ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Sunday, 13 November 2011

PERPECAHAN DALAM FELDA


Baca dahulu yang ENGLISH nih...Bahasa Melayu ada kat bawah...

I have not read the personal attacks by the lard layered brain in the human apparition called Big dog. I have been alerted to them by a reader. If he chooses to go personal and engage in ad hominem attacks, I have no problems with that. I will respond in like manner at my own time. But if he has to resort to personal attacks over an opinion, then he hasn’t got any substance with which to rebut my arguments.

Everyone knows Big dog is a paid lackey dishing out venomous attacks against anyone he and his cohorts think are damaging UMNO. Yet he himself is of dubious UMNO pedigree. When this buffoon met me for the first time, his question was why did I support KJ in KJ’s quest to become Ketua Pemuda? I could have asked the same stupid question why did he support Mukhriz other than sharing the same alma matter?  Then I realized- I confirmed his stupidity when he asked me the next question.

He said how could KJ win when Mukhriz secured the biggest nomination? So I asked him whether he is an UMNO member. I doubt he is one, for if he is, he wouldn’t ask such stupid question. Even if he is, he can’t even get  a seat on the cawangan committee what more earn a berth as delegate to the General Assembly. 

He cannot differentiate between getting the nominations from the Ketua Pemuda Bahagian and failing to get votes from the 3 other delegates. The Ketua Pemuda Bahagian may not be in control over the 3 other delegates. Obviously, KJ’s operatives worked on the 3 other delegates better than Mukhriz. But the man with the lard layered brain wouldn’t understand would he?

What has my divorce got to do with the issue of Felda? What source does the Big Dogshit rely on to form a judgment on my performance as an ADUN? From my detractors and from the intriguers in UMNO? The Ketua Kampungs who conduct land grabs to give to their family members and take advantage of old women when doing service? Or the Penghulus who are UMNO members who also sapu all the land and misuse the office of Penghulu?Here's the thing- if I am not a threat, then why all the alarm over my opinions on FELDA and other matters.

you know what really happened don’t go shooting your mouth. But I will have the opportunity to reveal all in the next general elections. Just wait. 

In the meantime, I post yet another letter from a reader. I hope Big Dog and his legions of sycophants understand the meaning of letters from readers. I reproduce them verbatim. Ada faham?

SURAT PEMBACA- PERPECAHAN DALAM FELDA – HA HA HA...HAJI NAJIB PENING KEPALA

Ha Ha Ha... Haji Najib pening kepala isu Felda. Perpecahan dalam Felda sangat serius dan ketara. Walau Isa Samad bagitahu media dan Haji Najib semuanya baik, tapi laporan semua baik juga sebabkan BN kalah Selangor, Penang, Kedah, Perak (sebelum acara lompat katak wakil rakyat berlaku) dan Kelantan. Haji Najib tergamam dalaman Felda berantakan. Isa Samad dan Sabri Ahmad hentam FELDA malah Ketua Peneroka yang jadi Lembaga Pengarah pun turut dimaki hamun oleh penyokong-penyokong tegar mereka sebab tak setuju rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda dan gadaian anak-anak syarikat Felda.

Ha Ha Ha... Biarkan Isa Samad dan Sabri Ahmad terus leka bantai Dato Dzul (DG Felda), Pengarah-Pengarah dan kakitangan FELDA serta tak terkecuali En. Samsudin (Ketua Peneroka) di laman maya dan melalui agen mereka Seranta UMNO Felda. Di barisan PR, lebih elok Dato Dzul keluar Felda, imej bersih dan lembut beliau menyusahkan PR mempengaruhi peneroka. Aura Dato Dzul kuat di seluruh Felda, tanyalah calon-calon PR yang tumbang di Felda. 

