Kajian - Umno Pulau Pinang dilihat didominasi oleh Melayu “berketurunan mamak.”
Kajian kendalian Ilham Centre merumuskan walaupun dahulu Pulau Pinang diperintah oleh Gerakan di bawah Barisan Nasional (BN), sehingga ia tewas pada 2008, tetapi orang Melayu tidak melihat dahulunya negeri tersebut ditadbir oleh pemimpin dari keturunan Cina, sebalknya dipimpin perikatan diketuai Umno.
Ia menambah perkembangan tersebut menunjukkan bahawa doktrinisasi media terhadap Pulau Pinang dilabel sebagai “kerajaan Cina at
au DAP” memberi kesan positif di kalangan kaum Melayu dan dilihat berjaya.
“Oleh itu, imej kerajaan negeri dilihat sebagai kerajaan DAP bukannya Pakatan Rakyat,” kata hasil kajian yang dikeluarkan hari ini.
Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan PKR memimpin negeri itu selepas pilihan raya umum Mac 2008.
Kajian itu menambah, walaupun imej Lim sangat dikenali dan dihormati oleh hampir 30 peratus responden, tetapi mereka masih beranggapan bahawa orang Cina yang mentadbir Pulau Pinang.
Lim menerima 30 peratus sokongan responden berhubung soalan tokoh kepimpinan negeri dan tempatan yang dikenali dan dihormati.
Lim disusuli dengan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim dan Ketua Umno negeri Datuk Zainal Osman.
“Sama seperti mereka melihat DAP iaitu mereka meyakini bahawa pimpinan negeri ini adalah Cina dan kerajaan negeri dipimpin oleh Cina.
“Walaupun begitu, Lim Guan Eng lebih dikenali dan disegani dengan sikap ‘humble’, mudah mesra dan sering kali dilihat turun padang. Namun, atas sentimen dan prejudis Umno, beliau tetap dilihat sebagai Cina yang mengancam Melayu,” kata hasil kajian bertajuk “Persepsi dan Tanggapan Pengundi Melayu Terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan Pulau Pinang”.
Kajian yang dikendalikan antara 7 hingga 9 Oktober lalu melibatkan 720 pengundi Melayu berdaftar di kerusi Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor serta Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, kesemua dikuasai oleh Umno-BN.
Daripada jumlah itu, 43 peratus respoden merupakan orang Umno manakala baki 57 peratus adalah pengundi atas pagar.
Kajian itu menunjukkan bahawa PAS tidak menjuarai kepentingan memandangkan parti Islam tersebut tidak memberikan kesan di hati pengundi Melayu.
Malah menurut kajian itu, kehadiran PAS tidak dilihat sebagai pembela Melayu-Islam manakala tokoh-tokoh dan kepimpinanya kurang dikenali oleh pengundi berbanding tokoh-tokoh Umno.
“Pada pengamatan Ilham, ini kerana PAS di bawah Pesuruhjaya (PAS) Salleh Man terlalu lemah dan gagal meletakkan PAS dikenali dan disegani oleh pengundi sama ada dari segi kebajikan, program kemasyarakatan, dakwah semuanya tidak membekas di hati orang Melayu,” katanya lagi.
Mengenai kepimpinan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa PAS pusat Dr. Mujahid Yusof, kedua-duanya berasal dari Pulau Pinang, ternyata dilihat jauh daripada politik Pulau Pinang dan mereka dikatakan tidak berminat untuk membela nasib orang Melayu Pulau Pinang.
“PAS pula dikaitkan sebagai boneka DAP.
“PKR tidak dilihat boleh membela Melayu walaupun Datuk Mansor dan Exco Abdul Malik Abul Kasim merupakan tokoh Melayu berjawatan tinggi dalam kerajaan negeri,” kata kajian ini.
Ia menambah, PKR dilihat sebagai parti pelbagai kaum yang agak tidak berideologi Melayu, maka pengundi Melayu melihat bahawa ia tidak dapat membela nasib Melayu.
“Faktor (Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri) Anwar Ibrahim tidak dilihat dapat mempengaruhi keseluruhan pengundi Melayu di Pulau Pinang, dan hanya berkesan di beberapa kawasan terutama di Permatang Pauh.
“Selain itu, isu yang melibatkan PKR juga sedikit sebanyak memberikan perspektif negatif seperti isu Timbalan Ketua Menteri lama (Fairus Khairuddin) dan isu lompat parti,” katanya lagi.
Majoriti pengundi kalangan kaum Melayu tidak yakin Barisan Nasional (BN) boleh merampas balik kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum akan dipanggil waktu terdekat.
Kajian kendalian Ilham Centre berkaitan persepsi dan tanggapan orang Melayu menunjukkan keadaan itu disebabkan perpecahan dalaman Gerakan dan ketiadaan Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang melepaskan jawatan perdana menteri dua tahun lalu, dalam kepimpinan Umno pusat telah menggelapkan harapan BN untuk kembali memerintah Pulau Pinang.
