Bayangkan saudara saudari sekelian. Orang seperti Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Kapten Hussein Onn dsbnya adalah mereka yang bekerja dengan penjajah British. Setiap bulan British memberi mereka gaji di samping elaun dan kelebihan2 yang lain i.e. kereta bersupir, perkhidmatan kesihatan percuma, quaters kerajaan dalam bentuk rumah banglo dan sebagainya.
Sumber: Detikdaily
ok..kita sambung balik..citer..
Sehari pun dalam hidup pemimpin2 UMNO ini tidak pernah mereka menentang British. Mereka gembira duduk di bawah kerajaan British kerana mereka mendapat banyak kelebihan dan ganjaran wang.
Di waktu pejuang2 kemerdekaan yang sebenar berhempas pulas mengumpul tenaga rakyat bagi menjatuhkan British, pemimpin2 UMNO ini sebuk dengan mesyuarat mereka, minum teh di waktu petang, menghadiri banquet bagi meraikan tuan British mereka.
Tidak hairanlah apabila kemerdekaan diberikan kepada Malaysia, segala kekayaan Malaysia masih dipegang oleh British. Walaupun Malaysia terus menerus kaya selepas merdeka, tapi orang Melayu dan kaum lain terus menerus hidup dalam kemiskinan yang dahsyat.
Apabila pejuang2 kemerdekaan seperti Ustaz Abu Bakar Baqir, Burhanuddin Helmi, Pak Sako, Ahmad Boestamam dsbnya disiksa, dipenjara, difitnah, dikacau oleh apparat2 British, pemimpin2 UMNO terus hidup di dalam kemewahan dan kesengangan yang selama ini mereka kecapi dari tuan British mereka.
Namun, apabila kita buka buku2 sejarah masa kini, pemimpin2 UMNO yang hidup seperti orang Putih inilah yang digelar pejuang kebangsaan. PAdahal, satu hari dalam hidup mereka pun British tidak pernah memenjarakan mereka, tidak pernah memukul mereka, tidak pernah mengacau mereka.
Mereka ditatang oleh British seperti dulang yang penuh dgn minyak.
Begitulah jentera propaganda UMNO yang jahat. Menyenyapkan sumbangan pejuang kemerdekaan yang benar2 melalui ranjau dan duri serta menganggungkan mereka yang menjadi penjilat dan pembodek kepada British.
Hairan hairan.
Syabas Abang Mat sebab dedahkan pembohongan yang terkandung dalam sejarah Malaysia.
Tulang Besi
ps Ahmad Boestamam adalah ayah kepada pakcik Tulang Besi, Allahyarham Rustam A. Sani. Semoga Allah SWT merahmati ruh mereka berdua atas jasa2 mereka menentang penjajahan British dan UMNO.
Dalam PRU 2008, aku beli sendiri Daftar Pemilih untuk Kuala Kangsar. Daftar Pemilih untuk seluruh Perak aku dapat dari Pas. Dalam Daftar Pemilih yang dibeli itu, kategori "Keturunan" diklasifikasikan kepada Melayu, Cina, India dan Lain-lain. Cuma ada empat "Keturunan’. Kalau kita nak perincikan berapa Siam, berapa Orang Asal dan berapa Punjabi…yang tu kita kena sort sendiri. Dan kita tak tau sama ada SPR mengklasifikasikan India Muslim sebagai India atau Melayu. Apa yang aku tau, kebanyakan yang berketurunan Pakistan dikategorikan sebagai Melayu.
Di Perak, terdapat 1,299,959 pengundi setakat 31 Disember 2010. Berapa Melayu, berapa Cina, berapa India dan berapa Orang Asal? Yang tu hangpa kena sort sendiri. Dan macam mana nak sort kalau di Perak saja terdapat 97 kategori bangsa?
Dari sejumlah 66,459 "Melayu" yang dikategorikan sebagai bukan Islam ini…berapa ramai yang berugama Kristian, Hindu,Sikh dan Buddha? Ada 961 orang. Ha…bila jumlah yang sikit ni…boleh la aku check balik berapa ramai yang sebenarnya Melayu tetapi berugama Buddha, Hindu,Sikh dan Kristian. Yang tak ada ugama, atau tak ada maklumat yang berjumlah 65,498 orang tu ,aku tak mau ambil tau.
