ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Sunday, 13 November 2011

Selangor lonjak agihan kebajikan rakyat


Sikap amanah bawa Selangor lonjak agihan kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR: Pengurusan wang yang beramanah adalah bukti komitmen Pakatan Rakyat terhadap pemerintahan berintegriti di Selangor, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Beliau berkata, ratusan juta ringgit berjaya dijimat dan dipulangkan kembali demi kebajikan rakyat, hasil pembasmian ketirisan dan rasuah.

Dalam kenyataan media, Azizah memuji pentadbiran Selangor yang berjaya melonjak hasil negeri dan memastikan pengagihan khazanah secara adil dan prihatin.
“Anggaran peningkatan hasil cukai (8.23%) dan hasil bukan cukai (40.12%) untuk 2012 menunjukkan pengurusan ekonomi negeri menjana pembangunan pesat.
“Simpanan tunai kerajaan Selangor kini mencecah RM1.2 bilion – jumlah tertinggi dalam 28 tahun,” katanya yang mengalu-alu Belanjawan Selangor 2012 bertema ‘Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat’.

Memuji pentadbiran Selangor yang berjaya melonjak hasil negeri dan memastikan pengagihan khazanah secara adil dan prihatin, Aziziah berkata, pimpinan kerajaan negeri meneliti setiap pengurusan wang rakyat dan mengenal pasti serta mengutip semula hutang sektor swasta kepada rakyat.

Contohnya, beliau berkata tiada rekod berkaitan hutang RM391 juta Talam Corporation kepada kerajaan Selangor ketika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa pada Mac 2008.

Untuk 2012, Selangor meneruskan program kebajikan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan tambahan RM300 juta atau 15 peratus dari Belanjawan 2011 melalui geran untuk meringankan beban rakyat.

Sasaran program ialah menyalur bantuan kepada penduduk berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar, golongan petani dan nelayan serta orang kelainan upaya (OKU).

Menegaskan komitmen Pakatan Rakyat memastikan rakyat berpeluang memperoleh pendapatan encukupi setara dengan kos sara hidup, Azizah berkata, ia bukan bersifat ‘one-off’ seperti amalan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
ShareKeep unreadSend to

    Enggan sahut debat Anwar, Najib kecewakan rakyat- AMK

    (Oleh: Nabihah Hamid)

    KUALA LUMPUR 11 Nov : Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan ketua pembangkang mengewakan rakyat terutamanya  anak muda, kata Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman.

    Ini kerana katanya, debat Belanjawan itu sangat penting supaya rakyat boleh menilai prestasi antara kerajaan BN dan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum nanti.
    “Jika dia (Najib) seorang PM yang mempunyai integriti dia sepatutnya respon dan tidak perlu takut. Rakyat (terutamanya) anak muda berhak untuk tahu tentang  isu belanjawan ini. Ini adalah isu rakyat,” kata Syed Badli.

    Tegasnya, Najib sepatutnya menyahut cabaran debat berkenaan agar maklumat sebenar mengenai belanjawan dapat disalurkan terus kepada rakyat, memandangkan liputan media alternatif yang terhad.

    “Rakyat, lebih-lebih lagi anak muda mempunyai media sangat terhad, saya kira kalau media terbuka dan perbahasan itu dianjurkan, ini amat penting supaya rakyat dapat menilai maklumat,” katanya.

    Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum KEADILAN berkata keenganan Najib itu disebabkan beliau tidak mampu menjawab isu yang ditimbulkan.

    Sebelum ini, Anwar mempelawa Najib yang juga Menteri Kewangan, agar berdebat  berhubung kenyataannya yang memperlekehkan belanjawan Pakatan Rakyat.

    Anwar berkata, debat itu perlu disiarkan secara langsung  supaya rakyat dapat menilai antara Belanjawan Pakatan dan Belanjawan 2012 yang dibentang kerajaan.

    Sementara itu Pengarah Skuad AMK, Zafril Mohd Eusoff mengatakan tindakan PM yang tidak berani menyahut cabaran itu sudah dijangka lebih awal.

    “Beliau (Najib) akan bagi alasan untuk tidak melayani cabaran ini kononnya Anwar bersifat retorik dan kalau dia terima sekalipun pastinya beliau akan menghantar orang lain sebagai wakil,”

    “AMK sebagai pelapis golongan anak muda kecewa kerana PM sebagai pemimpin tidak berani berdebat soal isu rakyat dengan ketua pembangkang,” kata Zafril.

    Anwar pertama kalinya mencabar Najib pada 2008 untuk berdebat berkenaan isu minyak namun perdana menteri sebaliknya menghantar Datuk Shabery Cheek sebagai wakil yang  ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Penerangan.
    ShareKeep unreadSend to

      Video Fitnah: KEADILAN gesa hentikan siasatan terhadap Anwar

      (Oleh: Masdar Wahid)

      PETALING JAYA 11 Nov: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disiasat polis berhubung  kes video fitnah yang dikaitkan dengan beliau, langkah yang dilihat  merupakan  satu lagi usaha terbaru untuk memenjarakannya.

      Anwar dipanggil memberi keterangan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan atas tuduhan membuat laporan palsu yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara.

      Beliau dipanggil untuk memberikan keterangan di Balai Polis Kepong, Rabu depan selepas dimaklumkan oleh pihak polis.

      Sehubungan itu, KEADILAN menuntut Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak memperalatkan pihak polis dan menghentikan serta-merta siasatan terhadap Anwar.

      Naib Presidennya, N. Surendran berkata, siasatan tersebut merupakan satu lagi konspirasi terancang yang turut melibatkan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail omar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail.

      “Semua siasatan dan pendakwaan ini adalah konspirasi yang sengaja dirancang lebih awal dengan tujuan akhir untuk memenjarakan Anwar.

      “Konspirasi ini turut memperalat institusi kerajaan termasuk Polis dan Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam sidang media di pejabat parti itu hari ini.

      Turut serta dalam sidang media itu Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa, Naib Presien, Tian Chua, Senator Dewan Negara, Dr Syed Husin Ali, Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli, Anggota Biro Politik Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dan Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zamanhuri.

      Sementara itu, R. Sivarasa berkata, beberapa hari lalu, ASP Teh Boon Ang dari Balai Polis Kepong meminta Anwar hadir merakamkan kenyataan mengenai perkembangan kes itu.

      Menurutnya, Anwar dituduh dengan sengaja memberi maklumat palsu kepada kakitangan kerajaan dengan niat mengakibatkan kecederaan dan kesusahan kepada orang lain.

      “Selepas Datuk Seri Anwar memberi keterangan, barulah kita akan memberi kenyataan lanjut mengenai kes ini,” katanya yang juga merupakan peguam Anwar.

      Bagi Rafizi, isu Video fitnah yang mula dihidupkan kembali oleh pentadbiran Najib ini bertujuan mengalih isu skandal Feedlot yang gagal dijawab Najib bersama menteri kabinetnya.

      Pada Mac lalu, Anwar membuat laporan polis berhubung tindakan trio “Datuk T” yang menayangkan satu rakaman video seks kepada petugas media dan individu tertentu di satu hotel mewah.

      Tiga individu itu ialah – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

      Kesemua mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tiga bulan kemudian atas kesalahan menayangkan video  tersebut.

      No comments:

      Post a Comment