbang pemuda PKR (AMK) yang sepatutnya berhimpun di tempat yang sama menyerang Utusan.
Bagaimanapun perhimpunan AMK itu yang bertujuan "menolak fitnah politik" oleh akhbar milik Umno itu ditunda ke tarikh baru.
Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata antara sebab utama pihaknya menunda bantahan itu kerana pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO meminta AMK memobilisasi anak muda dalam demonstrasi anti-Lynas yang juga berlangsung hari ini.
Sambil menyanyikan lagu patriotik "Perajurit Tanahair" yang juga dikenali sebagai “Inilah Barisan Kita” berulang kali, anggota PERKASA dan Pemuda Umno kemudiannya bersalaman-salaman dengan pihak polis.
Mereka juga melaungkan "Hidup Melayu" dan "Hidup Utusan" dan berarak walaupun hujan mula menitik.
Selain itu, jalan di hadapan ibu pejabat tersebut turut ditutup untuk laluan orang ramai selepas solat Jumaat bagi membendung kesesakan.
Takkan basi
Tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.
Megat Firdaus selepas penyerahan memorandum itu berkata pemuda Umno tidak akan berbelah bagi akan mempertahankan Utusan Malaysia.
“Harus dilihat apabila ada pihak yang tidak bertangungjawab yang telah mencela dan mencemuh Utusan dgn berbagai-bagai tomahan.
“Mereka harus ingat Utusan Melayu atau Utusan Malaysia ditubuhkan pada 1939. Ini wadah yang telah menyatupadukan umat Melayu and seluruh rakyat Malaya pada ketika itu sehingga tertubuhnya Umno pada 1946 and merdeka pada 1957,” katanya.
Menurutnya lagi Utusan merupakan satu-satu akhbar yang telah menyatupadukan orang Melayu dan berjasa besar kepada negara.
“Kami di peringkat Pemuda akan berhabis-habisan mempertahankan Utusan Malaysia.
“PKR, AMK atau sesiapa sajalah yang buta sejarah dan mencemuh Utusan, sema 700,000 ahli Umno akan mempertahankan. Kebenaran, sejarah dan penyedaranUtusan Malaysia ini banyak memberi kebaikan kepada rakyat bukan hanya dari segi context poltics tapi juga beri input pendidik,” katanya.
Sementara itu, setiausaha agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali pula berikrar akan mempertahankan hak orang Melayu dan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
“Utusan Malaysia bagaikan sajian dan pakaian. Ia takkan basi sampai bila bila.
“Lebih baik PKR berhati-hati daripada terus menyerangnya, begitu juga pemimpin masyrakat yang lain. Lihat juga akhbar dan portal berita lain sebelum jadikan Utusan sasaran.
“Kami tak akan main main lagi ,” katanya.
Comments (1)
Options
you - Utusan Melayu yang asalnya berTULISAN JAWI..kalau Cina da India boleh KEKALKAN tulisamn mereka...ke mana perginya TULISAN JAWI kebanggan MELAYU itu...jawablah wahai PERKOSA...Edit | Delete 2:22 AM
No comments:
Post a Comment