MAT INDRA Nama penuh: Ahmad Bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
Seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiayi Haji Fazil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim dilahirkan pada 1920 di kampung Gombak,Peserai, Batu Pahat.
Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar. Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris.
Menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mmohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagaiangkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik.
Mat Indera seorang pengkhianat Negara?
Kita tidak tahu kenapa Mat Indera bekerja sama dengan PKM, tapi yg jelas, beliau bekerjasama dengan PKMbukan kerana hendak memurtadkan org Islam atau hendak menjadikan negara ini negara komunis.
Apa yang jelasnya, beliau bekerjasama dengan PKM untuk menghalau British daripada negara ini. Beliau berjuang untuk memerdekakan negara ini.
Apakah cara beliau itu salah?
Satu kajian oleh pakar-pakar sejarah bebas wajar di lakukan bagi menentukan Sejarah sebenarnya. Kita tak boleh hanya mendengar apa kata umno sahaja.
Mat Indera menyerang balai polis Bukit kepong sekitar tahun 1950,harus difahami,bahawa POLIS ketika ituberkhidmat untuk kerajaan British, kesetiaan mereka adalah kepada Queen British dan Kerajaan British. Mereka taat dan patuh apa saja perintah kerajaan British.
Balai Polis ketika itu adalah simbul kedaulatan Kerajaan British di negara ini. Oleh itu, sebenarnya Mat Indera itu menyerang "simbol kekuasaan British". Jangan sesekali kita terkeliru dengan POLIS zaman pasca Merdeka. Kini Polis adalah simbol kedaulatan dan kekuasaan Negara Malaysia, mereka berkhidmat dan setia kepada Kerajaan Malaysia.
Jangan sesekali kita samakan status Polis kini dengan status Polis zaman British dulu.
Menjadi lumrah dalam setiap peperangan,,dibunuh atau membunuh. Kita hanya boleh menghakimi, sebab musabab peperangan itu. Mat Indera ada sebab yang kuat kenapa dia menyerang balai polis Bukit Kepong itu, dan jangan sesekali kita sama kan perbuatan menyerang Balai Polis Bukit Kepong waktu itu dengan menyerang mana-mana Balai Polis pada zaman pasca merdeka ni.
Balai Polis kini adalah simbol kekuasaan Malaysia, sedangkan Balai Polis pada tahun 1950 adalah simbul kekuasaan British. Ada perbezaan Besar di situ.
Contoh mudah: Rasulallah SAW menyerang Mekah dan menawan Mekah pada tahun 8 hijrah. Bolehkah kita kata Rasulullah saw itu musuh Islam dan pengkhianat Islam kerana baginda menyerang dan menawan Mekah?
Tetapi situasi nya kini tentu berbeza. Kini kita adalah musuh Islam dan pengkhianat Islam jika kita menyerang Mekah.
Kenapa? Kenapa dalam dua perkara yg sama, tapi berbeza hukumnya? Renungkanlah...
ReJaM© "Wajib kita meletakkan sesuatu yang haq itu pada tempatnya..."
Sumber: Detikdaily
ok..kita sambung balik..citer..
Sehari pun dalam hidup pemimpin2 UMNO ini tidak pernah mereka menentang British. Mereka gembira duduk di bawah kerajaan British kerana mereka mendapat banyak kelebihan dan ganjaran wang.
Di waktu pejuang2 kemerdekaan yang sebenar berhempas pulas mengumpul tenaga rakyat bagi menjatuhkan British, pemimpin2 UMNO ini sebuk dengan mesyuarat mereka, minum teh di waktu petang, menghadiri banquet bagi meraikan tuan British mereka.
Tidak hairanlah apabila kemerdekaan diberikan kepada Malaysia, segala kekayaan Malaysia masih dipegang oleh British. Walaupun Malaysia terus menerus kaya selepas merdeka, tapi orang Melayu dan kaum lain terus menerus hidup dalam kemiskinan yang dahsyat.
Apabila pejuang2 kemerdekaan seperti Ustaz Abu Bakar Baqir, Burhanuddin Helmi, Pak Sako, Ahmad Boestamam dsbnya disiksa, dipenjara, difitnah, dikacau oleh apparat2 British, pemimpin2 UMNO terus hidup di dalam kemewahan dan kesengangan yang selama ini mereka kecapi dari tuan British mereka.
