KTMB Akan Dijual, Putrajaya Ulang Silap 1997?
by Ibnu Hasyim
KL, 15 Nov 11: Kesatuan Pekerja-pekerja KTM Berhad hari ini menggesa kerajaan tidak membenarkan sebarang usaha pengambilalihan syarikat pengangkuatan awam itu oleh pihak luar. Pendekatan yang dipercayai akan dilakukan dalam waktu terdekat.
Presidennya Abdul Razak Md Hassan berkata, pihaknya ada menerima maklumat kajian sudah dimulakan bagi membolehkan ia diambil alih dan jika menjadi kenyataan usaha tersebut merupakan kali kedua selepas pengambilalihan 1997-2002 yang berakhir dengan kegagalan.
The Malaysian Insider difahamkan konglomerat perkhidmatan pengangkutan yang semakin mengembangkan sayapnya sedang meneropong proses pengambilalihan KTMB.
“Kesatuan mengambil pendirian ini setelah mendengar khabar bahawa ada pihak-pihak yang sedang berusaha untuk mengambil alih KTMB, tindakan ini telah menimbulkan rasa kurang senang pihak kesatuan seterusnya melahirkan bantahan awal terhadap usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh pihak yang mana berkenaan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.
KTMB diswastakan pada 1992 dan kini mempunyai kira-kira 5,600 pekerja.
Abdul Razak berkata kesatuan merasakan tindakan sedemikian bukan satu unsur yang bijak kerana KTMB adalah perkhidmatan sosial yang memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Oleh itu katanya, percubaan pengambilalihan akan mendatangkan implikasi kepada pekerja, KTMB malah kepada rakyat sendiri, malah usaha-usaha sedemikian seolah-olah mempunyai maksud tersirat.
Sebagai bukti kata beliau, antara 1997 hingga 2002 Konsurtium Marak Unggul Sdn Bhd telah mengambil alih kontrak pengurusan KTMB dengan usaha pada awalannya seolah-olah menggambarkan Konsortium Marak Unggul adalah sebuah syarikat yang unggul dan dilaporkan mampu memulihkan syarikat pengangkutan awam itu.
Malangnya kata beliau, usaha berakhir itu dengan ketiadaan hasil yang diharapkan.
Justeru kata beliau, kesatuan berpendirian bahawa usaha sedemikian hendaklah dihentikan, sebaliknya KTMB perlu bergerak secara sendirian oleh warga KTMB yang pakar dalam perkhidmatan KTMB, malah pihak kesatuan pernah menekankan agar ia dikembalikan kepada sektor awam manakala pekerja di letakan sebagai penjawat awam.
“RUM mengambil pendirian membantah tindakan atau sebarang usaha untuk menyerahkan KTMB kepada sektor swasta,” katanya lagi. (IH/MI)
Lihat sebelum ini..
Yakin Jatuhkan PR Selangor Dengan 200k Pengundi Indonesia
by Tulang Besi
Nauzubillahiminzalik. Maklumat yg Tulang Besi dapat dari sumber2 Tulang Besi, mereka amat yakin menawan Selangor kerana mereka telah berjaya mendaftar 200k pengundi pendatang asing yang rata-rata berbangsa Indonesia.
Rata2 mereka sedang berasa selesa dan lega. Perancangan mereka untuk menawan Selangor telah berjalan dengan lancar.
Mereka telah memberi lebih 200 RIBU IC kepada pendatang asing dan kesemua pendatang asing ini sudah pun ada dalam daftar pemilih Selangor.
Yang terbaru adalah memberi IC dgn nama org biasa dan kod negeri Selangor.
Maka, bersiap sedialah kita melihat kejatuhan Selangor dalam pilihanraya umum nanti.
Tulang Besi
14:55 (6 hours ago)
Kem. Pelancongan Pula Bazirkan RM1.8J
by Ibnu Hasyim
KL 15 Nov: Perbelanjaan RM1.8 juta yang digunakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dalam kempen 'sosial media branding' yang hanya menggunakan laman sosial 'facebook (FB)' dilihat sebagai satu tindakan yang membazir.
Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dari DAP menjelaskan ramai rakyat negara ini mempunyai laman sosial tersebut dan memiliki ramai peminat tetapi beza rakyat Malaysia dengan Kementerian Pelancongan adalah mereka melakukan aktiviti kegemaran itu tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang besar.
"Ini menunjukkan perbelanjaan yang digunakan oleh Kementerian Pelancongan adalah satu pembaziran yang besar, laman sosial FB adalah percuma tanpa memerlukan kita membayar apa-apa kos untuk memilik akaun tersebut.
"Dalam pada itu jika hanya untuk memuat naik aktiviti atau kempen pelancongan kita hanya memerlukan seorang pegawai sahaja, tetapi kos yang besar itu adakah kementerian menggunakan pegawai yang ramai hanya untuk melakukan kerja yang mudah," jelasnya yang juga Ketua DAPSY.
Beliau juga memberitahu pihak Kementerian Pelancongan perlu menjelaskan apa yang telah mereka belanjakan dengan peruntukan yang besar itu kerana ia adalah satu yang mustahil kerana untuk satu laman sosial FB kos sedemikian diperlukan.
Tambahnya lagi, melalui jawapan bertulis yang beliau terima dari Kementerian Pelancongan berhubung dengan perbelanjaan RM1.8 juta itu, kementerian memberitahu bahawa Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi laman sosial tersebut yang dilancarkan pada Mei 2011 mencapai 120,000 orang peminat pada Disember 2011.
"Saya melihat rakyat Malaysia yang mempunyai akaun laman sosial FB juga mempunyai peminat melebihi apa yang di sasarkan oleh KPI Kementerian Pelancongan, itu tanpa menggunakan apa-apa kos yang besar hanya sekadar mengisi masa lapang.
"Jadi apa yang ingin saya perkatakan Menteri Pelancongan perlu bertanggungjawab atas perbelanjaan yang besar ini dan beliau perlu memberi penjelasan kepada rakyat negara ini di manakah wang tersebut dibelanjakan," sambungnya lagi. (IH/Harakahdaily)
No comments:
Post a Comment