Dato Dzul sendiri ahli UMNO, dan bantuan Dato Dzul dan pengurusan Felda yang yakinkan peneroka dan kakitangan menangkan BN di DUN Hulu Selangor. DUN Kerdau dan DUN Tenang serta DUN Merlimau. Pengaruh En Shamsudin (Pak Din) pun cukup gagah di kalangan peneroka. Aura beliau juga yang menangkan BN di peti undi FELDA. 

Buktinya, pencacai Isa Samad dan Sabri Ahmad akhirnya mengalah kepenatan dan heret Dato Dzul dan Pak Din pada saat akhir siri penerangan serta paksa Dato Dzul dan Pak Din cakap semasa diwawancara TV3 tapi lain dijawab lain yang keluar dan yang mengulas panjang adalah pembaca berita sendiri. Siapa tak kenal berita TV3 yang iklan raya aidilfitri pun ala krismas dan yahudi. Dato Dzul dan Pak Din sekarang jadi bahan pameran untuk tunjukkan semuanya OK dengan usaha keji Isa Samad dan Sabri Ahmad (http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/siapa-kata-pengerusi-dan-pengarah-besar-felda-tidak-ngam.html).

Penulis teringat ini juga usaha dilakukan US untuk menggambarkan situasi Palestin semua OK dengan mengambil gambar Presiden Palestin bersalam dengan Presiden Israel 

(http://www.thehindu.com/news/international/article24048.ece)  

dalam masa yang sama Israel tetap menekan Palestin dan mengambil tanah-tanah Palestin dan menyerang pejuang-pejuang Palestin. Tidak ada bezanya tindakan Israel dengan Isa Samad dan Sabri Ahmad menekan FELDA menggadai tanah-tanahnya, aset dan syarikatnya dan menutup terus keistimewaan peneroka seperti pendidikan, usahawan, SIUF, pembesaran rumah dan perumahan generasi baru, sukan, kerohanian dll. serta menyerang suara-suara FELDA dan generasi baru yang menentang usaha penyenaraian secara terburu-buru.

Ha Ha Ha....Bagi PR terutama generasi baru Felda yang menentang rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda dan usaha menggadaikan anak syarikat Felda dengan menyerahkan 70% saham kepada pelabur luar, mereka tidak peduli pasal Dato Dzul atau Pak Din. Dato Dzul tetap akan dapat pencen, Pak Din pun sudah tua dan jika Pak Din tersingkir dari jadi Ketua Peneroka pun, Pak Din tetap bahagia menjaga cucu dan beribadat. 

PR dan generasi baru FELDA cuma nak jaga masa hadapan peneroka dan generasi baru daripada tergadai dan hilang hak istimewa sebagai peneroka. Bunuhlah sesama kamu, gaduhlah...ada PR kisah?

Ha Ha Ha...tapi teruk-teruk PR kena belasah pun tak ada pula buka kisah peribadi atau nak tutup periuk nasi pengurusan Felda dan kakitangan. Sekadar teguran melalui ceramah dan memorandum sahaja. Blogger-blogger dan Facebooker upahan Isa Samad dan Sabri Ahmad sekarang kata pengurusan Felda tak mahu  Felda berubah kerana dapat duit banyak jadi wakil FELDA dalam anak syarikat. 

Dah tentu anak syarikat itu FELDA punya maka pengarah sedia ada yang wakil FELDA. Wakil peneroka pula kurang-kurang pun ada dua dalam setiap anak syarikat FELDA. Bezanya wakil peneroka tidak akan pencen, wakil FELDA akan pencen. Dah pencen nanti tak ada peluang lagilah jadi wakil dalam anak syarikat. Lagipun semua kakitangan kerajaan wajib bayar cukai pendapatan dan isytihar pendapatan.

Isa Samad al-korupsi ada isytihar harta ke? Sabri Ahmad pasti tak berani isytihar harta sejak didapati bersalah oleh Lembaga Pengarah Sime Darby terlibat dalam skandal kerugian RM120 juta Golden Hope. Nasib Sabri Ahmad baik, sekadar diminta diletakkan jawatan, bukan disumbat dalam penjara kerana Golden Hope tak panjangkan isu kepada SPRM. 

