Neo Chee Hua | Sep 02, 2011
‘The People’s Daily’
Hubungan Umno-Parti Komunis China
“Perubahan ini bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk menjalin hubungan dagang dengan Israel,” kata CheguBard.
Sejak itu katanya, Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.
KL, 2 Sept 11: Tindakan kerajaan Malaysia menghantar pulang 11 pejuang Uighurs Islam yang lari meninggalkan negara asalnya iaitu China dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia. Ini kerana, ia bertentangan dengan akta Anti-Trafficking in Persons dan Anti-Smuggling of Migrants Act 2007. Uighur adalah pejuang beragama Islam yang bangkit menentang kerajaan China Komunis kerana menceroboh wilayah mereka di wilayah Xinjiang. Pertentangan bermula pada Julai 2009.
Tindakan menghantar balik mereka bermakna menyerahkan pejuang Islam ini kepada kerajaan China Komunis yang memburu mereka. Bagi Majlis Peguam, langkah yang patut dibuat oleh kerajaan adalah mendakwa mereka jika bersalah bukannya menghantar pulang ke negara asal mereka.
Pada 18 Ogos lalu, kerajaan Malaysia telah menghantar 11 pejuang Islam Uighurs yang menentang kerajaan China kembali ke negara asalnya. Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, 11 pejuang Uighurs ini terlibat dalam pemerdagangan manusia dan dikehendaki oleh kerajaan China komunis.
Sehingga kini tidak diketahui apakah nasib mereka apakah masih hidup atau sudah mati. Bantahan juga dibuat oleh Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian di Kuala Lumpur kerana mereka juga dinafikan hak untuk bertemu dengan 11 Uighurs ini. Ini kerana, proses sedang dibuat untuk mengesahkan mereka sebagai pelarian dan berhak untuk mendapatkan naungan di bawah badan PBB itu.
Namun belum sempat proses itu selesai, 11 pejuang Uighurs ini dihantar pulang oleh kerajaan atas kehendak kerajaan China Komunis itu. Ekoran itu, PBB membuat bantahan terhadap tindakan kerajaan Malaysia itu. Mereka bimbang nasib 11 Uighurs itu akan berhadapan dengan seksaan dari pihak berkuasa China kerana penentangan mereka terhadap kerajaan itu.
Ekoran itu juga, pihak berkuasa China didesak agar menyatakan di mana mereka sekarang dan apakah nasib yang menimpa merekaselepas tindakan kerajaan Malaysia itu. Pejuang hak asasi manusia berkata, tindakan menghantar pulang mereka oleh kerajaan Malaysia ini bertentangan dengan hak asasi manusia. Mereka juga mendesak kerajaan Malaysia agar jangan sekali-kali menghantar pulang lima lagi pejuang Uighurs yang ditahan oleh kerajaan Malaysia selepas itu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Malaysia menjadi pengkhianat kepada pejuang-pejuang kebenaran dan mujahidin-mujahidin yang ingin melaksanakan Islam di negara kelahirannya sendiri.
Kerana..
Meskipun Malaysia pernah mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK, atau GDP, singkatan dalam bahasa Inggeris) dengan kadar 7.2% pada tahun 2010, "bukti pemulihan" selepas kemelut ekonomi global tahun 2008/09, namun kepesatan ini hanya muncul sekelip mata. Seandainya kita meneliti data pertumbuhan ekonomi untuk 18 bulan yang lalu, jelas ia memperlihatkan graf yang menurun.
Menurut maklumat Jabatan Perangkaan Malaysia, biarpun Malaysia mencatat kadar pertumbuhan mendadak, iaitu 7.2% secara keseluruhannya pada tahun 2010, namun seandainya diteliti pertumbuhan setiap musim, ia menjunam dari 10.1% pada musim pertama tahun 2010 hingga 4.8% pada musim keempat. Mengorak langkah memasuki tahun 2011, momentum pertumbuhan ekonomi bukan sahaja tidak terpacu, sebaliknya merosot dari 4.9% pada musim pertama kepada 4% pada musim kedua.
Pertumbuhan ekonomi negara kita yang perlahan berkait rapat dengan struktur ekonomi negara yang rapuh. Sama ada permintaan luaran (external demand) mahupun permintaan domestik, keadaannya tidak diperbaiki susulan daripada pelan transformasi ekonomi negara oleh Perdana Menteri Najib Razak dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, malah kembali kepada keadaan statik sebagaimana zaman pasca kemelut 1997 dan sebelum kemelut ekonomi global 2008.