Namun, apabila kita buka buku2 sejarah masa kini, pemimpin2 UMNO yang hidup seperti orang Putih inilah yang digelar pejuang kebangsaan. PAdahal, satu hari dalam hidup mereka pun British tidak pernah memenjarakan mereka, tidak pernah memukul mereka, tidak pernah mengacau mereka.
Mereka ditatang oleh British seperti dulang yang penuh dgn minyak.
Begitulah jentera propaganda UMNO yang jahat. Menyenyapkan sumbangan pejuang kemerdekaan yang benar2 melalui ranjau dan duri serta menganggungkan mereka yang menjadi penjilat dan pembodek kepada British.
Hairan hairan.
Syabas Abang Mat sebab dedahkan pembohongan yang terkandung dalam sejarah Malaysia.
Tulang Besi
ps Ahmad Boestamam adalah ayah kepada pakcik Tulang Besi, Allahyarham Rustam A. Sani. Semoga Allah SWT merahmati ruh mereka berdua atas jasa2 mereka menentang penjajahan British dan UMNO.
Oleh: MSK
Sebenarnya aku dah malas nak cerita pasai Daftar Pemilih SPR. Dah tak larat. Lagipun, sekarang parti-parti dalam Pakatan semua dah terer…dah boleh buat kerja. Bagi chance la aku nak rehat.
Tup-tup..ada orang korek cerita lama dengan membuat laporan polis. Ini semua pasai tengah heboh isu murtad. Kalau tidak…sapa pun tak mau baca posting aku. Jadi…aku kena tulis sikit sebanyak supaya orang paham.
Kalau kita beli gula, beberapa spesifikasi telah ditetapkan. Gula itu mesti berwarna putih, mesti manis dan harganya juga telah ditetapkan sebanyak RM2.30 sekilo. Macam mana kalau kita beli gula tersebut, dan apabila balik kita mendapati warnanya merah atau kelabu? Bagaimana kalau rasanya masin? Kita boleh dakwa penjual kerana menipu kerana yang kita beli itu bukan gula.
Bagaimana kalau kita beli Daftar pemilih dari SPR? apakah spesifikasinya?
Daftar Pemilih juga adalah komoditi yang diperdagangkan oleh SPR. Siapa yang mahu Daftar Pemilih kena beli…bukan dapat free. Dan yang lebih menarik, spesifikasinya ditentukan oleh SPR…bukan ditentukan oleh pembeli atau mana-mana undang-undang.
Harga ditetapkan oleh SPR..tak boleh tawar menawar. Dan apa yang diberikan oleh SPR, pembeli tak boleh komplen. SPR lebih teruk dari kapitalis.
Semasa PRU 2004, Rafidah Aziz hampir-hampir tersingkir dari menjadi calon Kuala Kangsar kerana nama "Penyokong" pencalonan beliau tidak ada dalam Daftar Pemilih yang dipegang oleh Returning Officer tapi ada dalam Daftar Pemilih yang dipegang oleh Rafidah! Mengapa ada dua set yang berlainan?
Dalam Daftar Pemilih PRU 2008 juga tak ada ditulis "ugama", malah alamat juga tidak lengkap.
Selepas Daftar Pemilih Induk yang berakhir pada 31 Disember 2009 digazetkan, Aku minta Chan Ming Kai (ADUN Simpang Pulai) belikan satu set. Aku mana ada duit…harga untuk seluruh Perak lebih RM3,500.00. Apa yang aku dapat tak sama dengan DPI 2008.
SPR memecahkan Daftar Pemilih tersebut kepada dua set sebab tak muat dalam satu CD. Satu set untuk Pemilih dari P54 hingga P65, dan set kedua dari P66 hingga P77. Kedua-dua set ini juga berbeza formatnya. Dalam set pertama cukup simple. Tak ada kategori bangsa, ugama…malah nama jalan pun tak ada.
Tapi dalam set kedua (P66-P77), cukup lengkap. Bukan saja ada bangsa, ada ugama, ada nama jalan yang lengkap,malah tarikh pengundi itu mendaftar pun ada. Macam mana ini boleh berlaku? Jangan tanya. apa yang SPR bagi..itulah produk mereka. Kita cuma perlu bayar.
