ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Sunday, 13 November 2011

Awang Adek Tolak Tuntutan Royalti


Video: Awang Adek Tolak Tuntutan Royalti - Oleh: Truckster

Popout

"GEGAR dengan kerjasama beberapa Aktivis dan Pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan telah berlepas ke Parlimen Malaysia untuk menyerahkan Dokumen Amanat Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak berkenaan Perjanjian Royalti Petroleum Kelantan. 


Dalam Video ini kita boleh lihat jelas Pemimpin UMNO Kelantan yang tidak menyokong tuntutan rakyat ini. Apa yang boleh kita harapkan daripada Pemimpin sebegini?

Tranungkite Online


ADUN BN Kerap 'Ponteng' Mesyuarat Jawatankuasa Khas

SHAH ALAM 13 NOV : ADUN pembangkang di Selangor didapati ‘culas' dalam mengambil bahagian berkiatan urusan negeri apabila gagal hadir dalam jawatankuasa khas yang dibentuk dalam Dewan Undangan Negeri.

Perkara ini didedahkan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim yang mengetuai beberapa jawatankuasa khas DUN.

Beliau terlibat dalam jawatankuasa-jawatankuasa khas memantau operasi badan berkanun, anak syarikat, pejabat tanah dan kira-kira am.

Ng melahirkan rasa kecewanya terhadap sikap ADUN dari Barisan Nasional yang mengabaikan tanggungjawab dan peluang mereka untuk memberi pandangan dan teguran untuk memperbaiki operasi badan-badan tersebut.

"Zaman dulu saya pembangkang, saya tak diberi peluang. Kalau saya diberi peluang, saya akan datang," kata Ng semasa perbahasan pembentangan bajet 2012.

Sebagai contoh, Ng mendakwa ADUN Sg Burong Datuk Shamsudin Lias tidak pernah hadir dalam jawatankuasa khas kira-kira am yang sudah enam kali bermesyuarat.
"Enam-kosong. Ini bukan main bola yer. Sungai Burong, kosong. Tak hadir. Semenyih pun sama,"katanya. 

Sementara itu, ADUN Sungai Pelek, Yap Ee Wah hanya hadir sekali daripada enam ketika mesyuarat jawatankuasa khas pejabat daerah dan tanah.


"Lima-satu. Dalam enam mesyuarat, sekali sahaja hadir,"katanya.

Perkara sama berlaku di dalam jawatankuasa khas Anak Syarikat dan Badan Berkanun yang dianggotai ADUN BN dari Seri Serdang (Datuk Mohamad Satim Diman) dan Jeram (Datuk Amiruddin Setro).

"Kosong. Dua-dua, tidak hadir," kata Ng kepada dewan.

No comments:

Post a Comment