ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Monday, 14 November 2011

Siapa Setuju UMNO Parti Gampang


Siapa Setuju UMNO Parti Gampang..???


Sememangnya orang2 UMNO ini semuanya "Lidah Bercabang". Depan orang kata "tiada politik dalam kampus". Tapi, bila praktis, gunakan premis kampus untuk UMNO dan Barisan Nasional. Parti lain tak boleh... umPORno... boleh sajaaaa.... memang dasar parti Yahudi laknatullah... wa cakap luuuuu....!!!!

Benda mcm ni pun diorang nak tipu. Mahasiswa minta penjelasan Naib Canselor UiTM.
Posted on November 14, 2011 by KomunitiKini
Oleh Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)

Inilah rupa penchachai kangkong umPORno... hahahaahaaa...
ada iras2 eeeeee... tak..???
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) meminta penjelasan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkenaan dengan Pertandingan Pidato Politik anjuran Pemuda Barisan Nasional yang diadakan di Dewan Seminar HEA , Menara UiTM (SAAS), Shah Alam pagi tadi yang terang – terangan berunsurkan politik.

Mahasiswa merasakan keterangan Naib Canselor UiTM bertajuk “Tidak Perlu Pinda AUKU” hanyalah sekadar retorik semata – mata. Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata pihaknya inginkan penjelasan daripada VC UiTM di atas percanggahan di dalam keterangan beliau dengan apa yang terjadi semalam.

“Kalau betul tidak mahu Mahasiswa berpolitik , jangan bagi kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus.” Tambah Pemimpin Mahasiswa itu , “Tindakan memberi kebenaran kepada parti politik masuk ke kampus sebenarnya akan menimbulkan keraguan kepada masyarakat khususnya Mahasiswa.”

“Sejujurnya KAMI tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan VC UiTM yang mengatakan penglibatan mahasiswa dalam politik akan menyebabkan perpecahan.” Kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, “Kenyataan VC UiTM bahawa pindaan AUKU akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Bumiputera dan Melayu di universiti itu kami kira sebagai sesuatu yang tidak relevan.”

“Berikan kebebasan kepada Mahasiswa untuk meluahkan pendapat walaupun bercanggah dengan apa yang dimahukan oleh pihak universiti.”

“Tindakan mengongkong Mahasiswa sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah
malah akan melahirkan Mahasiswa yang tidak kritikal,konservatif serta jumud dalam berfikir.”

Tambahnya lagi, “Kalau dah orang politik pemerintah boleh dibawa masuk ke kawasan kampus, apa salahnya berikan sahaja kebebasan kepada Mahasiswa untuk berpolitik.”

“Jangan pula nanti cakap lain tapi buat lain.”

Maklumat lanjut berkenaan pertandingan pidato politik tersebut boleh didapati dihttp://pidatopemudabn.blogspot.com

Disediakan oleh : Khairul Naim Rafidi, Setiausaha Agong, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen. (di petik dari email TulangBesi)
Betul tak... parti umno nih sebuah parti gampang sialan haramjadah..., parti munafik, penipu keparat... cakap tak serupa bikin... hahaha... perkara2 macam ni pun diorang boleh kencing/kelentong, apatah lagi dalam bab penyelewengan wang keraaaajaan semuanya sapu bersih beb....!!!!

Macamanapun... itu perkara biasa laaaa... sebabnya Presiden Parti pun dah sememangnya dikenali sebagaiBAPAK MUNAFIK akhir zaman kaaaaannnnn.... hahahaha...
ShareKeep unreadSend to

    umPORno/BeEnd Dalam Bahaya..????

    Oleh MOHD RASHIDI HASSAN


    MENGAPA kerajaan Umno- Barisan Nasional begitu kelam kabut sehingga hendak menyalahkan Laporan Audit, yang mendapati wujudnya salah laku, penyelewengan, salahguna kuasa, salah guna dana oleh lebih 70 peratus kementerian dan agensi kerajaan?

