ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Monday, 14 November 2011

2019... Malaysia akan bankrup


Pening... Pening... Pening... !!!!

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

    
Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang, manakala baki RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Pak2 Menteri barisan nasional haramjadah tu selalu menyalak mengatakan harga minyak masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain... walaupun pasaran harga minyak dunia dah turun sejak sebulan dua yang lepas, namun kerajaaaan barisan nasional haramjadah masih buat bodoh lagi sampai ke hari ini, masih tak membuat sebarang pelarasan harga minyak Malaysia.

Begitu juga dengan harga barangan... masih lagi rendah jika nak dibandingkan dengan negara2 lain. Ayam di pasar pun dah mencecah harga RM8.90 sekilogram jika di bandingkan beberapa bulan yang lepas hanya RM7.00/sekilogram... tapi harga ayam masih lagi rendah jika dibandingkan dengan Jepun... muakakakakaaaa...

Sayur-sayuran, ikan, udang, sotong dan bahan asas lain toksah cerita laaaaa... lu orang sendiri pun tau kannnn...???? Setiap kali pergi ke pasar mulut mesti kumat kamit buat budget.... hahahaha..., tapi semua harga barang tuuuu... masih rendah lagi jika dibandingkan dengan Indonesia... ngeeeee...

54 tahun barisan nasional memerintah... lu orang punya persepsi terhadap keraaaaajaan barisan nasional haramjadah nih macamana...???? Sepatutnya rakyat semakin senang... bukannya semakin susah beb....!!!!

Lu orang fikirlah sendiri... masih mau kekalkan keraaaajaan barisan nasional haramjadah yang penuh dengan korupsi nih atau nak berhijrah kepada keraaaajaan baru... nak buat perubahan atau tidak... jika kerajaan baru pun perangai macam barisan nasional haramjadah... kita tukar lagi dan lagi dan lagi... sampai kita semua sebagai rakyat dapat hidup dengan sejahtera...

Baru laaa.. best layan lagu Scorpion..., "What You Give You Get Back" bukannya asyik kita jer... yang memberi... untuk diorang membuncitkan perut anak bini sanak saudara diorang.... itu celaka namanya...!!!!

Popout 

Lagu nih takda kena mengena dengan entry... saja jer.. buat layan kepala yang boring dengan kecelakaan yang di buat oleh barisan nasional haramjadah nih... dah 54 tahun memerintah kehidupan ekonomi rakyat bukannya makin bertambah baik malahan makin teruk... terhimpit gileeerrrr....  wa cakap luuuuu... paras kemiskinan semakin tinggi beb.... pening... pening... pening....

Tahun 2019... Malaysia akan bankrup beb.... sekurang-kurangnya boleh berkawan dengan Greece... kih...kih...kih...


Adun Umno diperintah bayar gantirugi kepada PKINK


KUALA LUMPUR, 14 Nov: Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan Adun Umno Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar membayar gantirugi kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Mahkamah juga menetapkan 30 November ini untuk Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu menetapkan tarikh bagi mendengar taksiran gantirugi yang perlu dibayar oleh Raja Ahmad Zainuddin.

Pada 30 Oktober yang lalu Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaidi bin Ibrahim membenarkan tuntutan Plaintif (PKINK) dengan kos ke atas Raja Ahmad Zainuddin (Defendan Ketiga) di atas penerbitan berita fitnah yang diterbitkan oleh akhbar Mingguan Watan Bil 17, Ahad 21-27 Disember 2008 bertajuk “ Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK” . 

Raja Ahmad Zainuddin telah disaman atas kapasitinya sebagai Penasihat Jabatan Pengarang Mingguan Watan .

Semasa perbicaraan, beliau didakwa cuba menafikan bahawa beliau mempunyai pengetahuan terhadap berita fitnah yang dilaporkan oleh akhbar Watan tersebut. 

Namun semasa pemeriksaan balas oleh peguam PKINK beliau bersetuju bahawa beliau tidak pernah membuat apa-apa aduan kepada pihak Watan berhubung penerbitan berita fitnah tersebut. 

Beliau juga mengakui tidak ada membuat apa-apa laporan polis di atas berita fitnah tersebut. 

Beliau juga mengakui bahawa beliau adalah salah seorang penulis di akhbar Watan tersebut. 

Raja Ahmad Zainuddin juga sebelum ini pernah cuba membatalkan saman PKINK ke atas beliau namun hakim yang sama juga menolak permohonan beliau dan meminta kes saman tersebut dibicarakan .

PKINK diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Encik Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates manakala Dato Raja Ahmad Zainuddin pula diwakili oleh peguam Umno iaitu Dato Hafarizam Harun dan dibantu oleh Encik Faizal dan Encik Badrul Hisham dari Tetuan Ong-Hanim & Badrul .

No comments:

Post a Comment