ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Wednesday, 16 November 2011

Angkat Keris Khianati Islam


Perjuangan Angkat Keris Khianati Islam -Nik Aziz

KOTA BHARU, 17 Nov 11: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perjuangan yang dibawa pihak tertentu dengan ‘mengangkat keris’ dan melaungkan ‘Melayu’ adalah perjuangan sempit. Bahkan, katanya perjuangan seperti itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas.

“Pada saat pihak lain ‘mengangkat keris’ dan melaungkan-laungkan ‘hidup bangsa’ dengan merendah-rendahkan martabat kaum lain, kami di Kelantan mengangkat ‘persamaan darah’ dan keturunan di tempat yang sepatutnya serta menafikan sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan dan diskriminasi kaum,” ujarnya.

Beliau berkata terdapat di negara ini orang Melayu menyempitkan perjuangan mereka dengan fokus perjuangan hanya untuk bangsa Melayu saja, sedang itu salah dari segi Islam.

“Itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas, bahkan ada yang mengangkat keris, menyebut Melayu itu menyebabkan orang Cina menjadi dendam dan marah, sedangkan ‘khazanah’ di Malaysia ini dipenuhi oleh (khazanah) orang Cina. Ini kerana mereka lebih kaya daripada orang Melayu,” jelasnya yang juga Mursyidul Am PAS..

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Mesra Kaum 2011 di Dewan Perniagaan Cina di sini malam tadi. Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama.


Majlis merupakan ‘projek perintis’ Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) itu dihadiri lebih 700 orang terdiri dari wakil pimpinan pelbagai kaum. Selain itu, Menteri Besar turut memaklumkan demi mempastikan kebajikan kaum bukan Melayu dan non-muslim terjaga, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1.7 juta dalam Bajet 2012 yang dibentang dan diluluskan persidangan Dewan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Bajet itu untuk sumbangan kebajikan khusus bagi masyarakat bukan Islam. Mengulas lanjut, beliau berkata, budaya Kelantan yang menjunjung nilai-nilai Islam telah membina masyarakat majmuk, harmoni dan bertoleransi tinggi.



“Dan ini membawa kepada perpaduan erat antara kaum tanpa dasar kebangsaan.

“Bahkan dari segi kebudayaan termasuk kaum Cina, mereka bebas mempersembahkan budaya mereka termasuk tarian naga,” katanya sambil menambah bahawa pada awal pemeriahan Kerajaan Negeri (1990-an), selaku Menteri Besar beliau menekankan agar Islam ‘berada di tampuk pemerintahan’.

“Ini penting supaya dalam masa yang sama, hak rakyat non-muslim terpelihara dengan baik di bumi Kelantan ini khususnya,” katanya (IH/Harakahdaily)

Sila lihat perjuangan PAS, bukan perjuangang angkat keris...

ISA Masih Digunapakai, 10 Aktivis Islam Ditahan.

Mereka ini juga dituduh JI di Indonesia (Indonesia ji jail 2011 06 27. SEMARANG,)
KL 17 Nov 11: ISA masih digunapakai. Semalam PAS Sabah menuntut supaya semua tahanan aktivis Islam di Tawau dibebaskan serta merta tanpa syarat. Pesuruhjayanya, Mohd Aminuddin Aling berkata, masyarakat seluruh Tawau gempar dengan berita penangkapan 10 pendakwah dan aktivis Islam di daerah itu pada hari Isnin, 14 November lepas.

Hari ini Kosmo melaporkan, seramai sepuluh individu yang dipercayai anggota kumpulan Darul Islam (DI) ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas disyaki terlibat dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara. Kesemua mereka yang terdiri daripada warga tempatan, Indonesia dan Filipina itu ditahan dalam operasi berasingan di sekitar Tawau, Sabah sejak Isnin lalu sehingga kelmarin.

Menurut berita itu lagi, satu sumber keselamatan berkata, siasatan awal percaya mereka yang berusia 20 hingga 50-an itu dipercayai mempunyai hubungan dengan kumpulan militan DI di Indonesia dan selatan Filipina.

Sumber keselamatan itu berkata, ISA masih sah diguna pakai sehingga kerajaan mengumumkan ada akta baharu bagi menggantikan ISA yang bakal dimansuhkan sepenuhnya.
Lihat sebelum ini..

No comments:

Post a Comment