Kajian itu dijalankan awal bulan lalu dengan memfokus 720 responden dari dua kerusi Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri - yang kesemuanya berada dalam tangan Umno-BN. Salah satu kerusi Parlimen melibatkan Kepala Batas yang penyandangnya ialah Abdullah sendiri.
Pagi tadi Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang turut mengetuai BN Pulau Pinang mengumumkan tidak akan bertanding pilihan raya umum ke-13. Beliau tewas pada pilihan raya umum 2008.
Berhubung soal sama ada BN akan memerintah semula kerajaan negeri Pulau Pinang hanya 18.6 peratus yakin manakala 16.4 peratus mengatakan tidak. Pun begitu responden yang mengatakan tidak pasti adalah dalam lingkungan 60.8 peratus.
Berhubung soalan sama ada Pakatan Rakyat akan kekal memerintah negeri itu, 25.3 peratus bersetuju berbanding 17.8 peratus mengatakan tidak. Sekali lagi bilangan mereka yang tidak pasti agak tinggi iaitu 56.7 peratus.
Daripada 720 respoden yang ditemui itu, seramai 57 peratus merupakan pengundi dikategorikan sebagai mereka atas pagar manakala 43 peratus lagi kalangan ahli Umno.
Bagamanapun menurut hasil kajian itu, pengundi Melayu mengharapkan agar nasib mereka dibela dan lebih mendekati mereka dan prihatin atas segala masalah mereka.
Pengundi-pengundi Melayu juga mahukan bantuan secara terus kerana mereka tidak suka kepada persaingan, kata hasil kajian itu sambil menambah, “jika boleh, salurkan bantuan secara terus, bukan berlumba-lumba dengan kaum lain.”
“(Mereka) mahukan bantuan ‘one-off’ dalam bentuk tunai dan keperluan harian kerana itu lebih menyebabkan mereka yakin kepada kepimpinan kerajaan negeri.
“Mahukan agar kerajaan negeri tidak bersikap ‘bias’ dan mengamalkan diskriminasi dalam menyalurkan bantuan dan sumbangan,” katanya lagi.
Selain itu, pengundi-pengundi Melayu mahukan tokoh atau calon yang boleh duduk bersembang, turun ke bawah ‘down to earth’ dan boleh sedia mendengar segala keluhan dan masalah mereka.
Hasil kajian Ilham Centre ini juga menunjukkan bahawa Umno Pulau Pinang dilihat didominasi oleh Melayu “berketurunan mamak.”
“Oleh itu, pengundi Melayu agak skeptikal dengan kelompok ini. Namun begitu, orang Melayu masih lagi melihat dan meyakini bahawa Umno adalah harapan dan pilihan terbaik bagi mereka untuk terus membela nasib dan masa depan orang Melayu Pulau Pinang,” katanya lagi.
Di samping itu, Umno yang memiliki 11 kerusi Dewan Undangan Negeri, yang kesemuanya dimenangi tiga tahun lalu, tidak mempunyai tokoh yang dikatakan berkaliber dan berdedikasi setelah kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam PKR dan Pakatan Rakyat dan peletakan jawatan Abdullah sebagai Perdana Menteri.
Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, dipecat dari Umno pada September 1998 dan kemudian menubuhkan PKR.
“Namun rakyat masih lagi bergantung harap dengan Umno,” katanya lagi.
Ilham Centre juga berkata orang Melayu di kawasan kajian tidak mengetahui segala dasar baru kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.
“Mereka lebih cenderung kepada segala manfaat yang mereka akan terima secara ‘one-off’ sama ada dalam bentuk bantuan kebajikan dan barang-barang keperluan harian seperti; beras, gula, tepung, telur dan wang tunai kerana ia lebih dirasai berbanding dengan pengumuman program dan rancangan pembangunan yang bernilai jutaan ringgit,” katanya lagi.
FAKTA 1 : P.Pinang sejak dari dahulu berada di bawah pemerintahan Ketua Menteri Cina 1. Wong Pow Nee (MCA), 2. Lim Chong Eu (Gerakan), 3. Koh Tsu Koon (Gerakan), 4. Lim Guan Eng (DAP).
FAKTA 2: Tetapi isu perkauman / agama tidak timbul dahulu kerana pembangkang dahulu (DAP/PKR/PAS) adalah rasional dan matang, bukan seperti parti pembangkang sekarang (UMporNO/BN)
FAKTA 3: Utusan Melayu adalah media umporno yang penuh dengan unsur2 propaganda perkauman terlampau..
FAKTA 4: Lim Guan Eng memerintah dan mengendalikan P.Pinang jauh lebih baik daripada Koh Tsu Koon
Dua Poster di bawah adalah sebahagian yang telah sharpshooter siapkan..yang lain akan menyusul...klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas...
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
sharpshooter
No comments:
Post a Comment