Perdagangan luar menyusut
Dari segi permintaan luaran, perdagangan luar negara kita sedang menyusut secara beransur-ansur. Pertumbuhan eksport diperlahankan dari 19.1% pada musim pertama tahun 2010 kepada 4.1% pada musim kedua tahun 2011; sementara pertumbuhan import pula menyusut dari 27.8% kepada 2.7% dalam tempoh yang sama.
Selain itu, angka import/eksport setiap bulan juga memperlihatkan kemerosotan - dari pertumbuhan dua digit setiap bulan dalam enam bulan pertama tahun 2010 kepada satu digit dalam enam bulan pertama tahun 2011. Pertumbuhan import setiap bulan turut menunjukkan pola yang sama, mengakibatkan lebihan dagangan kita yang "dibina" selepas kemelut ekonomi 1997 semakin menyempit.
Keterbukaan ekonomi Malaysia kepada luaran agak tinggi (dengan nilai eksport mencakupi nisbah kira-kira 100% GDP), mengakibatkan Malaysia agak peka terhadap perubahan suasana global. Justeru itu, pertumbuhan ekonomi kita tidak terelak daripada menjunam apabila ekonomi global diperlahankan.
Masih bergantung kepada pasaran Amerika-Eropah

Pasaran eksport negara kita bergantung kepada negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun sekian lama ini. Lebih-lebih lagi, banyak produk komersial yang dieksport Malaysia adalah pembuat peralatan asal (Original Equipment Manufacturer, OEM), bahan perantaraan yang digunakan untuk menghasilkan produk akhir, malah bahan mentah - kekurangan rantai produk nilai tinggi- mengakibatkan kita masih berada pada tahap rantai pembuatan dan eksport produk bernilai rendah.
Dalam keadaan di mana negara Asia menyasarkan pasaran eksport yang sama (negara maju), negara kita bukan sahaja terperangkap dalam persaingan harga barangan, nilai mata wang, malah menjadi rapuh kerana sensitiviti yang tinggi ke atas perubahan ekonomi negara maju.
Satu kajian Asia Development Bank (ADB) yang dikemukakan pada awal tahun 2010, berjudul The Ties that bind Asia, Europe and United States melaporkan bahawa, walaupun perdagangan antara negara rantau Asia (melainkan Jepun) berkembang pesat, namun kebanyakannya ditunjangi intermediate good, yang mana tujuan utamanya adalah untuk kegunaan dieksport semula.
Dengan kata lain, kebanyakan perdagangan eksport antara negara Asia bertujuan untuk kegunaan menghasilkan produk akhir, dan dieksport semula ke negeri di luar rantau Asia, iaitu negara industri utama seperti Amerika dan Eropah, yang menjadi destinasi terakhir produk barangan Asia.
Menurut laporan tersebut, meskipun 40.4% eksport rantau Asia (termasuk Malaysia) adalah Asian Intraregional Trade, namun hanya 22.2% produknya dipasarkan dalam rantau Asia. Secara perbandingan, walaupun pasaran seperti Amerika-Eropah, Jepun mencakupi nisbah 59.6% daripada eksport rantau Asia, namun pada hakikatnya ia mencakupi nisbah 77.8%, dengan Amerika Syarikat (25.1%), Eropah (22.7%) dan Jepun (11.4%).
Malah, sehingga Jun 2011, Singapura, China, Jepun, Eropah, Amerika Syarikat, Thailand, Indonesia, Korea, Taiwan dan Hong Kong mencatat 77.9% daripada eksport Malaysia. Namun, ia tidak termasuk eksport secara tidak langsung ke negara Amerika-Eropah, iaitu bahan perantaraan yang dieksport ke negeri lain, yang kemudiannya diproses semula dan dieksport ke negara Amerika-Eropah.
Misalnya, 13% produk Malaysia yang dieksport ke China digunakan untuk diproses semula, dan dieksport ke negara Amerika-Eropah kemudiannya. Dengan kata lain, kebergantungan negara kita terhadap pasaran Amerika-Eropah lebih tinggi daripada angka yang dipaparkan. Oleh itu, kita bukan sahaja berdepan dengan risiko eksport langsung ke negara Amerika-Eropah, malah juga risiko eksport China ke negara tersebut yang menggunakan bahan perantaraan ekport kita.