Bila aku dapat Daftar Pemilih yang lengkap bagi P66-P77, masa tu aku dah nampak bahawa terlalu banyak sampah dalam Daftar Pemilih tersebut. Ada orang Melayu dikategorikan sebagai bukan Islam. Ada bukan Melayu dikategorikan sebagai Melayu. Ada Melayu jadi Cina. Kalau nak statistik nya aku boleh bagi…tapi kurang-kurang…bagi la aku duit raya kalau nak buat kerja tu.
Bagi daftar Pemilih Induk yang berakhir 31 Disember 2010, aku juga minta belas ihsan dari kawan-kawan. Mana nak cari RM3,500 lagi? Atas ihsan kawan-kawan aku dapat juga Daftar Pemilih Induk bagi seluruh negeri Perak. Dan kali ini…SPR bermurah hati pulak dengan memberikan data yang lebih detail tapi dalam format yang lain pulak!! Memang haru..
Dalam DPI 2010, kategori "Keturunan" sudah digantikan dengan "Bangsa"…dan bukan setakat empat bangsa saja..tapi cukup detail. Ugama pun ada.
Afghan, Arab, Bajau, Bangladesh, Banjar, Bidayuh, Bisaya, Boyan,British, Brunei,
Bugis, Bumiputra Sabah, Bumiputra Sarawak,Burmese, Cantonese, Cina, Cocos, Dusun Sabah, Dusun Sarawak, European,
Eurasian, Filipinos Foochow, Gurkha, Hainanese, Heng Hua, Hockchia, Hockchiu, Hokkien, Iban,
India, India muslim, Indonesian, Ireland, Irranun, Jakun, Japanese Jawa, Jawi Pekan, Kadazan,
Kayan, Kedayan Sabah, Kedayan Sarawak, Kelabit, Kemboja,Kenyah, Khek, Khmer, Kwongsai,Lahanan,
Lain-lain, Lain-lain Asia,Lundayeh, Malabari, Malayalee, Melaing, Melanau Sabah, Melanau Sarawak, Melayu, Melayu Sabah,
Melayu Sarawak, Melayu Sri Langka, Minangkabau, Murut, Lun Bawang, Myanmar, Netherland,Orang Asli, Pakistan, Panama,
Penan, Portugis, Punjabi, Rungus, Sabah, Sakai,Selakan, Semai, Semalai, Senoi,
Siemese, Sian,Sikh, Sinhalese, Sino-Native, Sri Lanka, Suluk, Sungai, Tamil, Tamil Sri Lanka,
Telegu,Temiar, Teochew, Tiada maklumat, Tidung, Ubian, Vietnamese.
Macam mana nak diringkaskan kepada 4 bangsa utama? Melayu, Cina, India dan Lain-lain? Yang ni kena buat sendiri. Dan macam mana kita klasifikasikan…mungkin tak sama dengan SPR. Macam mana PKR mengklasifikasikan bangsa ini juga mungkin tak sama denga PAS.
Aku tak mau pecah kepala. Aku cuma kategorikan Banjar, Boyan, Bugis, Jawa dan Melayu sebagai "Melayu". Dan seramai 611,034 pengundi termasuk didalam kategori ini.
Tapi apakah semua mereka ini benar-benar Melayu? Tidak juga. Sebabnya ramai dari kalangan Cina, Iban, Orang Asal dan India juga dikategorikan sebagai Melayu! Ini bukan masalah aku…tapi masalah SPR. tapi menjadikan beban kepada aku. Kalau aku nak check lebih 600,000 rekod…mati la aku.
Dari sejumlah 611,034 pengundi yang dikategorikan sebagai Melayu, berapa ramai yang bukan Islam? Ada sejumlah 66,459 pengundi-pengundi "Melayu" ini dikategorikan sebagai berugama Buddha. Kristian, Hindu, Sikhism, Tiada Ugama, Lain-lain Ugama, atau Tiada maklumat.
Dari sejumlah 961 0rang tersebut, Ada 415 orang Cina yang dikategorikan sebagai Melayu. Ada 103 orang India yang dikategorikan sebagai Melayu. Lain-lain ada 21. Dan jumlah orang yang benar-benar Melayu yang bukan berugama Islam ialah 422 orang.
Ini cuma sample yang diambil dari 611, 034 pengundi yang dikategorikan sebagai Melayu yang terdiri dari Banjar, Boyan, Bugis, Jawa dan Melayu. Macam mana kalau dianalisa lebih terperinci?
No comments:
Post a Comment