Kalau Presiden ANAK Mazlan Aliman buat laporan kepada SPRM menggunakan dokumen dan bukti dari KPMG Forensic dan dokumen yang ada pada YB Wee Chee Keong serta bekas akauntan Golden Jomalina, pasti Sabri Ahmad pening kepala. Dengan dokumen sama, Sabri Ahmad diminta letakkan jawatan oleh Lembaga Pengarah Sime Darby, tak mustahil kali ini SPRM ambil tindakan jika ada laporan. Kalau ANAK buat laporan, jangan terjun dari pejabat SPRM sudahla ya Sabri?

Ha Ha Ha.. Haji Najib pening kepala. Kaedah Isa Samad buangan UMNO dan Sabri Ahmad buangan Sime Darby memaksa kakitangan dan peneroka bersetuju dan mengugut supaya mendiamkan diri bakal makan tuan. Memang kakitangan FELDA dan peneroka ini tidak ada daya melawan kempen penerangan dan tohmahan melalui media utama dan medan pertempuran maya kerana tidak punya sumber kewangan. 

Harus diingat, semasa Pilihanraya Kecil, semua jentera kerajaan yang diperkuda BN boleh digerakkan dan ditambah sokongan kuat pengurusan Felda dan JKK Peneroka telah berjaya menangkan undi BN. Apabila Pilihanraya Umum 13 berlangsung, jentera kerajaan yang boleh diperkudakan BN akan mengecil, Haji Najib pasti harapkan JKK Peneroka, pengurusan FELDA dan kakitangan bantu menangkan BN. 

Agak-agak kali ini dapat tak sokongan yang sama? Sekarang tidak mungkin Haji Najib akan nampak hati kakitangan dan peneroka FELDA selagi PRU 13 belum berjalan. Takkan Haji Najib nak paksa kakitangan dan peneroka FELDA yang memprotes dalam diam ini sain dokumen akujanji undi BN macam orang Indon, Bangla dan Myanmar yang dapat IC mudah.

Ha Ha Ha.. Isa Samad dan Sabri Ahmad sendiri bantu PR menangi hati peneroka, pengurusan dan kakitangan FELDA dalam diam. Tugasan Biro Felda dalam PR sangat mudah: Panjangkan fakta-fakta yang cuba diputarbelitkan Isa Samad dan Sabri Ahmad serta tunjukkan serangan peribadi terhadap pengurusan FELDA dan Ketua Peneroka oleh blogger upahan Isa Samad dan Sabri Ahmad. 

Tiba PRU 13 kelak, calon-calon BN pasti terpinga-pinga kenapa pengurusan FELDA dan peneroka tidak lagi bersama dalam kempen sebaliknya membuka pintu seluasnya kepada PR untuk berkempen. Pada masa ini PR tidak mengharapkan peneroka dan kakitangan FELDA turut berkempen, buat sepanduk atau bakar patung Isa Samad. Cukup sekadar tunjukkan protes anda terhadap Isa Samad dan Sabri Ahmad melalui undian terhadap PR pada PRU 13. Mudah kan?


Felda: Kita tak akan usik walau segenggam tanah peneroka, kata Putrajaya

KUALA LUMPUR
, 14 Nov — Kerajaan pusat memberi jaminan peneroka Felda tidak akan kehilangan tanah, “walah segenggam” dan semua insentif seperti pembayaran dividen, bonus dan duit raya yang diterima ketika ini selepas Felda Global Venture Holding (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia tahun depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, peneroka tidak perlu bimbang mengenai perkara itu kerana kerajaan sentiasa melindungi kepentingan peneroka.

Minggu lalu, pertubuhan bukan kerajaan peneroka Felda berkata pihaknya telah memutuskan untuk memfailkan injunksi bagi menghalang perjanjian pajakan antara Felda Holdings dan Felda Global Ventures, yang dilapor akan berkuat kuasa 1 Januari depan, tetapi ia menunggu keputusan tribunal koperasi yang akan mendengar tuntutan difailkan oleh Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit).