Oleh itu, ketika kemelesetan ekonomi Amerika-Eropah pada tahun 2008/09, jumlah eksport Malaysia telah jatuh 16.6%. Pada masa yang sama, import negara kita pada tahun yang sama juga menurun 16.6%, kerana hampir 80% import kita adalah bahan perantaraan yang digunakan untuk pemprosesan semula bagi diekport semula. Juga, tsunami dan gempa bumi Jepun pada Mac 2011 memberi kesan negatif kepada ekonomi negara kita, sehingga pertumbuhan ekonomi diperlahankan kepada 4% pada musim kedua.
Oleh itu, seandainya ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah mengalami krisis buat kali kedua, maka ekonomi dunia akan menjadi tidak menentu, lantas negara kita akan berdepan dengan cabaran yang lebih sengit pada tahun 2012.
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks asalyang disiarkan pada 20 Ogos 2011. (IH)

FRIDAY, SEPTEMBER 2, 2011
Siapa Hero Bukit Kepong Bukan Persoalan, Sejarah Sebenar Jadi Sandaran !
Berikut adalah kenyataan media SAMM Wilayah Persekutuan mengenai isu Komunis dan Bukit Kepong yang berkait rapat dengan gerakan kemerdekaan menentang penjajah;
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
KENYATAAN MEDIA
2 SEPTEMBER 2011
RAKYAT PERLU BERJIWA BESAR MENGHADAM SEJARAH SEBENAR
Isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950an telah dikenang sebagai serangan kumpulan pengganas ke atas sekumpulan anggota polis yang bertahan di rumah pasong. Persepsi ini telah ditulis oleh pengkaji sejarah mengikut acuan pihak tertentu bagi menyembunyikan hakikat sebenar – pihak yang menentukan apakah kriteria pejuang kemerdekaan.
Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong berdasarkan persepsi betapa pihak yang menyerang rumah pasong Bukit Kepong itu adalah pengganas sedangkan gerakan yang diketuai oleh Mat Indera juga sebenarnya harus dikenang sebagai salah satu serangan ke atas kubu British yang menjajah Tanah Melayu untuk beberapa abad lamanya.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan ingin menegaskan bahawa sejarah kemerdekaan negara harus segera dikaji semula oleh pengkaji sejarah yang tidak berkepentingan selain daripada merekodkan sejarah sebenar, bukan oleh pengkaji sejarah upahan yang menulis berdasarkan telunjuk pihak yang menang bagi menutup sejarah di sebalik sejarah.
Tindakan Timbalan Presiden PAS Mohd Sabu mengulas mengenai peristiwa Bukit Kepong dan watak sebenar Mat Indera dalam ceramahnya harus dipuji kerana ia membangkitkan ghairah rakyat terutamanya dari golongan anak muda untuk mengetahui sejauh manakah British itu dianggap sebagai penjajah dan apakah dengan menyerang British itu akan dianggap sebagai pengkhianat di Tanah Melayu.
Pihak polis di rumah pasong Bukit Kepong itu juga bertugas bagi mempertahankan kepentingan British seperti estet getah dan ladang. Adakah Pasukan polis ketika zaman jajahan British menunjukkan taat setia mereka terhadap Queen of England apabila lagu"God Save the Queen" didendangkan setiap kali lawatan pegawai tertinggi British ? Ini juga persoalan yang harus digali semula untuk rakyat mengetahui sejarah penentangan penjajah yang sebenar.
Ia berkait rapat dengan proses menuntut kemerdekaan apabila semua kumpulan, kesatuan dan pertubuhan yang bergerak menuntut kemerdekaan telah diharamkan kecuali Umno. Kumpulan penuntut kemerdekaan ini akhirnya dituduh sebagai pengkhianat dan pengganas hanya kerana menentang British yang statusnya masih lagi penjajah di Tanah Melayu ketika itu. Turut menjadi persoalan ialah, mengapa Umno sahaja yang dibenarkan berkempen untuk merdeka sedangkan banyak lagi pergerakan menuntut kemerdekaan. Adakah Umno membenarkan pertubuhan mereka menjadi talibarut British demi untuk merdeka di atas acuan penjajah ?