    Memang Laporan Audit bukan agenda politik. Ia berasaskan kepada fakta kewangan yang menjadi badan check and balance kepada sesebuah kerajaan. Tugas audit adalah untuk memastikan dana kerajaandiuruskan dengan telus oleh kementerian dan agensi yang terbabit.

    Jika wujud sebarang keraguan terhadap pengurusan kewangan, maka Jabatan Audit mesti membuat teguran dan menjadi tanggungjawab kementerian dan agensi yang ditegur untuk memperbaiki kesilapan mereka.

    Setiap tahun keluar laporan, saban tahun teguran dibuat Ketua Audit Negara, tetapi seolah-olahnya teguran beliau tidak dipedulikan.

    Kita sering mendengar dakwaan pemimpin, khususnya dari kalangan Perdana Menteri, Menteri dan Menteri Besar yang mendabik dada kononnya Umno-BNlah yang pandai memerintah.

    Hari ini terbukti dengan jelas bahawa tahap akauntibiliti kementerian dan agensi kerajaan jatuh merudum akibat ketirisan yang berulang saban tahun.

    Jumlahnya bukan sedikit, lebih 70 peratus didapati wujud salah laku dan penyelewengan. Penyelewenganbukannya sedikit, jika dicantumkan keseluruhannya mencapai angka bilion ringgit.

    Mengapa wang rakyat yang jumlahnya besar ini hangus jika ia diurus secara profesional?

    Dalam fokus Harakah kali ini kita tumpukan pula bagaimana pengurusan dan pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri di bawah BN.

    Sarawak dan Sabah kita belum sentuh lagi secara khusus. Secara umumnya dicatat dalam laporan audit, Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang paling tinggi kadar kemiskinannya, sedangkan di kedua-dua negeri tersebut terdapat sumber minyak dan semua orang tahu bahawa pemimpin BN negeri kaya raya.

    Jika hendak disimpulkan secara mudah ialah, kedua-dua negeri ini pemimpin Umno- PBB yang mewakili BN hidup dengan mewah, sedangkan rakyat bawahan daif dan miskin. Justeru, tiada pilihan lain selainmenamatkan riwayat BN di Sabah dan Sarawak.

    Kita teliti pula negeri Perlis, Perak, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, secara puratanya Ketua Audit Negara menegur mereka dengan beberapa kesimpulan yang boleh dibuat antaranya ialah:

    i. Hutang negeri semakin meningkat

    ii. Gagal jana pendapatan negeri

    iii. Kadar kemiskinan tidak dapat diperbaiki dan semakin meningkat

    iv. Belanja negeri dan jabatan tidak berhemah

    v. Wujud penyelewengan yang ketara

    Terdesak dengan kelemahan yang ketara ini terpacul kata-kata menyalahkan kakitangan kerajaan, yang dihamburkan oleh menteri. Misalnya Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Husni Hanazlah mengatakan pegawai yang terbabit dengan penyelewengan akan dikenakan tindakan.

    Bagaimana pula jika pegawai terbabit bertindak di atas tindakan menteri? Siapa pula hendak disalahkan? Di atas segala kelemahan dan ketirisan ini, adakah wajar dipersalahkan kakitangan kerajaan dan agensinya?

    Kita tidak nafi, kemungkinan terdapat pegawai yang menyeleweng. Tindakan tegas harus diambil jika mereka didapati bersalah. Tetapi mereka hanyalah ‘ikan bilis’. Bagaimana dengan ‘jerung-jerung besar’?

    Kata pepatah Cina ‘ikan busuk bermula di kepala’. Siapa ikan busuk yang mengepalai kementerian dan kerajaan negeri jika tidak Menteri dan Menteri Besar dari Umno-BN?

    Justeru, jika rakyat tidak mahu makan ikan busuk, mereka tiada pilihan selain daripada menjatuhkan Umno-BN daripada tampuk kuasa. Umno-BN tidak layak memerintah, tidak tahu jadi kerajaan. Yang mereka tahu menjadi tukang sapu harta rakyat.

    No comments:

    Post a Comment