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata permohonan mendapatkan injunksi berkaitan perjanjian itu, yang ada hubungan dengan usaha menyenaraikan Felda Global Ventures di Bursa Malaysia sudah pun diputuskan tetapi mahu melihat keputusan tribunal terlebih dahulu.

Penyenaraian Felda Global Ventures Holding dijangka dilakukan pertengahan tahun depan. Langkah itu yang bertujuan untuk mendapatkan dana bagi syarikat menjadi konglomerat global, diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2012 di Parlimen awal bulan lalu.

“Kami sudah pun membuat aduan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia, bulan lalu. Selain kami, ada juga beberapa pihak lain yang turut membuat aduan mengenai kedudukan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang baru kepada suruhanjaya,” kata Mazlan kepada The Malaysian Insider.

Mazlan berkata sehingga tribunal membuat keputusan perjanjian pajakan di antara kedua-dua entiti itu juga tidak boleh diadakan.

Sambil mengakui ada kekhuatiran di kalangan peneroka mengenai perkara itu, Ahmad menjelaskan semua kelebihan yang sudah diperoleh peneroka akan terus dinikmati pada masa akan datang.

“Kita akan pastikan mereka tidak rugi (dengan penyenaraian FGVH) malah akan memperoleh lebih banyak keuntungan.

“Apa yang peneroka dapat sebelum ini kita beri jaminan mereka masih memperolehnya,” kata beliau lagi.

“Mengenai kebimbangan peneroka akan hilang pemilikan tanah… sebenarnya kita tidak akan sentuh walau segenggam tanah mereka,” katanya dipetik Berita Harian selepas menghadiri program Semai Bakti Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di Felda Chini dekat Pekan, Pahang, semalam.

Ahmad berkata, kerajaan tidak akan membabitkan kira-kira 500,000 hektar ladang milik peneroka dalam proses penyenaraian itu dan kekal menjadi milik mereka.

Bagaimanapun katanya, ia akan membabitkan tanah ladang milik mereka yang diuruskan Felda Plantations ketika ini yang berkeluasan 360,000 hektar melalui kaedah pajakan kepada FVGH.

“Ini belum keputusan akhir… ia masih di peringkat penelitian dan perbincangan kerana kita masih ada masa sebelum penyenaraian pertengahan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa menimbang segala tindakan berhubung proses penyenaraian FGVH bagi memastikan kepentingan peneroka, Felda dan negara tidak terjejas.

Mengenai maklum balas yang diterima pihaknya berhubung penyenaraian itu, Ahmad berkata, warga peneroka sebahagian besarnya memahami faedah daripada proses penyenaraian itu.
ShareKeep unreadSend to

    Siti Nurhaliza Menafikan Minat Negara Berkebajikan PAS

    SITI Nurhaliza menafikan bahawa beliau berminat dengan politik PAS dan berbincang dengan pemimpin PAS.

    Menurutnya sebuah blog pro- Nizar telah memfitnah Siti Nurhaliza dengan sengaja dengan meletakkan nama dan gambarnya seolah-olah beliau sudah masuk bidang politik dan menyokong pembangkang.

    “Ingin dimaklumkan bahawa saya belum terfikir untuk menceburkan diri dalam bidang politik terutamanya parti PAS dan apa yang telah dinyatakan di Blog pro- bekas Menteri Besar Perak adalah fitnah semata-mata”, kata Siti Nurhaliza.

    “Kemungkinan blog berkenaan ingin menarik pembaca membaca blognya tetapi janganlah memfitnah saya”, kata Siti lagi.


    Ini menunjukkan Pakatan Rakyat telah ketandusan idea dan isu sehingga sanggup memfitnah orang lain yang langsung tidak ada kena-mengena dengan politik PAS.

    No comments:

    Post a Comment