Oleh yang demikian, SAMM Wilayah Persekutuan di atas rasa tanggungjawab ke atas sejarah negara yang dikhuatiri terperosok, harus digemburkan semula untuk tatapan rakyat. Sejarah peradaban negara juga seharusnya disifatkan dengan lebih keterbukaan kerana ia membentuk asal usul kita rakyat Malaysia. Rakyat juga harus lebih terbuka dan berjiwa besar untuk menerima hakikat sebenar sejarah negara, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan proses menuntut kemerdekaan.
Inilah satu peluang sangat baik sempena pasca hari kemerdekaan ke-54, untuk rakyat mengasak pihak berwajib bagi menampilkan sejarah sebenar kemerdekaan negara. SAMM akan ke hadapan bagi merealisasikan apa itu sejarah.
"Perjuangan adalah Perlaksanaan kata-kata"
Shariful Azmir Bin Haji Mustafa
Penyelaras Negeri
Solidariti Anak Muda Malaysia Wilayah Persekutuan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana berjaya menarik perhatian umum untuk memasuki ruang perbahasan yang selama ini dianggap taboo untuk dibincangkan.“Malaysia sebenarnya begitu terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu yang mewarisi kepentingan penjajah dan pemodal British. “Malah dalam beberapa hal pewaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya dalam bab pembodohan minda,” kata presidennya Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan media hari ini.
Badrul Hisham atau CheguBard berkata, setiap kali kemerdekaan maka disajikan hanya Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib Tun Razak… adakah ini saja hero negara? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak muda hilang minat dengan sejarah negara.
“Namun kemerdekaan kali ini yang awalnya dijangka tidak menarik perhatian kerana ditenggelami suasana 1 Syawal telah menjadi begitu menarik. Sejarah yang selama ini taboo telah dibincangkan secara terbuka,” kata beliau yang juga Pengerusi PKR Cabang Rembau.
Ujarnya, “jika benar polemik ini dianggap menghina bekas polis dan tentera maka bagaimana pula dengan pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi lesen penerbitan kepada lidah rasmi Parti Komunis China?”
‘The People’s Daily’
Katanya, mengikut laporan Malaysiakini pada 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan untuk penerbitan suara rasmi Parti Komunis Malaya bernama ‘The People’s Daily.’
“Mengikut Wikipedia ‘The People’s Daily ialah sebuah akhbar Republik Rakyat China. Akhbar ini merupakan suara rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, yang diterbitkan diseluruh dunia dengan edaran sebanyak tiga hingga empat juta naskhah,” katanya lagi.
“Yang menghairankan katanya, akhbar Harakah diterbitkan dengan 1001 satu syarat, Suara Keadilan tak diberi permit dan banyak lagi terbitan tidak dibenarkan tetapi lidah parti komunis dibenarkan.
“Kalaulah permit ini dibawah urusan kerajaan negeri dan ada negeri Pakatan Rakyat yang memberikan kelulusan maka muncullah tuduhan seperti satu penghinaan kepada bekas-bekas tentera kita yang telah terkorban menentang PKM satu masa dahulu?,” terangnya.
Bukankah PKM bernaung di bawah Parti Komunis China di mana segala kelengkapan mereka datang dari Parti Komunis China? Tidakkah tindakan seperti ini juga seperti meludah di atas pusara mereka yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong juga?,” soal beliau.
Menurut CheguBard, Umno sendiri menjalinkan hubungan istimewa dengan Parti Komunis China, sehingga ada program pertukaran latihan dan malahan ramai yang tidak sedar Ramadhan yang lepas regim Najib telah menghantar pulang pelarian-pelarian politik Uighur China secara paksa.
“Menghantar pulang pelarian Uighur tersebut akan mendedahkan mereka kepada siksaan, kezaliman dan juga kepada kematian. Bangsa Uighur ini ialah kelompok Islam yang bermasalah dengan Beijing, mereka punya sejarah perjuangan untuk membentuk sebuah negara Islam yang merdeka.
“Menghantar pulang mereka ke China seperti menghantar mereka untuk mati, ini merupakan satu kezaliman yang dilakukan oleh regim Najib lebih-lebih lagi ketika Ramadhan,” jelasnya.
Beliau menyoal, “adakah tindakan Umno ini adalah disebabkan hubungan formal di antara Umno dan Parti Komunis China yang terjalin sejak lama dulu dan diformalkan beberapa tahun lepas.
Hubungan Umno-Parti Komunis China
“Barang diingat, hubungan ini bukan hubungan Kerajaan dengan Kerajaan. Ia adalah hubungan antara parti Umno dengan Parti Komunis China,” tegasnya.
Ujar beliau, “kalau nak kata menghormati pejuang-pejuang yang menentang komunis, ratusan ribu kaum Uighur gugur syahid menentang kebangkitan komunis sekitar tahun 30an dan 40an dahulu.”
Menurut beliau, sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan ‘runtuh’ maka pada tahun 1994 dibawah kabinet bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7).
“Perubahan ini bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk menjalin hubungan dagang dengan Israel,” kata CheguBard.
Sejak itu katanya, Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.
Katanya, di Perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan jelas terdapat banyak bahan untuk mempromosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.
“Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihan raya umum (PRU) 1986. Najib pula mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan PRU 13,” katanya.
Pejuang Uighurs adalah beragama Islam dan bercakap bahasa Turkic dan tinggal di Utara China iaitu di wilayah Xinjiang. Mereka sedang berjuang menuntut hak mereka dari kerajaan komunis China
Tindakan menghantar balik mereka bermakna menyerahkan pejuang Islam ini kepada kerajaan China Komunis yang memburu mereka. Bagi Majlis Peguam, langkah yang patut dibuat oleh kerajaan adalah mendakwa mereka jika bersalah bukannya menghantar pulang ke negara asal mereka.
Pada 18 Ogos lalu, kerajaan Malaysia telah menghantar 11 pejuang Islam Uighurs yang menentang kerajaan China kembali ke negara asalnya. Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, 11 pejuang Uighurs ini terlibat dalam pemerdagangan manusia dan dikehendaki oleh kerajaan China komunis.
Sehingga kini tidak diketahui apakah nasib mereka apakah masih hidup atau sudah mati. Bantahan juga dibuat oleh Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian di Kuala Lumpur kerana mereka juga dinafikan hak untuk bertemu dengan 11 Uighurs ini. Ini kerana, proses sedang dibuat untuk mengesahkan mereka sebagai pelarian dan berhak untuk mendapatkan naungan di bawah badan PBB itu.
Namun belum sempat proses itu selesai, 11 pejuang Uighurs ini dihantar pulang oleh kerajaan atas kehendak kerajaan China Komunis itu. Ekoran itu, PBB membuat bantahan terhadap tindakan kerajaan Malaysia itu. Mereka bimbang nasib 11 Uighurs itu akan berhadapan dengan seksaan dari pihak berkuasa China kerana penentangan mereka terhadap kerajaan itu.
Ekoran itu juga, pihak berkuasa China didesak agar menyatakan di mana mereka sekarang dan apakah nasib yang menimpa merekaselepas tindakan kerajaan Malaysia itu. Pejuang hak asasi manusia berkata, tindakan menghantar pulang mereka oleh kerajaan Malaysia ini bertentangan dengan hak asasi manusia. Mereka juga mendesak kerajaan Malaysia agar jangan sekali-kali menghantar pulang lima lagi pejuang Uighurs yang ditahan oleh kerajaan Malaysia selepas itu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Malaysia menjadi pengkhianat kepada pejuang-pejuang kebenaran dan mujahidin-mujahidin yang ingin melaksanakan Islam di negara kelahirannya sendiri.
Kerana..
- Menghantar pulang 11 pejuang Uighurs Islam yang meninggalkan negara asalnya iaitu China sehingga dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia, dan tuduhan ke atas mereka masih belum dibuktikan.
- Ianya bertentangan dengan akta Anti-Trafficking in Persons dan Anti-Smuggling of Migrants Act 2007.
- Bangsa Uighur adalah pejuang beragama Islam yang bangkit menentang kerajaan China Komunis kerana menceroboh wilayah mereka di wilayah Xinjiang.
- Jelas Malaysia negara umat Islam yang tidak berminat untuk melindungi pejuang-pejuang Islam. Kerana itu Malaysia perlu diperintah oleh parti Islam. (IH)
No comments:
Post a Comment